Tuesday, July 15, 2008

Masak Lemak Cili Api Peria Sumbat Tenggiri

Peria ni kegemaran aku n hubby, tapi Along tak suka, dia kata pahit. Sebenarnya yang pahit tu yang sedap hehehe. Mak kata, kalau nak buang pahit peria rendamkan dalam air garam. Mungkin ada benar kot petua tu. Aku dengan hubby suka peria katak, yang tu lagi sedap, tapi peria tu kecil sangat untuk disumbat dengan isi tenggiri. Peria sumbat tenggiri ni dimasak kari pun sedap. Aku pernah buat peria sumbat tenggiri masak tiga rasa. Itu pun sodappppppp.





MASAK LEMAK CILI API PERIA SUMBAT ISI TENGGIRI

Untuk isi ikan:
3 keping ikan tenggiri - dicuci dan ambil isi nya sahaja
4 ulas bawang merah
sedikit lada hitam
5 tangkai daun ketumbar
sedikit air limau nipis

Bahan-bahan lain:
1 biji buah peria
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
6-7 biji cili api
1 cm kunyit hidup
2 batang serai - dititek
2 keping asam keping
1 biji tomato - potong 4
Santan
garam gula to taste

Cara-caranya:

1. Buah peria di buang tengahnya dan dipotong bulat setebal 1 cm, direndam di dalam air garam selama setengah jam. Kemudian di tos.

2. Kesemua bahan untuk isi ikan dimasukkan ke dalam food processor dan dikisar. Kalau tak ada food processor kat rumah boleh lah dibuat traditionally iaitu ditumbuk lumat. Sumbatkan isi ikan tenggiri ke dalam buah peria yang telah ditoskan.

3. Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup.

4. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan di masak hingga mendidih. Jangan lama sangat takut santan pecah minyak, nanti tak sedap.

5. Rasakan garam gula.

6 comments: