Main Module
Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates
Adds
Calendar
Saturday, September 26, 2009
Siakap Kukus
Curi-curi masa update blog..coz cian kat my visitors..visit my blog tapi asyik nampak 'recipe will be posted later' sign..skg ni, posa pun dah abis, raya pun dah tamat..walaupun raya tu sebulan..assigment pun belum menggunung..bukan tadak assgment..tapi mlm ni mood nak update blog tu datang..so kena la buat sementara mood masih ada..resepi ikan kukus ni actually is very simple..campak jer semua bahan dalam bekas and steam em up..after like 15 minits or so masak la ia and is ready to be belasah..kalau masak ikan kukus ni i cuma suka guna ikan siakap..ikan lain pun boleh gak..tapi i suka siakap..kalau ada asam boi..boleh letak sekali..lagi sedap..rasa masam-masam manis..mcm filem p ramlee la pulak hahahaha..
SIAKAP KUKUS
1 ekor ikan siakap - cuci bersih
1 biji bawang besar - belah 8
5-6 biji cili api - ketuk
3 batang serai - ketuk
3 biji bawang putih - ketuk
1 inci halia - hiris panjang
1 biji tomato - belah 6
2 camb sos tiram
1 camb sos ikan
2 biji asam boi
1 camb air asam jawa
1 kuib pati ikan bilis
2 camb air bancuhan tepung jagung
1 camt jus limau nipis
Garam gula
Cara-caranya:
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Dalam bekas yang sesuai, letakkan ikan siakap yang telah dicuci bersih.
3. Letakkan semua bahan yang ditulis di atas ke atas, dalam perut ikan, bawah dan sekeliling ikan. Di tambah sedikit air untuk kuahnyer. Jika suka kuah banyak boleh letak air banyak sikit..i tak suka kuah banyak sangat..
4. Kukus selamat 10-15 minit atau hingga ikan masak. Resepi yang senang, sedap dan sihat...
Kerabu Perut dan Mangga
Ari tu pegi Hub Halal Tg Malim kat depan umah i tu ternampak si Hakim tu tgh jual perut..(perut lembu, bukan perut dia, kalau perut dia i pun tanak beli heheh)..sikit jer..i pun tanak bebanyak.last year masa raya korban..i belasah makan perut lembu cecah air asam saing dengan my sister in law sampai i sakit perut and terpaksa pegi kinik lepas tu..sejak serik kes last raya korban, i dah tak berani nak makan perut bebanyak..tapi sebab suka punya pasal i beli gak..sikit je..cukup untuk 1 mangkuk kecik jer..i sebenarnyer tak reti cuci perut lembu..nasib baik my mom ada..dia la yg tolong cuci..kalau takder saper yang sudi cuci, i sanggup tak makan..makan kat kedai je laaaa..tapi kat kedai tau tau je la..kalau beli sup perut semangkuk dalam RM4 but yang banyak bukan perutnya..tapi tauge...menu berbuka ari tu..kerabu perut and mangga...i sememangnyer penggemar kerabu..next kerabu will be kerabu pucuk paku and kerang...:))
KERABU PERUT DAN MANGGA
300 gm perut lembu - dicuci bersih
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji mangga - dicincaing
1/2 mangkuk santan pekat
2 biji cili merah - dihiris
5-6 biji cili api - dihiris kecil
2 cm belacan - dikisar
2 camb kerisik
3-4 camb jus limau nipis
2-3 batang serai - dihiris nipis
5 helai daun limau purut
1 biji tomato - potong dadu
Beberapa tangkai daun kesum - hiris
1 kuntum bunga kantan - dihiris
Tauge - dicelur
Sos ikan, garam dan gula
Cara-caranya:
1. Perut lembu dicuci hingga bersih dengan air kapur dan direbus hingga empuk. Angkat dan toskan. Bila sejuk, hiris perut menjadi kepingan kecil
2. Gaulkan perut yang telah dihiris dengan semua bahan di atas hingga sebati dan rasakan garam gula.
3. Dihidang bersama nasi putih..lagi best kalau ada sup..
Monday, September 7, 2009
Nasi Mesir
Beras basmati sekarang dah mahal ye? I remember 7 years ago, i used to buy some basmati rice at Pasaraya Lian Pang (opposite Tg Malim wet market) for only RM3.70++ per kg..yesterday i went to Tesco and it cost me RM8/kg..paling murah la..yg more expensive pun ada..cepatnyer harga barang naik..2-3 days ago dh masak nasi minyak..takkan nak nasi minyak lagi today..flapping my ol recipe book, i came accross this recipe..dah lama i tak masak nasi ni..nasi mesir ni rasa dia lain skit coz ada rasa jintan dan ketumbar..
NASI MESIR
2 gelas beras basmathi - cuci dan toskan
1/4 gelas minyak sapi
2 gelas air sejuk - untuk masak nasi
1 gelas susu cair
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 camt lada hitam
1 camt serbuk pati ayam
2 biji buah tomato - dipotong dadu
Daun ketumbar
Bahan giling:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 camb ketumbar
1/4 camb jintan putih
1/4 cam jintan manis
Hiasan:
Hirisan daun pudina, bawang goreng, badam panggang, kismis etc
Cara-cara:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bahan giling, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan lada hitam hingga wangi dan garing.
3. Masukkan air dan biarkan hingga air mendidih.
4. Masukkan beras, susu, tomato, serbuk pati ayam, daun ketumbar dan garam. Letakkan sedikit kunyit untuk warna kuning jika suka..saya tak letakkpun..kira warna original jer..Tanak nasi macam biasa.
