Tuesday, October 7, 2008

Chunk Dates Chocolate Cake







(Pic 1 : Sliced cakes - see the dates, moist and sweet; Pic 2 : The cake before the ganache was smeared; Pic 3 : Topped with choc ganache and sprinkled with chunk nuts- consist of grilled walnut, hazelnut and almond)

Bulan puasa hari tu hubby dapat banyak free dates dari vendor. Kami lak bukan lah makan dates betul betul. Kalau time berbuka tu sebiji date aku kongsi 2 orang. So banyak la dates yang berlebihan. Dah masuk bulan syawal ni mana la makan dates lagi. Finally dapat la idea letak chunk dates dalam choc cake. Tapi dates ni dah manis, jadi aku kurangkan gula dalam adunan kek, nanti terover manis kang kena kencing manis lak. Adunan ni pulak aku buat 1/2 je sebab bila jenguk peti ais telur ayam cuma ada 3 biji. Kalau full adunan terlur kena pakai 4 biji. 1/2 adunan ni actually good enough untuk aku satu familily, terus kek ni habis dalam masa 1 hari. Yang paling seronok memasak ni, kira ultimate lah, ialah bila orang yang disayangi makan my cooking sampai licin....masa tu rasa..ummmmphhhh PUASNYA!!!!!!


CHUNK DATES CHOCOLATE CAKE

(Sukatan ni untuk 1/2 adunan - kalau nak 1 adunan darab 2 lah ye!)
1 cawan chunk dates
135 gm butter
150 gm gula kastor
110 gm tepung - diayak
1 camt baking powder - diayak
Secubit garam
30 gm serbuk koko - diayak
2 biji telur
1 camt vanilla
1/2 cawan air panas
1 camt nescafe

Cara-caranya

1. Pukul butter dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan garam, vanilla dan telur satu persatu. Pukul lagi dengan menggunakan speed yang paling rendah.

2. Serbuk koko dan nescafe dibancuh dengan air panas hingga sebati dan ketepikan.

3. Masukkan tepung dan baking powder yang ditelah diayak ke dalam adunan butter sedikit demi sedikit dengan diselang seli dengan bancuhan koko dan digaul dengan menggunakan senduk hingga sebati.

4. Akhir sekali masukkan chunk dates dan digaul sebati.

5. Grease kan acuan dengan butter. Tuangkan adunan ke dalam bekas dan dibakar pada suhu 170'C selama 40-45 minit atau hingga masak.

6. Bila kek dah masak dan sejuk, tuangkan chocolate ganache (sila refer resepi sebelum ini untuk cara-cara membuat ganache) dan ditabur chunk nuts. Boleh juga ditabur chunk dates, cherry, dan sebagainya mengikut citarasa. Kek ni sesuai untuk rumah terbuka. Mesti cepat habis.

3 comments: