Monday, August 24, 2009

Ayam Percik


For berbuka today..ayam percik..tapi i perap kejap jer..sepatutnyer perap lama sikit, lagi sedap..paling best perap semalaman dalam fridge...hubby beli ayam on his way home from work..i cuma guna 1/4 of the whole chicken..bulan posa ni siang hari memang macam macam rasa nak makan..my good neighbor lak send me gulai ikan tongkol..end up nyer penuh table..yang syoknyer masak bulan posa ni, hubby tak berat tulang nak nolong kat dapur..kalau diamalkan sikap suka membantu tu sepanjang tahun and bukannya limited to bulan posa jer kan bagus..sejukkkkk jer mata memandang...hehehe


AYAM PERCIK

1/4 ayam - i pilih chicken breast - dikelar

Bahan A
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
3-4 biji cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 camt jintan manis
1 camt jintan putih

Bahan B
1 mangkuk santan pekat
2-3 keping asam keping
sedikit gula melaka
garam
2 batang serai - diketuk
1 camb tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Daun limau purut

Cara-cara:

1. Bahan A dikisar hingga lumat. Ambil sedikit untuk perapan ayam..perap ayam sekurang-kurangnyer sejam..lagi sedap kalau diperap semalaman di dalam fridge.

2. Campurkan Bahan A yang telah dikisar dengan bahan B kecuali tepung jagung. Masak di atas api hingga mendidih dan dimasukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Rasakan garam gula.

3. Ayam yang telah diperap dipanggang di atas api..nak panggang dalam oven pun ok..tapi i suka the original way of preparing ayam percik which is panggang kat atas bara api.

4. Semasa memanggang..percikkan kuah percik yang sudah dimasak tadi. Jgn lupa campurkan sedikit minyak masak supaya ayam percik berkilat..

5. Dimakan dengan nasi putih..sesuai utk berbuka puasa..boleh guna resepi yang sama untuk menyediakan ikan percik..

5 comments:

  1. สำหรับผู้ที่ชื่นชอบภาพยนตร์ และผู้ชมทุกท่าน ที่ชื่นชอบ หนังออนไลน์ 2022 ซีรีย์ที่ชื่นชอบในการรับชมภาพยนตร์ ซีรีย์ ดูซีรีย์ออนไลน์ อัพเดทใหม่ตลอดทั้งเดือน

    ReplyDelete