Monday, April 11, 2011

Udang Goreng Kunyit

Jadi orang pompuan ni susah. Nak pikir nak beli apa kat pasar pun kita...nak ke pasar pun kita...bila balik nak cuci semua benda alah yang dibeli tadi pun kita..then nak pikir nak masak apa pun kita...nak masak pun kita..menghidang...then cuci pinggan pun kita...huhuhuhu




Hari ni masak udang goreng kunyit je la for lunch..sebab dah kering idea nak masak aper..tapi yang ni yang best ni..orang kata less in more..kita stop dulu celoteh...kita tengok resepi yang simple ni..


UDANG GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:


10 ekor udang sederhana besar - cuci dan toskan
1 biji tomato - potong 8
Daun bawang
1 camt garam
1 camt serbuk kunyit
2 biji cili merah - hiris
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 camb minyak masak


Cara-caranya:

1. Gaulkan udang dengan garam dan kunyit.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.

3. Masukkan udang ke dalam kuali dan digoreng hingga masak. Bila udang dah masak masukkan tomato, cili merah dan daun bawang.

4.Angkat dan hidang.

2 comments: