Wednesday, July 2, 2008
Spaghetti Prawn Olio with Mints
Last week tetiba je rasa teringatkan Prawn Olio Pizza Hut. Tapi nak ke PH mana ada PH kat Tanjong Malim ni. Pau Yik Mun ada la. PH paling dekatpun kat Rawang. Haiii apa lah nasib dok tak TM ni. Tapi nak buat camna dah laki bini punca rezeki kat sini huhuhuh. Aku memang suka Prawn Olio ni kalau ke PH. So aku cuba la prawn olio style aku hehehe. Biasalah tu, bak kata hubby aku ni suka improvised. Tapi husband puji, sedappppppp. Along kata pedas sikit, wawa pulak sambil makan sambil minum air, mmmmm anak aku yang kedua ni memang kuat makan, tu yang aku suka masak. Muallllllahhhhh......
SPAGHETTI PRAWN OLIO WITH MINTS
Sepaket spaghetti - aku suka san remo ( free advertisement nih)
2 biji bawang besar - chop
2 tangkai cili kering - rendam air panas and potong serong
5 cendawan shitake - rendam air panas and potong 4
Udang - dibuang kulit, kalau suka banyak boleh letak banyak.
3 camb olive oil
2 biji tomato - potong dadu
3 camb fried garlic -boleh beli kat pasaraya, ari tu aku beli kat Cold Storage.
4 tangkai daun pudina dan parsly - chop
Garam dan gula - to taste
Cara-Cara
1. Spaghetti direbus dan di toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar hingga golden. Then masukkan udang, cili kering dan cendawan shitake. Masak hingga udang masak. Selalunya 2 minit dah cukup dah.
3. Kecilkan api. Aku guna api paling minimum. Masukkan spaghetti dan semua bahan lain ke dalam kuali dan gaulkan rata-rata. Make sure garam dan gula secukup rasa.
4. Dah siap. Boleh la dihidangkan
Ini resepi aku and family time aku busy sesangat. Ataupun resepi bila hubby kata dia tak nak makan heavy for dinner. Biasalah life aku 8 - 5 everyday kat Poli. Balik umah kalau boleh nak prepare yang paling simple tapi sedap untuk family. Bila family burp selepas makan, wahhhhh time tu lah rasa satisfaction masak buat yang tersayang.....
cam sedap siot..meleleh lak air lior..
ReplyDeletetp presentation kureng aaa...
patot letak sket daun pudina kt atas tu..baru nmpk cam belagak..ahaha...
eh,hidop laie ke pokok pudina kat balcony tu?
wakakkaka...
Orang baru belajar ambik gambar daaaa, baru beli camera kannnnnnn, nanti akan ditambahbaik untuk presentation akan datang heheheeh, lagi pun masa tu pokok pudina kat balcony tu, time tu, idup segan mati tamau huhuhuhu
ReplyDeleteuih...menarik...tapi lum ada masa mau try lah....
ReplyDeleteSerious sedap..lagi sedap dari yg Pizza Hut punya sbb buat sendiri ada udang fresh..dan banyak..hehhe
ReplyDelete