Wednesday, May 11, 2011

Sotong Masak Limau Purut

Belek-belek dalam freezer ada sotong 6 ekor (saiz besar), ada dada ayam, ikan kembung dan sepotong isi ikan merah..emmmm nak masak ape ye..garu-garu kepala jap..skodeng dapur blogger masakan jap..belek-belek magazine resepi jap..tenung-tenung, telek-telek..last-last pilih menu ni la ye..pastu goreng ayam letak bawang besar goreng banyak-banyak, telur dadar..sayur? tak der muahahaha sebab stok sayur dah abis...sambil masak lunch sambil buat dadih untuk anak-anak...untuk resepi dadih boleh tengok kat sini..

In a meantime meh kita tengok masakan sotong limau purut menu lunch hari ni...






SOTONG MASAK LIMAU PURUT
Recipe: Majalah Rasa Sep 2006
Source : Mieza@WAWMC


6 ekor sotong saiz besar - potong bulat
1 mangkuk santan - agak pekat
2 camb cili kering kisar
7 helai daun limau purut
1 biji bawang besar - kisar
3 biji bawang putih - kisar
1 inci lengkuas - kisar
2 keping asam keping
1 biji tomato - potong 8
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam periuk.Tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga naik bau.

2. Masukkan santan dan asam keping dengan api sederhana.

3. Setelah mendidih, masukkan sotong dan daun limau purut.

4. Akhir sekali masukkan tomato dan rasakan garam gula.

5. Hidang dengan nasi panas..


Selamat mencuba!

1 comment: