Monday, June 14, 2010

Sup Cendawan

Baru berkesempatan nak tulis resepinya...mintak maaf banyak-bantak kepada pengunjung yang dah masuk berkali-kali tapi resepi ni tak der pun kat sini...sebebnarnya aku dah lupa yang aku belum update sup cendawan ni...ampun kan daku! Resepi ni simple tapi anak-anak dan suami cukup suka hirup...slrupppp!





SUP CENDAWAN

Bahan-bahan:

1 paket cendawan tiram - RM2 sepaket, siat-siatkan
1 paket cendawan butang - belah 4
1 paket cendawan halus tinggi (ahakksss aku tatau nama dia tapi bentuknya tinggi dan kurus warna putih) - cuma potong akarnya
1 batang celeri - hiris serong
1 biji tomato - belah 8
1 biji bawang besar - belah 8
3 biji bawang putih - ketuk
1/2 camt serbuk lada sulah
1/2 kiub pati ikan bilis
6-7 ekor udang - buang kulit
6 biji fishball - belah 2
Sedikit daun bawang dan daun sup - potong 2 cm panjang
Garam gula
1 mangkuk air untuk kuah


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih hingga perang kemudian dimasukkan air. Biarkan hingga air mendidih.

2. Masukkan udang, fishball, kiub bilis,bawang besar celeri dan lada sulah. Biarkan seketika.

3. Akhir sekali masukkan cendawan, tomato dan rasakan garam gula. Masak sekejap sahaja sebab cendawan cepat lembut. Masukkan daun bawang dan daun sup sebelum diangkat.

26 comments:

  1. 0813jejeavis chaussure trail asics trabuco Juste un asics gel noosa tri 9 valor peut trouver ici les opérations de Degas, Monet, Gaugin et chaussures nike dunk high premium sb Van Gogh. Maintenant, le porte-bébé Pathfinder adidas zx flux femme a fleur 3.0 Kelty coûte environ 50 $ de air jordan lumineuse homme plus que le Journey 2.0, mais c'est aussi air jordan 1 retro mid web pour cette raison que vous chaussures running nike free run+ 3 homme obtenez le pack de jour compressible. Les adidas zx flux adv virtue articles vous seront expédiés en excellent état, scellés asics gel noosa tri 10 little kid avec toutes les étiquettes à l'intérieur d'un sac. nike air jordan homme montante

    ReplyDelete