Friday, April 22, 2011

Nasi Goreng Udang

Malam semalam sengaja aku masak nasi lebih untuk dinner. Dah siap plan nak goreng pagi ni..cuma idea nak buat nasi goreng apa belum ada last nite..yesterday dah masak nasi goreng kerabu...d only person in my family yang tak suka nasi goreng kerabu is wawa..katanya banyak sangat sayur bersepah...tak syedap...agaknya dia tak suka rasa daun kesum and all the ulam agaknya...daddynye and her sister, let alone d grandmother, memang suka sesangat dengan ulam-ulaman ni...hmmmm jadi pagi ni kena la tukar menu lak...buat nasi goreng udang...nasib baik wawa suka...banyak dia makan for breakfast and ada lagi masa lunch tu dia pulun sampai abis..









NASI GORENG UDANG

Bahan-bahan:

2 mangkuk nasi semalam - relaikan
2 biji bawang putih - tumbuk
5 biji bawang merah - tumbuk
2 cm belacan - tumbuk
5 biji cili api - tumbuk
4 batang serai - hiris dan tumbuk
3 ekor ikan kembung goreng semalam - racikkan isi. Jika tak der gunala udang kering yang ditumbuk. Kalau tak der juga letakla ikan bilis tumbuk
2 camb sos ikan
3 camb sos tiram
1 kiub pati ayam - aku guna yang brand knorr
10 ekor udang - atau suka hati la nak letak banyak mana pun.
sedikit serbuk kunyit dan garam
Daun bawang dan cili merah hiris sebagai hiasan


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng racikan isi ikan hingga garing dan dimasukkan bahan tumbuk. Tumis hingga bahan tumis garing.

2. Masukkan udang yang digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak hingga udang masak.

3. Masukkan sos tiram dan sos ikan. kacau rata. Kemudian masukkan nasi dan kiub ayam dan digaul-gaul hingga rata. Rasakan garam gula.

4. Hidangkan bersama minuman kegemaran semasa sarapan pagi.

2 comments: