Monday, April 25, 2011

Kuih Lapis Trio - gummy and chewy

Selalu nampak kuih lapis warna pink dan putih kan? Haaaa hari ni aku wat kuih lapis trio..ada 3 warna je..sesuai untuk orang yang tak ada banyak masa untuk melapis satu demi satu...ini kuih lapis the nyonya style..dia gummy skit and best sangat untuk di chew...anak-anak suka tapi hubby kurang suka..dia suka yang lembut macam kuih talam tu..resepi ni aku amik dari tenet...aku pun lupa dah kat dapur sapa...mintak maap la kat tuan punya resepi asal bukan aku tanak link ke page dia tapi aku dah lupa amik kat mana...masa tengok resepi tu aku suruh anak salin dan lekat kat peti ais supaya senang aku nak nengok masa nak nak buat...terus lupa nak salin url nya..

Kuih lapis ni sesuai di makantime breakfast mahupun minum petang...hari ni aku buat untuk breakfast..kuih yang senang dan gerenti jadi..


Kuih Lapis Trio - menunggu untuk dingap!






Dah potong kecik kecik supaya senang anak nak makan




Dah masuk tupperware..senang nak simpan..gerenti tak masuk semut...(grrrrr umah aku nih banyak tul semutnya!)





KUIH LAPIS TRIO

Bahan-bahan:


150 gm tepung beras
100 gm tepung ubi
1/2 camt garam
1 camt air kapur
450 ml santan pekat
1 camb serbuk koko
1 camb coklat emulco
1 camt pewarna hijau
1 camb esen pandan
1 camt esen ros

Bahan sirap:
160 gm gula pasir
125 ml air
2 helai daun pandan


Cara-caranya:

1. Panaskan pengukus dan didihkan air dalam pengukus hingga mendidih.

2. Sementara itu sediakan bancuhan kuih. Satukan semua bahan sirap dan dimasak hingga gula larut. Tapis dan ketepikan biar suam.

3. Santan disatukan dengan garam. Kacau hingga sebati.

4. Satukan kedua-dua tepung dan air kapur. Masukkan campuran sirap dan santan. Kacau hingga tepung larut dan sebati. Tapiskan.

5. Bahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama dicampur dengan serbuk koko dan coklat emulco. Bahagian kedua dicampurkan dengan esen ros dan dibiar pada warna asal. Bahagian ketiga dicampur dengan esen pandan dan pewarna hijau.

6. Ambil loyang pengukus. Leserkan dengan sedikit minyak. Masukkan lapis koko terlebih dahulu. Kukus selama 10 hingga 15 minit atau hingga masak.

7. Bila laspisan koko dah masak, angkat dan lorekkan permukaan kuih dengan garfu. Tuang lapisan warna asal dan dikukus lagi 10 minit.

8. Bila lapisan kedua dah masak, ulangi lagi untuk lapisan ketiga iaitu lapisan hijau. Kukus lagi selama 15 minit.

9. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong.

1 comment: