Tuesday, August 5, 2008

Ayam Tandoori



Actually menu asal untuk malam ni was roti jala and kuzi ayam, then teringat lak my mum belum makan nasi lagi, kalau masak roti jala kang lapar pulak dia. So roti jala and kuzi kena postpone to some other time. Rempah ayam tandoori ni aku terjumpa semasa shopping barang dapur kat Cold Storage, The Curve hari tu. Selalu aku asyik nampak rempah tandoori maggi je. Ok rempah ni, brand 'Shan'. Menepati citarasa aku and hubby. Hubby kata sebijik macam kedai mamak punya tandoori chicken. Nampak gayanya lepas ni terpaksa la aku belajar buat roti naan pulak. Sometimes kekawan tanya macamana aku boleh sempat masak macam-macam gini selepas balik kerja. Actually my mum and hubby helped me a lot, mum help me looking after my Wawa and hubby helped a lot in the kitchen, from chopping (pakai food processor laaaa hehehe) to grilling. Kalau dia tak tolong jenuh juga aku nak hidupkan api. Aku tak suka grill dalam oven, aku lebih prefer the traditional way of grilling which is pakai dapur arang. Pastu semalam tangan aku lak luka kena duri durian time nak belah durian tu, so hubby tolong perapkan ayam tandoori ni sampai merah tangan dia. Dia memang suka tolong kat dapur especially bila aku masak dish yang dia suka, tapi benda yang dia paling suka tolong is tolong makannnnnnn heheheh


AYAM TANDOORI

1/2 ekor ayam - ini cukup untuk aku 1 family (myself, hubby, mum, and my 2 girls)
3 camb rempah tandoori - aku pakai 'shan'
2 camb rempah kari
1 cawan susu cair - dibuat tairu
3 camb air limau nipis - untuk dibuat tairu
sedikit garam

Bahan dikisar:
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci lengkuas
1 camt halba
1 camt biji sawi - goreng tanpa minyak
1 camt ketumbar- goreng tanpa minyak
1 camt jintan putih - goreng tanpa minyak

Hiasan:
Lemon
Timun
Bawang besar

Cara-cara:

1. Tairu disediakan dengan cara mencampurkan susu cair dengan air limau nipis. Lagi elok kalau disediakan semalaman lebih awal.

2. Ayam dibersihkan dan diperap dengan bahan kisar, rempah tandoori, rempah kari, garam dan tairu. Gaul sampai sebati dan perapkan didalam peti ais selama 2 jam. Lama pun tak pe. Semalaman lagi bagus.

3. Ayam yang diperap digril hingga masak. Kalau tak mampu nak hidupkan api di dapur arang, boleh pakai oven.

4. Semasa menghidang, perahkan jus lemon ke atas ayam. Hiaskan dengan timun, lemon dan bawang yang dihiris. Untuk roti naan, bolehlah diorder dari kedai mamak yang berdekatan :)

3 comments: