Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, February 20, 2012

Red Velvet Cake and Red Roses




Assalamualaikum..alahai blog ni kejap idup kejap mati ye..mieza sibuk sangat sekarang...alhamdulillah banyak tempahan dari kawan-kawan...sampai mieza jarang masak...makan je apa yang ada..maklum la balik kerja pun dah pukul 6 petang..terus nak masuk dapur siapkan tempahan..minggu ni banyak pula tempahan...mieza kerja sendirian jadi mieza terpaksa menolak beberapa tempahan jika tarikhnya sama dengan tempahan yang lain...sian sebenarnya tapi mieza tak mampu huhuuu...suka tapi fenattttt hahahah


Mieza juga tak sempat nak berkunjung ke dapur kawan-kawan...terima kasih buat yang tinggalkan komen...mieza akan balas kunjungan nanti..insyaAllah...jangan serik atau merajuk untuk ziarah dapur mieza ye...sob sob sobbbb

Thursday, February 16, 2012

Barbie Doll Cake - Happy Besday Wawa

Selamat Hari Lahir Wawa...sekejapnya masa berlalu Wawa dah 5 tahun sekarang..

Dalam kesibutan yang amat alhamdulillah masih sempat mieza meluangkan sedikit masa untuk siapkan kek ini dan juga 50 biji cupcake untuk di hantar ke Tadika nya..Ya Allah seronoknya mieza tengok muka kanak-kanak Tadika tu menerima sebiji cupcake seorang dan juga dapat makan kek barbie tu ramai..sooooo beautiful their faces are and they are only 4 to 5 years old...indeed, God's creations are alwiz beautiful...



Barbie Doll Cake ni mieza gabungkan satu adunan kek coklat dan juga satu adunan kek butter...Kek Moist Chocolate mieza menggunakan resepi yang mieza cilop dari umah kak ummi...TQ kak Ummi..sedap sangat kek cekelat ni..moist dan memang best lah..nanti mieza nak wat lagi sebab hubby cukup sukaaaaa...

MOIST CHOCOLATE CAKE
Source ; Kak Ummi @ Home Sweet Home
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan:- (loyang 21 x 21 x 3 cm)

2 cawan tepung gandum } diayak
2 sk baking powder } bersama
2 cawan gula halus
4 biji telor gred A
250 gm butter
2 sk esen vanila

Bancuhan koko (Pes Coklat):-

1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair (akak guna fresh milk - saya pun)

Cara Membuat:-

Untuk bancuhan koko, masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk. Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap. Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
Masukkan esen vanila dan gaul rata.
Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan bancuhan koko tadi. Gaul rata dengan spatula.
Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180C. (resepi asal hendaklah dibakar dengan api atas bawah, tapi akak bakar macam kek biasa, api bawah sahaja, ok je)

Dan 50 biji cupcake..

Sunday, February 12, 2012

Fondant Cupcake Hantaran dan Resepi Fondant

Khas buat cousin mieza yang tersayang yang melangsungkan perkahwinannya semalam 11 Feb 2012..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

Kat sini mieza bukan nak share resepi cupcake ni..tapi mieza nak share resepi fondant dari kelas fondant yang mieza follow last month..cupcake nya mieza buat CC vanilla..







FONDANT

Source: Mieza @ WAWMC

2 sb gelatin
1/4 cawan air
1/2 cawan liquid glucose
2 sb shortening
1 sb glycerin
1 kg gula icing

1. Gelatin direndam di dalam bekas stainless steel bersama air hingga kembang. Bekas tu elok guna bekas yang besar sebab kita terus nak uli fondant dalam bekas tersebut. Mieza guna mixing bowl stainless steel.

2. Fondant dibuat dengan menggunakan kadeah double boiling. Jadi panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Kemudian letakkan mixing bowl yang mengandungi gelatin tadi diatas periuk. Pastikan air mendidih dan tidak kena pada bahagian bawah mangkuk.

