Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, May 17, 2014

Ikan Pari Bakar Portugis Berpetai

Alhamdulilla...dah hantarhantar draf Chapter 1 kepada supervisor...memandangkan SV belum reply maka mieza pun merehatkan diri kejap dari menjadi full time student dan mengendong bakul ke pasar...lama juga mieza tak ke pasar..apatah lagi nak masak kan...

Hari ni di pasar banyak sungguh ikan segar...rasa nak beli kesemua sekali...tengok siput lala hmmm terliur..tengok ketam dan sotong meleleh lak air liur...tengok udang tak berapa sangat terliur sebab harga udang masih lagi mahal melambung kat sini...tapi jika terasa nak makan juga udang beli jugalah sedikit...

Dalam banyak-banyak ikan yang ditayang kat pasar tu mieza pilih ikan pari sebab ia adalah ikan kegemaran suami...dan dicapau juga seikat petai paa harga RM3 = 4 keping...dan terhasillah menu ini sebab ternampak di dalam majalah SAJI resepi dari blog kawan blogger mieza Zila...


IKAN PARI BAKAR PORTUGIS BERPETAI



Bahan-bahan:
1 ekor ikan ikan pari
3 sudu besar cili kisar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang serai
Sedikit lengkuas
5 helai daun limau purut
3 helai daun limau purut | hiris halus2
3 sudu minyak bawang putih
1 sudu besar garam halus
1 sudu besar gula
2-3 keping petai - dihiris halus atau dibelah 2
Beberapa keping daun pisang - disalai
Aluminium foil



Cara:
1. Minyak bawang putih: Ambil 6 biji bawang putih dan basuh. Jangan buang kulit dan ditumbuk. Panaskan 1/2 cawan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga garing. Sejukkan.
2. Bersihkan ikan pari. Jika guna ikan siakap atau ikan kembung, kelar-kelarkan sedikit ikan tersebut.
3. Kisarkan bawang putih, bawang merah, buah keras, serai, lengkuas dan cili kisar.
4. Gaulkan bahan kisar dengan garam dan gula.
5. Letakkan ikan atas foil dan sapukan dengan bahan bertanda kisar tadi.Sapu rata.
6.Tuangkan minyak bawang putih dan tabur daun limau purut.
7. Letak ikan atas daun pisang dan balut kemas. Balut sekali lagi dengan aluminium foil.
8.Boleh bakar dalam oven, atas api cara BBQ atau atas kuali capati (kuali leper).


Sedap sangat ikan ni...suami cukup suka...lagi pun cara masakan ini adalah sangat sihat....ye la kan umur dah masuk 4 series ni kenalah jaga makan hehehe
SELAMAT MENCUBA

Monday, May 12, 2014

Soft Pretzel

Blog kita ni kejap timbul kejap tenggelam kan...apa nak buat mieza busy sangat...dengan status mieza sebagai full time PhD student memang mieza kesuntukan masa...bukan tak masak...memang mieza masak di hujung minggu...bukan tak ambil gambar, ada mieza snapkan pictures..tapi tak berkesempatan nak edit gambar dan postkan resepi...masyaAllah..teringat ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..."Ingat lapang sebelum sibuk"

Sekarang 'sibuk' telah datang...tu yang tenggelam timbul pengisian blog ni...mieza harap sahabat yang disayangi tak merajuk...

Dan mieza juga tak sempat nak mengunjungi blog kawan-kawan...banyak post istimewa kawan-kawan yang mieza terlepas...sedihnya...


Prezel ni pun dah lama mieza bake...tapi baru berkesempatan untuk dipost..
Suami suka sangat walaupun pretzel mieza tak seslim Auntie Anne's punya...


SOFT PRETZEL

1 1/2 cawan air suam
1 1/8 sudu teh yis
2 sudu besar gula perang
1/4 sudu teh garam
1 cawan tepung roti
3 cawan tepung gandum

Bahan A
2 cawan air suam
2 sudu besar soda bicarbonate
Secubit garam
4 sudu besar mentega dicairkan
Badam cincang - secukupnya
1 biji telur - dipukul


Penyediaan:

1. Campurkan yis bersama air suam. Biarkan yis mengembang.
2. Didalam bekas penguli satukan tepung gandum, tepung roti, garam, dan gula. Masukkan campuran yis ke dalam tepung. Uli hingga lembut.
3. Rehatkan doh selama 1/2 jam hingga 45 minit hingga doh mengembang.
4. Bila doh dah kembang, kita sediakan dulang pembakar. Oles loyang dengan sedikit butter dan panaskan suhu oven 180'C.
5.  Dalam bekas berasingan larutkan soda bicarbonate bersama 2 cawan air suam. Ketepikan.
6. Ambil sedikit doh, uli setebal 1/2 inci berbentuk tali memanjang. Pintal menjadi bentuk pretzel.
7. Celupkan pretzel ke dalam air suam bersama soda dan susun di atas loyang yang telah dioles mentega.
8. Sapukan telur yang dikocok di atas pretzel dan taburkan badam cincang. Bleh juga ditabur campuran gula perang dan serbuk kayu manis jika suka. Rehatkan sekejap selama 20-30 minit.
9. Bakar dalam oven selama 20-25 minit bergantung kepada jenis oven.
10. Bila sudah masak sapukan sedikit mentega cair agar ia kelihatan berkilat. Hidangkan bersama sos karamel.
11. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Wednesday, April 30, 2014

5 Resepi WAWMC Di Dalam MIDI 1 Mei 2014

Alhamdulillahhhh
Bersyukur mieza dan blog WAWMC kepada Allah SWT kerana bulan Mei memberikan rezeki yang lebih kepada kami apabila tersiar dalam 2 majalah yang terkemuka tanahair...
Alhamdulillah kali ini 5 resepi dari blog WAWMC disiarkan dengan tema masakan kampung sempena Hari Ibu 2014...

