Tuesday, August 5, 2008
Tom Yam Seafood
Masak tom yam ni memang not time consuming, sekejap je, sambil buat benda lain boleh masak tom yam ni. Working mother like me ni memang akan try to find benda yang simple untuk dimasak yet tasty. This is one of Along's favorite, dia suka sotong. Banyak dia makan tonite. Hubby tak suka tom yam ayam. Sometimes aku masak tom yam daging. Semuanya sama je, yang beza lauknye. Bila masak tom yam ni, sebelum letak cili api, aku akan ceduk dulu untuk Along and my mum. Depa 2 orang tu tak leh makan pedas. Aku and huuby lak akan letak cili api 10-12 biji, memang terangkat. Orang kata, tom yam yang sedap, bila dihirup kuahnya kita akan tersedak-sedak. Itu menunjukkan tom yam tu cukup rasa masam, masin, manis dan pedasnya. Kalau makan tom yam tak tersedak, itu maksudnya tom yam tu belum sempurna.
TOM YAM SEAFOOD
200 gm ekor sotong - potong bulat
200 gm udang
200 gm isi ketam - dipotong sepanjang 2 inci
3 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - belah 6
3 batang serai - diketuk
2 cm lengkuas - diketuk
2 cm halia - diketuk
2 mangkuk air
1 kiub tom yam - aku pakai knorr, yang lain kurang best
2 biji tomato - belah 4
1/2 batang carrot - potong bulat/panjang
1 batang celerey - potong serong
Sedikit cendawan tiram - disiat
2 biji limau nipis - ambil jusnya
Daun limau purut
10 biji cili api - diketuk
Daun bawang
Daun ketumbar
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih hingga garing. Bila bawang dah garing masukkan serai, halia dan lengkuas.
2. Masukkan air secukupnya. Bila air dah mendidih, masukkan kiub tom yam, sotong dan udang. Biar hingga seafood masak.
3. Masukkan pula buah tomato, carrot, bawang besar, cendawan dan celerey. Masak hingga sayur masak. Isi ketam dimasuk akhir sekali sebab isi ketam mudah hancur.
4. Last sekali, masukkan daun limau purut, cili api, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa. Semasa menghidang taburkan daun bawang dan daun ketumbar yang telah dihiris.
Sometimes bila ada je kuah tom yam yang lebih dinner, aku simpan, esoknya aku celur bihun, dan masukkan bihun ke dalam lebihan tom yam semalamnya....dan terhasillahhhh bihun tom yam.....
No comments:
Post a Comment