Sunday, August 3, 2008

Nasi Ayam Madu Berpudina




Finally! Aku dapat masuk dapur today after several days preparing for a war this morning. Exam paper Economic Analysis dah over pukul 12 noon tadi. Hurray! Merdeka! 2 nites tido kat Shah Alam, My God hati dah dok kat umah teringat kat my girls yang dua orang tu. Bukan la teringat ape tapi asyik dok pikir 'apa la yang dia orang makan when i wasn't around'. I knew that their father was with them, but mother's feelings kannnnnn. So masa kat dalam exam room lagi dah pikir, nanti balik sampai umah, i'd like to cook sumthing nice for them. Bila arrived je kat Tg Malim from Shah Alam around 1.00 pm tadi, I went to look for some chicken kat kedai sebelah Yat Fong tu (kedai apa nama entah, lupa daaaa but the mart was a really one-stop-center- semua ada). Alhamdulillah masih ada rezeki, ada 2 ekor je lagi ayam yang tinggal. Timun, buah tomato, cabai semua ada except for some lettuce. Malas la pulak nak singgah beli lettuce lagi pun lettuce is just accessory je. Prezentation tak lengkap la sikit but the taste was excellent heheheh (according to my hubby and Along laaaaa heheheh).




NASI AYAM MADU BERPUDINA

4 pot beras - aku sukat pakai pot rice cooker Panasonic tu (dibersih dan toskan)
1 ekor ayam kecil- reserve kan part tulang untuk sup, part isi untuk lauk
3 camb rempah sup - jadikan pes ( aku pakai brand adabi)
1 kuib pati ayam - aku pakai knorr
Air - sekucupnya untuk sup dan juga untuk memasak nasi
Daun sup
Daun bawang
Daun pudina
2 helai daun pandan
Sedikit carrot - dipotong kecil
1 batang celery - potong kecil

Bahan A:
4 ulas bawang merah - mayang
3 ulas bawang putih - dimayang
2 cm halia - dimayang
2 kuntum bunga lawang
4 cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
5 biji lada hitam
1/2 camt jintan manis - yang kurus tu, aku selalu panggil jintan gemuk dan jintan kurus
2 camt mentega - untuk menumis

Untuk B:
5 camb madu
4 camb sos tiram
4 camb kicap masin
3 camb kicap manis

Untuk C:
2 biji tomato
6 biji cili hidup - dibuang bijinya
7-8 biji cili api
4 ulas bawang putih
Cuka
Garam dan Gula to taste
Sedikit air limau nipis/limau kasturi

Hiasan:
Timun - dikupas kulit dan dipotong bulat dan nipis
Lettuce
Tomato - dihiris bulat

Cara-caranya:

1. Dalam periuk yang besar, cairkan mentega dan tumiskan semua bahan A hingga garing dan wangi. Bila dah wangi masukkan pes rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing dan pecah minyak.

2. Masukkan ayam, gaul-gaulkan sekejap dan dimasukkan air dan kuib pati ayam. Biarkan hingga mendidih selama 10 minit.

3. Bila dah mendidih, angkat ayam bahagian isi untuk lauk. Bahagian tengkuk, rusuk, kepak atau mana-mana bahagian yang banyak tulang dibiarkan dalam sup.

4. Angkatkan secukupnya sup untuk memasak nasi dan ketepikan. Sup yang selebihnya dimasukkan carrot dan celery dan dibiarkan diatas api seketika sehingga carrot empuk. Rasakan garam gula. Hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang.

5. Untuk memasak nasi, masukkan sup ayam yang dah angkat tadi ke dalam beras yang telah dibersihkan. Masukkan sedikit garam, daun sup dan daun bawang yang telah dihiris halus, daun pandan dan juga 4 tangkai daun pudina. Masak macam masak nasi biasa.

6. Ayam yang diangkat dari sup tadi diperap dengan semua bahan B selama 10 minit dan digoreng sekejap kerana ayam sudah pun separuh masak. Jangan goreng lama sangat nanti ayam hitam macam hangit. Ayam yang telah masak diangkat dan diketuk sedikit sebelum dipotong. Semasa menghidang, hidangkan ayam di atas helaian lettuce, timun dan tomato.

7. Untuk sos atau sambal, masukkan semua bahan C ke dalam food processor dan dikisar. Rasakan masam, masin dan manisnya.

8. Untuk sos kicap, perapan ayam tadi dicampur dengan 3 ulas bawang putih yang ditumbuk lumat dan 2 senduk sup dan dimasak hingga pekat. Boleh juga ditambah kicap manis dan masin mengikut selera dan to the taste.

9. Nasi ayam dihidang bersama sup, ayam goreng madu, sos kicap dan juga sambal cili.

Memang sedap, Along sampai tambah 2 kali, her father jangan cakap le berapa kali tambah. Sumtimes aku terfikir, makan ke tak my family ni bila aku di Shah Alam. Tapi worth to cook for family......

2 comments:

  1. aduh, sodap nampaknya. lepas cuti boleh cubala ni.

    ReplyDelete
  2. Bila dah cuba kenalah bagi si fu rasa hehehe. Hujung minggu buat laaa, akak tak sekolah ujung minggu ni....bila lagi nak rasa engkau buat linnnn

    ReplyDelete