Terima kasih mieza ucapkan buat Kak Shida dari majalah MIDI Karangkraf..seronoknya tak terkata bila melihat resepi WAWMC terpapar dalam majalah hebat ini buat kali pertama...anak-anak pun tumpang bangga...paling seronok nama mak mieza dan nama ibu mentua juga disebut sama..inilah hadiah teristimewa mieza buat mak dan mak mentua...

Buat yang belum beli, cepat-cepat gi beli ye...jangan ketinggalan tau...


PAU PANDAN INTI KELAPA

GULAI DARAT SIPUT SEDUT
PARI BAKAR SAMBAL KANTAN

ROTI JALA
KARI AYAM KERISIK

Selamat mencuba dan terima kasih sekali lagi MIDI...kami di WAWMC amat menghargai peluang ini ^__^

Monday, April 28, 2014

Temui WAWMC Di AROMA Mei 2014

Asslamualaikum...semoga ceria-ceria selalu hendaknya...

Dah beli Majalah resepi AROMA keluaran Mei 2014? Kalau belum cepat-cepat ke kedai magazine berhampiran dan jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai resepi yang sediakan di dalam majalah kegemaran ramai ini...

Alhamdulillah...mieza dan blog WAWMC sekali lagi diberi peluang untuk berkongsi resepi dalam keluaran kali ini...jutaan terima kasih kepada Saudara Faris Elazhar kerana sudi menghubungi mieza...seronok sangat sebab keluaran kali ni memaparkan 7 resepi dari blog WAWMC..alhamdulillah...
 

Yang paling seronok Umar lah sebab gambar dia masuk magazine...wahhhh baru 3 tahun dah masuk magazine...mama ni dah tua tua baru dipinang orang...hahahah...seronok lah dia sambil tunjuk-tunjuk gambar dia..jerit-jerit dia bagitau papanya yang dia masuk mag...


Semua 7 resepi yang dipaparkan oleh AROMA keluaran kali ni semuanya pernah mieza share di blog ini...
APAM PISANG BAKAR dan APAN TEPUNG BERAS


AYAM POPCORN dan PUTU HALBA


ROTI EPAL SPIRAL


KERABU JANTUNG PISANG dan KERABU SUHUN

AROMA keluaran kali ini memaparkan 11 resepi sahabat dan kakak mieza dari Lahad Datu iaitu Kak Salami Simon...jemput tekan link ini untuk lihat dan baca ceritanya tentang resepi beliau di AROMA Mei 2014..jodoh bertemu kak Amie di dalam mag...walaupun belum pernah bertemu secara live lagi...

Terima kasih sekali lagi AROMA dan selamat mencuba kekawan yang disayangi semua :)

Friday, April 11, 2014

Crunchy Caramel Almond

Dah pernah makan cookie ni?
Cukup fames sekarang ni dan sangat mahal...selepas membeli sebalang dari seorang kawan, mieza kemudiannya decide untuk mencubanya sendiri sebab cara nak buatnya cukup senang...sedap dijadikan snek ketika buat kerja sekolah atau sambil tengok TV.. :)


Kalau dah senang nak membuatnya kenapa mahal sangat...meh mieza cerita..
Harganya mahal kerana bahan-bahan yang digunakan semuanya mahal-mahal..tepung Florentine tu harganya RM21 untuk 500gm...ini harga di Tg Malim...mungkin di tempat lain murah lagi..
Almond flake dan kuaci tu juga mahal...kemudian balang lagi kan...nak kena caj elektrik dan depreciation oven dan juga margin untung...jadi tak heranlah kalau mahal harganya...jadi kalau nak jimat meh ler cuba sendiri...tapi kalau malas atau susah nak cari bahan...hmmmm beli je lahhh cepat!



CRUNCHY CARAMEL ALMOND

200 gm tepung florentine
200 gm badam keping
100 gm kuaci hijau
20 gm bijan hitam






Cara-cara:

1. Panaskan oven 160'C.
2. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan digaul sebati.
3. Alas loyang bersaiz 14 inci x 14 inci dan alas dengan kertas kek yang tak melekat (boleh dibeli di kedai kek, jangan guna kertas minyak biasa kerana biskut ini akan melekat)
4. Tuang adunan biskut ke dalam loyang yang telah dialas dan ratakan.
5. Bakar dalm oven selama 10 minit atau hingga kekuningan.
6. Keluarkan dan biarkan selama 1-2 minit dan terus dipotong  sebesar 1 inci x 2 inci atau mengikut saiz yang dikehendaki . Harus diingat, biskut ini hendaklah dipotong semasa ia sedang panas.
7. Simpan dalam bekas udara.



Satu resepi biskut untuk hari raya dah siap :)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...