Haiiiii selamat malam..dah dinner ke semua? Mesti tengah layan berita tu..mieza pun baru lepas dinner..masak simple-simple je..kalau masak gempak takut nanti makan terbanyak lak..hanyut lagi diet hehehe
Malam ni mieza nak share resepi nasi yogurt pandan yang mieza masak semalam..atas permintaan Kak Amie Lahad Datu mieza post kan resepinya kat sini..tadi balik dari opis nampak ada komen Kak Amie pada entry sebelum ni yang mintak mieza postkan resepi nasi ni..jadi khas untuk Kak Amie..jangan lupa cuba ye kak..simple je caranya dan InsyaAllah sedap...
NASI YOGURT PANDAN
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
3 pot beras basmathi atau beras siam pun ok
2 pot air
1 cawan yogurt natural
1 cawan susu segar
3 ulas bawang putih - mayang
4-5 ulas bawang merah - mayang
1 inci halia - mayang
2 sb butter
1 kiub ayam knorr
2 helai daun pandan - untuk simpul
1/2 sk pewarna hijau
Garam
Hiasan: Bawang goreng, kismis, hirisan daun bawang
Cara-cara:
1. Cuci beras, tos dan ketepikan.
2. Panaskan butter dalam periuk, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
3. Bila bawang dan halia dah wangi, masukkan air, yogurt, susu dan kiub ayam. Masak hingga mendidih.
4. Masukkan beras yang telah dicuci, pewarna hijau dan garam. Tanak seperti memasak nasi biasa. Mieza pakai rice cooker je.
5. Bila nasi dah masak gembur-gembur kan nasi agar tidak berketul. Hias nasi dengan bawang goreng, kismis dan hirisan daun bawang semasa menghidang.
6. Hidangkan dengan lauk kegemaran.
Mieza makan nasi ni dengan Daging Kandar...nasi ni pada mieza sedap sebab mieza memang suka dengan nasi tumis..pastu makan dengan lauk yang berkuah pekat macam daging kandar memang umphhh...buat Kak Amie nun jauh di Sabah, mieza ucapkan selamat mencuba...dan hasilnya jangan lupa bagitau mieza :)
Main Module
Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates
Adds
Calendar
Monday, October 31, 2011
Daging Kandar
Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung bulan Oktober..cepatnya masa berlalu..baru semalam rasanya sweet 17 chewahhhh hehehehe
Tadi mieza dah isi borang cuti yahoooooo! Tapi bukan nak cuti raya haji..raya haji mieza cuma sambung cuti sampai selasa je sebab babysitter mieza cuti lagi..jadi tak der pulak sesiapa yang nak ngasuh baby Umar anak lelaki kesayangan mieza tu..yang mieza maksudkan ialah cuti hujung tahun...suami kata dah lama kami tak tour Malaysia..maklum la nak tour dunia tak cukup pitis wakakaka..jadi kami tour Malaysia je la dulu...suami kata dah 11 tahun kami tak ke Terengganu dan Pahang..anak-anak Mieza juga tak pernah sampai ke Terengganu..Pahang pula sudah agak lama tak pergi..jadi suami kata cuti Krismas nanti kita balik Kelantan jap..then kita ke Terengganu dan seterusnya ke Pahang..pastu baru balik ke Tanjung Malim...yahoooooo beshnyer...jadi mieza dah mintak cuti siap-siap...boss jangan lak ngada-ngada nak wat mesyuarat ke apa-apa program penting time tu ye boss...hehehe
enough talking talking about cuti-cuti malaysia..let us talk about food lak...Daging Kandar ni mieza masak semalam untuk dinner...sewaktu balik dari Bukit Merah semalam mieza singgah di Tesco Ipoh dan beli sedikit daging..tatau nak masak apa..jadi mieza jalan-jalan la cari idea kat My Resepi..terjumpa resepi ni..Daging Kandar...bila sembang-sembang dengan suami kenapa dinamakan Daging Kandar..kata suami sebab dulu-dulu ada orang jual dengan cara mengandarkan tong makanan ni di bahu..jadi dinamakan Daging Kandar..begitu juga dengan nama nasi kandar..i see begitu ceritanya...tak sesia mieza mencuba resepi ni sebab suami memuji-muji katanya syedap! Cubalah sendiri baru leh tau hehehe
DAGING KANDAR
Recipe: Kak Asma @ My Resepi
Source: Mieza @ WAWMC
1/2 kg daging
6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
2 sudu besar kicap pekat maggi - mieza guna brand Knife
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
1 labu bawang besar(dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
KUlit kayu manis dan bunga lawang
sedikit daun kari
garam dan perasa
Cara-cara
1. Daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
5. Bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
5. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
6. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
7. Sesuai dimakan dengan nasi dan roti
Daging Kandar ni mieza makan bersama Nasi Yogurt Pandan..nanti malam nanti mieza post kan resepinya..jangan lupa datang balik tau...

