Friday, April 15, 2011

Spiral Goreng Seafood Berempah

Another friday scenario..senario apa? Senario my-fridge-is-running-out-stock laaaaa...inilah dilema aku setiap hari Jumaat. Bila barang basah dalam fridge cuma tinggal 3 ekor sotong dan sekor ikan selar..mula la aku tatau nak masak apaaaa..jadi memanfaatkan apa yang available aku masak le spiral ni for breakfast untuk anak-anak pompuanku yang demam tak pegi skolah! Kalau tak ada spiral, makaroni dan elbows pun boleh!






SPIRAL GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:

1 mangkuk spiral - rebus hingga lembut
3 biji bawang putih - cincang
1 biji bawang besar- cincang
2 camb serbuk kari - jadikan pes
1 camt lada hitam - coarse
2 camb sos cili - aku tak letak banyak, anak2 tak makan pedas
2 camb sos tomato
2 camb kicap masin
1 camb kicap manis
3 camb sos tiram
1 camt serbuk ketumbar
2 tangkai daun kari
1 biji tomato - dadu
4-5 ekor sotong - potong bulat
5 biji fish ball - dihiris bulat
3 batang isi ketam - potong sepanjang 2 cm
Sedikit capsicum - aku tak letak sebab tak ada hehehee
Daun bawang dan cili merah hiris


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga garing.

2. Masukkan pes rempah kari dan dan rempah ketumbar dimasak seketika. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, dan kicap. Kacau.

3. Masukkan sotong, isi ketam dan fishball. Masak hingga lauk masak. Jangan lupa masukkan capsicum sekali. Kemudian masukkan spiral yang telah direbus dan dikacau sebati.

4. Masukkan lada hitam, tomato buah dan dirasakan masam masin dan manisnya. Hiaskan dengan daun bawang dan cili hiris semasa menghidang.

1 comment: