Friday, June 24, 2011
Daging Goreng Halia
Hari Jumaat yang ditunggu-tunggu sudah tiba..yahooo i love fridays..petang ni nak balik Penang umah pak cik..esok kenduri kawen my kazen..jadi ini entry terakhir untuk minggu ni...sepanjang wiken memang tamau masak..Sabtu makan lauk kenduri..Ahad nak makan-makan kat Penang..kita pekena Char Kuey Tiaw Pulau Pinang pulakkkkk...petang ni hubby kata tak yah masak..kita makan je kat luar on the way nak balik Penang..yeyyyyy
Oleh sebab hari ni hari Jumaat, lunch hour pun panjang boleh la update blog..semalam tetiba je streamyx kat umah kena potong gara-gara encik hasben lupa bayor..tak dapek la den nak bersiaran semalam..terpaksa bersiaran kat opis..sib baik hari ni tenet dah disambung balik..rindu nak intai kawan-kawan blogger masak apa..
Daging goreng halia ni masak 2 hari lepas untuk buka puasa..mieza dan suami memang suka dengan halia..teh halia tu memang minuman harian..boleh buang anginnn..jangan buang angin kuat-kuat dah laaaa..kang pengsan orang keliling..hahahaha
Jom kita tengok resepinya..
DAGING GORENG HALIA
Recipe: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan:-
300 gm daging batang pinang
2 inci halia - mayang
3 biji bawang putih - kisar
5 biji bawang merah - kisar
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 kiub daging
Sedikit cili padi - potong kecil
1/2 batang carrot - potong memanjang
2 camb sos tiram
2 camb kicap cair
1 biji tomato - potong 8
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hijau
1 inci kulit kayu manis
Sedikit daun bawang
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan perap:
1 1/2 inci halia - kisar
1 camt serbuk lada sulah
Sedikit garam
Cara-caranya:
1. Potong, bersih dan perap daging dengan bahan perapan selama 1/2 jam.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili api dan kulit kayu manis hingga wangi perang.
3. Masukkan daging yang telah diperap dan masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika perlu. Jika tambah air, masak hingga air kering.
4. Bila daging dah empuk, masukkan carrot, kiub daging, sos tiram, dan kicap cair. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan pula bawang besar, cili merah dan hijau,buah tomato dan daun bawang. Kacau rata dan bawang besar layu. Rasakan masin dan manis. Angkat dan hidang.
assalam Mieza,
ReplyDeletekakak ipar amie suka sgt masak resepi begini...wajib ada time kenduri & raya...kami tukang makan saja!
sedapnya tengok daging tu....
ReplyDeletenak rasa sikit boleh...
@ Amie
ReplyDeleteSedapkan daging goreng macam ni..tak per memula tyukang makan..lama2 jadi tukang masak pula :)
@ Mas
Alaaaaa br baca komen coz br blk dr kg..mas mintak lewat dgt, kalao tak leh pos ke Shah Alam nun heheh :)