Sup ekor ni aku masak semalam untuk lunch semalam..tapi tak sempat nak post..hari ni baru ada peluang nak menaip kat blog ni..sebenarnya dah lama ekor ni dok bertapa dalam freezer kat dapur aku tu...my MIL yang kirim dari Alor Setar masa my BIL balik kampung dulu...nak masak asyik tak menjadi je...lagipun yang gemar ekor kat umah ni aku dan anak-anak je..suami dan mak tu makan tapi tak bersungguh...tu yang lama ekor ni diperam dalam freezer..lagipun aku baru beli pressure cooker dari opismate aku..meh kita test sup ekor dalam pressure cooker baru..
SUP EKOR BEREMPAH
Resepi: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan:
6 ketul ekor lembu - dipotong dan dicuci dengan tepung gandum dan limau nipis
2 biji tomato - belah 4
4 helai daun limau purut
1 biji bawang besar - belah 8
Garam gula
Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji buah pelaga
1 camt lada hitam
1 camt jintan manis
1 camt jintan putih
Bahan hiasan:
5 biji cili padi - hiris halus
Bawang goreng
Daun bawang dan daun sup - hiris
1 biji limau nipis - ambil jusnya
Cara-caranya:
1. Rebus ekor yang telah dicuci di dalam pressure cooker hingga empuk.
2. Dalam periuk yang lain panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan ekor yang telah empuk dan air rebusannya sekali ke dalam periuk yang mengandungi bahan tumis. Renehkan.
4. Masukkan tomato, bawang besar, dan daun limau purut. Rasakan garam gula.
5. Taburkan bahan hiasan semasa menghidang sambil diperahkan air limau nipis.
roshe shoes
ReplyDeletetory burch shoes
hermes belt
adidas ultra boost
Kanye West shoes
kobe 9
michael kors outlet
http://www.kobebasketballshoes.us.com
light up shoes
nike huarache
502