Friday, April 8, 2011

Serabai Dengan Serawa Durian


First time makan kuih ni arwah ayah yang suggest. Masa tu aku form 2 or 3 macam gitu lah. Satu hari aku visit ayah kat tempat kerja dia, macam opis dia laaa. Sebelah opis dia tu ada gerai makan. Ayah cakap "kalau ko nak makan pegi la gerai sebelah. Makan je apa ndak, kang ayah bayar". Aku pun pegi la. Ada kuih ni tapi aku tak makan, aku minum je. Pas tu ayah datang dia tanya "ngape tak makan? Meh rasa kuih ni, kuih "seghabe"". Itu ler first time aku merasa kuih ni. Sejak kawin memang aku tak pernah makan. Kat Kedah memang tak pernah jumpa kuih ni. Kat Tg Malim memang langsung tak der la. Sempena musim deghoyan ni aku tetiba lak teringin nak makan serabai dengan serawa durian. Terpaksa la buat sendiri. Oleh sebab aku tak ada acuan serabai maka aku guna jer non stick pan saiz 4". Besar ler skit saiznya. Kalau guna acuan saiz serabai ni kecil molek comel gitu. Ini serabai saiz XL. Lambat ler skit sebab ada satu pan jer. Kena buat satu satu. Kalau ada acuan dia cepat ler skit. Tapi teringin punya pasal, bedal je la. Sebenarnya serabai dan serawa adalah pancake and syrup versi traditional Malay.


SERABAI
(Bater ni dapat 16-17 biji serabai jika guna pan saiz 4")

Bahan-bahan:
250 gm tepung beras
150 gm nasi
1 1/2 liter santan - masak hingga suam
Secubit garam
1 camt yis kering - aku papai mauripan yis
1 camt baking powder


Cara-caranya:


1. Nasi dikisar dengan sedikit santan hingga hancur.

2. Satukan semua bahan kecuali santan ke dalam mangkuk. Masukkan santan suam sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.

3. Perapkan selama lebih kurang 2 jam atau lebih sebelum memasak serabai.

4. Panaskan acuan serabai. Leserkan minyak dengan menggunakan daun pandan.

5. Tuangkan sesenduk bater ke dalam pan. Bakar dengan menggunakan api kecil lebih kurang 5 minit hingga terbentuk lubang dipermukaan kuih.

6. Angkat dan hidangkan dengan serawa durian atau pisang ataupun kuah manis biasa.



SERAWA DURIAN

Bahan-bahan:
Sebiji buah durian. Ambil isinya
1 1/2 liter santan - agak sendiri la ikut kuantiti isi durian tu
3 keping gula melaka - kalau suka manis boleh tambah lagi
2 helai daun pandan - disimpul
Secubit garam


Cara-caranya:

1. Satukan semua bahan di dalam periuk.

2. Masak hingga kuah mendidih. Rasakan manis masinnya.

3. Dimakan bersama serabai sebagai syrup.

6 comments:

  1. sis ,maaf tak jadi saya buat tadi..betulkan santan 1 1/2 liter?

    ReplyDelete
  2. betul dear...insyaAllah menjadi..selamat mencuba :)

    ReplyDelete