Kekononnya malam ni nak diet tamau makan nasi, jadi aku buat le sardin roll dalam 11 sebiji..tapi kalau dibelasah sampai 4 biji diet ke apa macam tu??? Hihii itu ler dilema aku..semangat nak diet berkobar-kobar tapi bila mata melihat makanan aku tak leh tahan laaaaa
Resepi yang senang, sedap dan yang paling best anak-anak suka tolong roll kan roti tu jadi nipis..depa memang suka kalau bab main-main macam tu..tukang roll malam ni ialah sapa lagi kalau bukan si wawa..Adnin pula minta aku buatkan lagi pagi esok untuk dia bawa gi sekolah tapi roti dah abis..nak kuar gi beli dah malas..lain kali je la ye kakak bawa gi sekolah :)
SARDINE ROLL
Bahan-bahan:
1 paket roti gardenia
1 tin sardin - cap ayam tau
1 biji bawang besar - cincang
2 camb mayonis
1 camt lada sulah
Sedikit daun bawang - hiris
1 biji cili merah - hiris, kalau nak pedas letak cili api yang dipotong.
Perahan air limau nipis
2 biji telur + sedikit garam
Bread crumb secukupnya
Minyak untuk menggoreng
1 camb tepung gandum + sedikit air - untuk dijadikan gam
Cara-caranya:
1. Roti dibuang tepinya dan digelek dengan menggunakan roller hingga nipis. Tujuannya supaya roti tak serap minyak bila digoreng nanti. Kerja roll roti ni boleh suruh anak-anak buat :)
2. Sediakan inti: Keluarkan sardin dari dalam tin dan dilecekkan. Ambil sos sikit sahaja dan selebihnya dibuang. Masukkan sekali bawang cincang, mayonis, cili hiris, air limau, lada sulah dan daun bawang dan digaul sebati.
3, Ambil sekeping roti yang telah digelek. Letak 1 camb inti sardin dan digulung. Hujung roti digam menggunakan bancuhan tepung gandum agar tidak terbuka semasa menggoreng nanti.
4. Pecahkan telur dalam bekas lain. Masukkan sedikit garam dan dikacau sebati.
5. Ambil sardin roll, celupkan ke dalam telur dan digolekkan di atas bread crumb. Goreng dalam minyak panas pada api sederhana sekejap sahaja hingga perang. Angkat dan sejatkan di atas tisu dapur.
6. Boleh dijadikan hidangan breakfast mahupun minum petang. Macam aku malam ni aku buat makan dinner. Snek masa picnic will be great as well.
yeezy boost 350
ReplyDeletesan diego chargers jerseys
nike trainers
michael kors handbags
coach outlet
new orleans saints jerseys
oakley sunglasses
michael kors uk
ugg boots
chicago bulls jersey