3. Kacau hingga gelatin larut.

4. Masukkan liquid glucose dan kacau lagi hingga liquid glucose larut.

5. Bila liquid glucose dah larut masukkan shortening. Kacau hingga shortening hampir larut. Alihkan mangkuk dari periuk dan masukkan glycerin. Kacau rata. Pastikan semua shortenig dah larut. Biarkan selama 10 - 15 minit sehingga suam

6. Kemudian masukkan gula icing dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan. Cara mengulinya adalah seperti nak buat roti.

7. Rehatkan fondant sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan. Fondant yang dah siap mesti disimpan di dalam bekas kedap udara (Tupperware)..kalau ia terkena angin ia akan kering dan mengeras..



Selamat Mencuba!

Friday, February 10, 2012

Tempahan Birthday Cake...Alhamdulillah...

Alhamdulillah..seorang sahabat dari ofis menempah Moist Chocolate Cake for his dotter's Birthday...

Layan gambar duluuuuu...nanti mieza share resepinya..:)





Bertemu kembali..lambat mieza postkan resepinya sebab mieza balik Penang umah uncle..uncle kenduri kahwinkan cousin mieza ..alahai fenatnya baru sampai umah siang tadi..

Bagi yang bertanya resepi kek coklat utnutk tempahan ni..mieza menggunakan resepi kek coklat yang suami mieza cukup suka..kalau nak tengok resepi boleh klik DI SINI dan DI SINI...

Kek Coklat ni mieza sapukan dengan Chocolate buttercream dan Coklat Ganache..

CHOCOLATE GANACHE:

200 gm susu ideal
250 gm cooking chocolate - mieza guna van houten.
1 sb butter

Dengan menggunakan kaedah double boiling..masukkan semua sekali ke dalam bekas stainless steel dan dikacau sentiasa sehingga coklat cair...sejukkan


CHOCOLATE BUTTERCREAM

80 gm butter
250 gm creamwell
1/2 cawan icing sugar
1/4 cawan golden sirap
1/2 cawan chocolate ganache

1. Potong butter kiub. Satukan butter bersama creamwell dan pukul hingga kembang dan putih. Mieza memukul dengan menggunakan speed yang paling perlahan selama 1/2 jam.

2. Icing sugar di ayak. Masukkan icing sugar dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati.

3. Akhir sekali masukkan coklat ganache dan gaul sebati..

Tuesday, February 7, 2012

Ayam Ala Bali

Salam sayang semua..wahhh long wiken ehhhh..buat apa sepanjang wiken ni? Ada pergi berkelah ke..shopping ke...kenduri kawin ke atau pun ada balik kampung? Mieza tak pergi memana pun..lepak umah je la..kat umah ni pun bertimbun kerja yang perlu dibereskan tapi yang hairannya tak beres-beres gak hahahah

Okay lah malam ni mieza nak tayang ayam ala bali yang mieza masak semalam...malam ni layan gambar dulu ye..kang esok mieza postkan resepinya...



AYAM ALA BALI
Source: Diana @ SKB
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-Bahan
950 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 inci halia _ dihiris
1/2 inci lengkuas _ dihiris
2 batang serai _ dihiris menyerong
2 - 3 helai daun limau purut _ dimayang / dicarik-carik
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng


Bahan-Bahan Kisar ( Kisar menggunakan food processor )
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing )


Bahan-Bahan A
2 tbsp ABC soy sauce
2 tbsp sos tomato Maggi
2 tbsp sos cili Maggi
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Gula merah secukup rasa _ boleh juga menggunakan gula melaka
Garam jika perlu




Cara-Cara

1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak yang banyak.. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
3. Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tu tadi.. tinggalkan sedikit minyak tu untuk menumis ) dan tumis bahan-bahan kisar hingga terbit aromanya.
4. Kemudian masukkan halia dan lengkuas.. Tumis lagi hingga pecah minyak.
5. Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
6. Tambahkan bahan-bahan A dan gaul rata.
7. Setelah mendidih dan sedikit pekat.. bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
8. Masak seketika dan sesuaikan rasa.
9. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.



Ayam ni mieza makan dengan nasi minyak lemon..sedapppp sangat hehehe..puji masakan sendiri lak kakakaka

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...