Sunday, October 30, 2011
Ayam Sos Siam - dan sehari di Bukit Merah Lake Town Resort
Salam hujung minggu mieza ucapkan buat semua pengunjung blog WAWMC..sebenarnya mieza masih kefenatan..baru sampai dari Bukit Merah jam 5 petang tadi..tak lama pun perginya..sehari semalam je..tapi fenatnya bukan main lagi..bukan la fenat sebab bermain banyak di Family Day,,tapi fenat sebab demam masih belum kebah 100% pastu terpaksa melayan si kecil Umar yang memang tak leh dok diam dalam kereta...nak tengok bila Umar diam ialah bila dia tido je..tu pun belum tentu tido diam hahahaha...apa-apa pun anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai..kata orang budak-budak yang hyperactive masa kecil bila besar dia akan jadi seorang yang sangat rajin..mudah-mudahan Umar bila besar rajin bantu mama :)
Sebagaimana yang mieza janji semalam..hari ni mieza postkan resepi ayam sos siam yang mieza masak sebelum mieza ke Bukit Merah semalam...resepi yang sangat sedap dan senang saja nak buatnya..dan mieza rasa mieza akan masak ayam ni dan lagi dan lagi pada masa-masa akan datang..jom kita intai resepinya..
AYAM SOS SIAM
Recipe: Kak Ummi @ Home Sweet Home
Source: Kak Diana @ Sky Blue's Kitchen & Mieza @ WAWMC
Bahan-anggaran (anggaran )
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian - mieza masak 1/2 ekor ayam je
15 tangkai cili padi thai * - ini mieza skip sebab tak der dalam stok..belum sempat ke market huhuhuu
4 ulas bawang putih * ( bahan * ditumbuk halus )
1 labu bawang besar - dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus - Mieza letak daun limau purut
2-3 sb sos plum - mieza tambah
3 sb sos sweet Thai - Mieza tambah
Sedikit gula ( optional )
Minyak masak secukupnya
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Cara Memasak
1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
2. Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
3. Masukkan sos cili, sos plum dan sos sweet thai dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. ( akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek..mieza pun tak letak dah garam juga )
5. Akhir sekali masukkan daun kunyit/daun limau purut dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!
Di bawah ni pula gambar yang sempat mieza snap sewaktu di Bukit merah..tak banyak gambar yang sempat ditangkat sebab hari hujan..mieza cuma sempat snap semasa anak-anak mandi kolam je..malam tu semasa aktiviti dinner memang tak tangkap gambar langsung sebab tak dan...sibuk makan dan jaga anak hahaha
lapar ke kakak? sambil mandi pun sempat lagi makan..
wawa yang memang tak tahan kalau nampak kolam mesti nak berendam!
Umar pun tanak ketinggalan..errrr speedos merah baru beli tu hehehe
Haiiii saya lah Umar..errrr pardon my belly button ye..
