Monday, April 11, 2011

Nasi Goreng Belacan

Dah kehabisan idea nak masak apa untuk breakfast weekend lepas. Nasi goreng ni dah selalu buat cuma selalu tak berkesempatan nak snap picture coz toleh je belakang nasi goreng dah abis sebab semua kelaparan bila bangun tido. Nasi lebihan dinner malam semalamnya masih banyak..udang ada 8-9 ekor..jadilah tu..



NASI GORENG BELACAN

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi - leraikan
10 ekor udang
Kicap masin
Kicap manis
Daun bawang
Minyak masak secukupnya


Bahan kisar/tumbuk:
Belacan - sebesar ibu jari
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2-3 biji cili merah
3-4 biji cili api - aku kurangkan cili sebab anak-anak tak makan pedas


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga garing.

2. Masukkan udang dan digoreng hingga udang masak.

3. Masukkan nasi yang telah dileraikan dan dikacau rata.

4. Rasakan masin dan manis dengan menngunakan kicap.

5. Hiaskan dengan hirisan daun bawang semasa menghidang.

10 comments: