Friday, November 14, 2008

Sup Ayam dan Leeks


Susahnya nak cari masa nak blogging. Sekarang ni kelas EMBA kat UITM dah cuti sem tapi busy lak dengan nak pindah umah baru. And sad but true, sekarang ni demam la pulak, but apa-ape pun thank God it wasn't Cikukunya. Bila tengok friends kena serang dengan cikukunya and demam sampai 2 weeks long rasa gayat and takut la pulak. Tapi ni dah seminggu demam, berat badan pun dah susut. That day time demam i cooked this menu..for myself. Ye la nak manja dengan sape lagi, terpaksa la manja dengan diri sendiri. Last week kena sakit mata lak...haii nak buat camna sabar je lah. Hari ni actually dapat mc from the clinic tapi terpaksa gak come to work coz kesian kat students silibus tak finish lagi and the finals is just around the corner. This week and next week, ada course terpaksa lak attend.


SUP AYAM DAN LEEKS

Ayam - bahagian yang bertulang, this parts memang best untuk dibuat sup. Bersihkan.
1 bungkus rempah sup bunjut
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - diketuk
1/2 camt ketumbar - giling lumat
1/2 camt jintan manis - digiling lumat
1/2 camt jintan putih - digiling lumat
2 batang leek - potong 1 inci panjang
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 mangkuk air untuk kuah sup
minyak untuk menumis
bawang goreng, daun sup, limau nipis dan hirisan cili api untuk hiasan

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan semua rempah wangi hinggi garing dan naik bau. Masukkan pula rempah giling dan tumis hingga garing.

2. Bila dah garing masukkan sup bunjut, ayam, leek dan air. Reneh hingga ayam empuk. Rasakan garam gula.

3. Semasa menghidangkan hias dan rasakan dengan bawang goreng, daun sup, limau nipis dan cili api untuk sedikit rasa kepedasan. Kalau demam memang sedap hirup sup ni...

2 comments: