Wednesday, June 1, 2011

Agar-Agar Roti



Panas betulkan tengah hari sekarang ni? matahari terpacak je atas kepala..haaaa kalau rasa panas dan haus..meh meh kita makan agar-agar roti ni..kasi sejukkkkk sama itu anak tekak..tapi walaupun panas terik aku tetap tak leh makan? Kenapa???? Sebab berpuasa ganti, banyak lagi nak kena ganti nih..maklumlah tahun lepas sebulan miss posa..helpppppp!



Agar-agar ni dimasak hari Isnin lepas untuk buka posa..Sedap sangat! Rasa rotinya tu lemak-lemak gitu..cuma aku tak pandai tang nak marblekan dia..tak cantik sangat aku marblekannya



Resepinya aku dapat dari My Resepi..yang depa tayang tu semuanya lawo-lawo belaka..tang nak tuang dalam acuan tu fail la aku ni..kena belajar lagi biar tangan ni lembut sikit la kot hahaha...maklum la tangan pegang pen, marker, dan ketuk keyboard je...walau macam mana pun puding sangat sedap, senang nak buat dan bahan-bahannya pun tak banyak...haaaa jangan risau lagi kalau roti tak habis ye...buat je agar-agar roti!


AGAR-AGAR ROTI
Source: Mass80 @ MyR

Bahan-bahan ( loyang saiz 22 cm )

1 peket agar - agar bertali - 20 gram
6 cawan air
200 gm gula pasir
1 tin susu cair
6 keping roti -
1 biji telur
3 jenis pewarna
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara:

1. Roti dicarik-carikkan dan disatukan dengan susu cair dan telur , apabila roti kembang, blender hingga halus.

2. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.

3. Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.

4. Bahagikan ke-3 bahagian dengan tiap-tiap bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata.

5. Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.

6. Sejukkan didalam peti sebelum dipotong.

8 comments:

  1. alhamdudillah mieza suka agar2 roti ni..
    hmm..mieza tahu kan mass80 tu mas duniaku...
    maceh sudi mencuba...
    cantik dah tu agar2 roti mieza...
    salam kenal dari mas...

    ReplyDelete
  2. mas..ye ke..selamat berkenalan kembali..mmg suka agar2 ni..sedap..anak2 semua suka..tak la risau lg kalau roti abis..tq mas sudi share resepi :)

    ReplyDelete