Tuesday, April 12, 2011

Muffin Kurma dan Oren

Sempena bulan posa tahun ni banyak lak dapat hadiah buah kurma dari kawan-kawan. Sampai sekarang kurma tu dok berdiam diri dalam peti ais. Sayang pulak tengok kurma ni tak dipergunakan. Cari-cari resepi kat tenet dapat idea nak wat muffin kurma..

Lepas hantar Wawa pegi school aku masuk dapur, and check all the ingredients are readily available..mmm boleh lah buat muffin. Lagipun aku suka buat muffin ni..senang sangat..tak payah pakai mixer...aku pakai blender jer..senang sangat! Sambil masak untuk lunch on my stove, my oven was baking the muffin..


Ready to go inside the oven...





After 15 minutes...it's already done!!!



Taraaaa!







The look inside the muffins...moist sangat!





MUFFIN KURMA DAN OREN
(Yield 12 muffins)

Bahan-bahan:
1 biji oren sunkist - ambil isinya
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1/2 cawan mentega yang dicairkan
1/2 cawan kurma cincang
1 1/2 cawan tepung - ayak
1 camt baking powder - ayak
1 camt soda bicarbonate - ayak
2/3 cawan gula kastor
1 camt garam


Cara-caranya:

1. Dengan menggunakan blender (brand apa pun tak per hehehe), blend isi oren dan kurma cincang bersama susu segar. Jangan terlalu hancur. Muffin ni best kalau ada chunck buah ni kat dalamnya.

2. Tambahkan telur, gula kastor dan mentega cair dan diblend lagi hingga sebati.

3. Dalam mangkuk yang lain satukan bahan-bahan yang telah diayak.

4. Tuangkan bahan yang diblend ke dalam mangkuk tepung dan digaul sebati dengan menggunakan senduk atau whisk. Aku suka guna whisk.

5. Sediakan acuan muffin. Letak muffin cup dan tuang adunan muffin ke dalam cup sebanyak 3/4 penuh.

6. Kalau ada badam hiris boleh la diletak di atas muffin. Aku kehabisan badam hari ni.

7. Bakar di dalam oven 180'C selama 15 - 20 minit. Check muffin dengan menggunakan cake tester/lidi. Kalau tak melekat tu dah masak la tuuu..

8. Boleh buat untuk besday party, minum petang, or untuk anak - anak ngapppp pada bila-bila masa.

No comments:

Post a Comment