Wednesday, July 23, 2008

Beef Stew

Akhirnya berjaya juga puasa sehari lagi. Alhamdulillah. Maklumla dah nak masuk bulan puasa balik, hutang masih ada yang belum bayar.
Bila berpuasa nampak makanan semua sedap aje. Tengahari tadi kat ofis dokkkk teringat nak masak apa la untuk berbuka. Last-last dapat idea buat beef stew. Husband yang cadangkan. Beef stew ni sedap kalau ditabur dengan parmesan cheese and dimakan dengan garlic bread. Tapi garlic spread dah habis, malas la pulak nak buat spread sendiri. Finally, we all makan je stew ni dengan nasi. Biasalah, mat saleh makan dengan bread, aku orang Malaya makan stew dengan nasi.


BEEF STEW

200gm daging - potong kiub
2 camt tepung
1 biji bawang besar - dicincang
2 biji bawang putih - dicincang
4 camb tomato paste
1/2 cawan tomato sup - pakai heinz
5 cendawan butang - dihiris
1/2 batang carrot - dipotong bulat
5 kacang pea/buncis -dipotong sepanjang 1 1/2 inci
1/2 biji bell pepper merah - potong panjang
1/2 biji bell pepper hijau - potong panjang
1 biji tomato - potong wedges
sedikit bunga kobis
1 biji kentang - dihiris bulat setebal 1/2 cm dan digrill hingga perang
1 mangkuk air rebusan daging (boleh ganti dengan kiub daging kalau terdesak)
Daun parsley - dihiris
2 camb olive oil

Cara-cara:

1. Daging digaul dengan tepung.

2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan daging dan masak hingga daging perang.

3. Kemudian masukkan bawang dan dikacau-kacau hingga bawang keperangan. Then masukkan tomato paste dan tomato sup. Renehkan sekejap hingga kuah tomato meresap ke dalam daging.

4. Masukkan pula sayur-sayuran, kentang yang telah digrill dan air rebusan daging (beef broth) dan direneh lagi. Resepi asal kata sup ni direneh selama 30 minit. Tapi aku tak suka sayur tu benyek. So aku reneh kejap je dalam 5-8 minit. (Resepi asal beef stew mat saleh memang sayur jadi benyek, tapi sedap)

5. Rasakan garam gula. Semasa menghidang boleh taburkan daun parsley, tyme dan bay leaf kalau ada. Kat Malaya ni susah nak cari daun tu fresh, so aku tabur daun parsley je.

No comments:

Post a Comment