Sunday, May 15, 2011

Cucur Nasi Ikan Bilis



Pikir punya pikir nak buat apa untuk breakfast di hari minggu..hari ni last cuti bersalin selama 3 bulan sebelum masuk kerja esok..last-last decided nak try buat cucur nasi..aku memang tak caya masa first time nampak ada blogger post resepi ni..isy nasi pun boleh buat cucur ke..lepas tu aku nampak ramai lak blogger lain yang tayang cucur ni, then i decided to try it myself! And i don regret it! Sedap!



Mulai sekarang aku tak risau lagi kalau ada nasi semalam yang tak habis..kali ni aku try ikut resepi yang dipost iaitu menggunakan ikan bilis...may be lain kali boleh try guna udang kering pulak..or may be udang basah? Sedap sangat bila dicicah dengan sos pilihan..macam biasa i chose thousand island!

Resepi cucur ni aku copy dari dapur dayang!




CUCUR NASI IKAN BILIS
Source : Dayang Jack @Dapurku Sayang
Source: Mieza@WAWMC

Bahan-Bahan

2 cwn nasi
2 cwn air
1 biji bwg besar
2 biji bwg putih
1/2 cwn ikan bilis - atau ikut suka
2 1/2 cwn tepung gandum
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
1 camt baking powder
Daun sup/bawang (di hiris halus)
Sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
sedikit serbuk cili - aku letak coarse black pepper
Sedikit serbuk kunyit
Sos pilihan

Cara-caranya:

1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.

2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.

3. Campurkan semua bahan-bahan hirisan, garam dan gaul sebati.

4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.


Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment