Friday, April 15, 2011

Upside Down Pineapple Cake

Buat cake ni sebagai dessert masa kenduri kesyukuran semalam...tapi hidang kat ladies section je..men punya section tak ada..sori ye jemputan laki sebab a day before the kenduri tu aku demam..tak larat nak bake 2 biji cake..sempat sebiji je..then terus sakit kepala dan fening..dan terbaring je..baby pun my mom yang jaga...ramai guests fomfuan puji kek ni sedap..actually it's just a butter cake, modify here and there, decorate with pineapple rings..add color by using red and green cherry..upside down the cake so that the pineapple topping that was firstly arranged at the bottom of the cake now appear on top...and here you go..an upside down pineapple cake was produced!


UPSIDE DOWN PINEAPPLE CAKE

Bahan-bahan untuk topping nenas:

1 tin nenas ring - guna dalam 6-7 keping..bergantung pada jenis tin pembakar
3 camb butter cair
5 camb gula perang
5-6 biji cherry merah dan hijau - belah 2


Bahan-bahan untuk kek:

Bahan A:(dipukul hingga putih)
227 gm mentega - aku suka guna brand SCS
1 camt esen vanila

Bahan B:
6 biji telur
80 gm gula icing
120 gm gula castor
1/4 camt baking powder
2 sudu besar ovellete

Bahan C:
210 gm tepung naik sendiri
1 camb butter emulco
2 camb susu segar

Cara-caranya:

1. Sapu tin pembakar dengan butter yang dicairkan. Tabur gula perang dan susun nenas ring di atasnya. Letak cherry yang telah dibelah ditengah-tengah ring.


Susun nenas ring dalam tin macam ni..letak ceri merah dan hijau yang dibelah dua...




2. Pukul telur dan kedua dua gula hingga telur hancur. Masukkan baking powder dan ovellete. Pukul lagi hingga ovellete larut dan seterusnya pukul lagi hingga naik 3 kali ganda dengan speed yang paling tinggi.

3. Masukkan tepung sedikit sedikit sambil dipukul dengan kelajuan 1 dan bila telah sebati baru masukkan susu cair.

4. Pukul lagi pada kelajuan tinggi selama sepuluh minit.

5. Masukkan bahan A yang telah dipukul terlebih dahulu kedalam adunan kek sedikit demi sedikit pada kelajuan 3 hingga habis.

6. Masukkan butter emulco dan dipukul lagi selama 5 minit.Tuang kedalam acuan kek yang telah disusun nenas dan bakar pada suhu 160 darjah selama 1 jam.


Taraaaa...dah masak pun...tapi belum diterbalikkan



7. Bila kek dah sejuk, terbalikkan kek semasa menghidang supaya topping nenas berada di atas.

Bila dah terbalik...jadilah Upside down pineapple cake!



Another angle view...


No comments:

Post a Comment