5. Semasa menghidang taburkan hirisan daun pudina, hirisan cili, bawang goreng dan badam panggang.
Saturday, September 5, 2009
Senangin Tiga Rasa
Laki i suka sangat dengan ikan senangin ni..dah berapa minggu dia asyik beli ikan senangin jer..terpaksa la i fikir nak masak aper dengan senangin yang dia bawak balik..tapi ikan senangin ni memang lemak..sedap..my fren kata masak asam pedas pun sedap..tk pernah lak i cuba masak asam pedas ikan senangin..may be one day i boleh cuba..but hubby tk suka..dia suka ikan ni digoreng dulu..i lak memang suka yang berkuah like asam pedas tu..coz boleh slurpppppp hirup kuah yang masam masam pedas tuuu..sedapnyer...lagi sedap kalau buat asam pedas ikan sungai...tapi ikan sungai ni banyak tulang...cian anak2 nak makan susah..isy sedapnyer...
SENANGIN TIGA RASA
1 ekor ikan senangin - boleh ganti ikan kerapu, siakap, bawal and even ikan kembung pun ok
Untuk lumur dan perap ikan:
1 senduk tepung jagung
2 biji bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
Sedikit kunyit - kisar
Sedikit garam
Bahan lain:
2 biji bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - cincang
1/2 inci halia - cincang
2 biji cili merah - potong halus
4-5 biji cili api - potong kecil
1/2 mangkuk nenas - potong kiub
1 biji tomato - potong kiub
1/2 batang timun - potong kiub
2 camb cili kering kisar (cili boh) - i tak suka guna cili boh ready made kat kedai tu, tak besh
2 camb sos tiram
2 camb sos ikan - sos ikan ni masin, easy on this, kang masin sangat
2 camb air bancuhan tepung jagung
Daun ketumbar
Daun limau purut
Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1. Ikan dibersih dan dilumurkan dengan bahan perap and tepung jagung. Goreng dalam minyak penuh hingga garing.
2. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga garing, kemudian masukkan cili kering giling.
3. Bila bahan tumis dah garing, masukkan cili hiris, sos tiram, sos ikan dan sedikit air. Masak hingga mendidih.
4. Masukkan bahan hiasan (nenas, timun, tomato) dan masak seketika.
5. Untuk pekatkan kuah, boleh dimasukkan sedikit air bancuhan tepung jagung. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar dan daun limau purut.
6. Tuangkan sos ke atas ikan yang telah digoreng.
Nasi Minyak Selasih
Dah abis idea nak masak aper for iftar ari tu..tetiba ternampak pokok selasih yang subur kat yard bakang..leh gak improvise nih..sedap gak nasi minyak letak selasih..rasa lainnyer..bau selasih yang minty tu..kebetulan semua ingredients cukup..we all partnerkan nasi minyak ni dgn gulai darat daging..cuma malas nak buat acar..lagipun bulan posa..menu dah penuh meja from bazar ramadhan..
NASI MINYAK SELASIH
3 pot beras - for 4 pax (tu pun ada extra for sahur..)..guna beras basmathi lagi sedap
2 camb minyak sapi untuk menumis
1/2 tin susu cair
1/2 cawan tairu - susu cair campur dengan air limau nipis dan simpan dalam fridge selama semalaman
Rempah wangi:
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras
4 biji badam
Hiasan:
Daun selasih
Kismis
Bawang goreng
Badam panggang
Cara-caranya:
1. Cuci beras dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis bahan kisar dan rempah wangi hingga wangi dan garing.
3. Masukkan beras dan gaul dengan bahan tumis rata-rata. Masukkan air, susu, tairu dan sedikit garam dan nasi ditanak seperti biasa.
4. Bila nasi hampir masak, masukkan daun selasih dan kismis dan gaul rata-rata. Biarkan nasi masak.
5. Bila nasi dah masak..gemburkan nasi. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, badam panggang dan daun selasih yang dihiris.
Puding Caramel
Dessert yg paling senang untuk disediakan..kalau ada function dan kemalasan melanda, ini lah yg selalu i buat..hehehe..orang kelantan memang suka puding ni but my hubby tak berapa gemor..dia kata 'manis!' Sebab dah buntu nak masak aper for berbuka today, and i wasnt in a mood to gentel buah melaka..mmm i rindu sangat dengan kuih muih buka puasa negeri kelantan such as buah tanjung, jala mas, nek bak, etc..mmmm semua tu manis manis semua nyer..sebab tu orang kelantan manis agaknyer hahaha...nak buat all the kuih i mentioned earlier memang i tak reti..yg i reti cuma ini jer laaaaa...
PUDING CARAMEL
Untuk caramel:
1 1/2 cawan gula pasir - subjective, kalau suka manis lebihkan gula..
1 cawan air
Untuk puding:
1 tin susu cair - i guna ideal
1 cawan gula kastor
1 camt vanilla
5 biji telur
3 camb tepung kastard
secubit garam
Cara-cara:
1. Masak gula hingga jadikan karamel dan masukkan air..renenhkan hingga caramel sedikit likat. Sejukkan ke dalam loyang puding.
2. Pukul gula kastor dengan telur hingga gula hancur. Tambahkan esen vanila.
3. Bancuhkan tepung kastad dengan sedikit susu cair. Satukan tepung kastard, baki susu, dan bancuhan telur dan gula tadi bersama. Kacau sebati. Jangan lupa letak secubit garam untuk menambahkan lemak puding.
4. Tapiskan bancuhan susu dan telur tadi ke dalam loyang yang berisi caramel.
5. Kukus selama 30 minit atau hingga puding masak.
6. Semasa menghidang, terbalikan puding supaya bahagian yang berwarna golden caramel berada di sebelah atas. Sedap dimakan sejuk, so keep in the fridge before serving.
Yummy!
Subscribe to:
Posts (Atom)