Mamaaaaaa kami tamau naik lagi...kami nak berendam lagiiiiii!!!!!!
Sudut Sembur
Errrr itu lah mama Umar..jangan tenung lelama tau..malu ai..heheh
Sebagaimana yang mieza janji semalam..hari ni mieza postkan resepi ayam sos siam yang mieza masak sebelum mieza ke Bukit Merah semalam...resepi yang sangat sedap dan senang saja nak buatnya..dan mieza rasa mieza akan masak ayam ni dan lagi dan lagi pada masa-masa akan datang..jom kita intai resepinya..
AYAM SOS SIAM
Recipe: Kak Ummi @ Home Sweet Home
Source: Kak Diana @ Sky Blue's Kitchen & Mieza @ WAWMC
Bahan-anggaran (anggaran )
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian - mieza masak 1/2 ekor ayam je
15 tangkai cili padi thai * - ini mieza skip sebab tak der dalam stok..belum sempat ke market huhuhuu
4 ulas bawang putih * ( bahan * ditumbuk halus )
1 labu bawang besar - dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus - Mieza letak daun limau purut
2-3 sb sos plum - mieza tambah
3 sb sos sweet Thai - Mieza tambah
Sedikit gula ( optional )
Minyak masak secukupnya
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Cara Memasak
1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
2. Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
3. Masukkan sos cili, sos plum dan sos sweet thai dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. ( akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek..mieza pun tak letak dah garam juga )
5. Akhir sekali masukkan daun kunyit/daun limau purut dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!
Di bawah ni pula gambar yang sempat mieza snap sewaktu di Bukit merah..tak banyak gambar yang sempat ditangkat sebab hari hujan..mieza cuma sempat snap semasa anak-anak mandi kolam je..malam tu semasa aktiviti dinner memang tak tangkap gambar langsung sebab tak dan...sibuk makan dan jaga anak hahaha
Saturday, October 29, 2011
Nasi Lemak Halba and the Gang - Bukit Merah Lake Town Resort, here i come!
Salam hujung minggu semua...wah wah masak apa untuk breakfast tu pagi ni? mesti meriah kan..ye lah kan untuk yang bekerja macam mieza hujung minggu je lah kalau kita nak beriya-iya masak kan..hari lain aka weekdays tu memang masak main campak-campak je..
Hari ni mieza akan ke Bukit Merah Lake Town Resort, menghadiri program Family Day ofis suami iaitu UPSI..jadi sebelum bertolak pagi ni mieza masak nasi lemak..cuma tak lengkap menu nya sebab dah hujung minggu dan tak sempat nak ke market..mieza habiskan apa yang ada dalam peti ais je..jadi tiada lah timun dan kacang goreng...telur pula memula tu mieza ingat nak goreng mata kerbau atau rebus..tapi suami kata nak makan telur setengah masak...tak apa lah apa-apa pun asal kan kenyang..
NASI LEMAK HALBA
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan
4 pot beras - cuci dan toskan, mieza guna pot rice cooker
6 pot santan - ikut jenis beras, mieza mengamalkan 1 pot beras = 1 1/2 pot air/santan
1 inci halia - hiris nipis
2 sk halba
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan
Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam periuk (mieza guna rice cooker je) dan ditanak seperti memasak nasi biasa. Bila nasi dah masak, gembur-gembur kan..
Peneman setia nasi lemak mestilah sambal ikan bilis kan..mana sah nasi lemak kalau tak der sambal....
SAMBAL BILIS
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan:
2 genggam ikan bilis
5-6 tangkai cili kering - kisar
1 biji bawang besar - kisar
3 biji bawang putih - hiris
5 biji bawang merah - hiris
Minyak untuk menumis
1 camb air asam jawa
Sedikit gula melaka
Garam secukup rasa
Cara-caranya:
1. Ikan bilis dicuci dan digoreng hingga garing. Ketipikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali lain. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris hingga wangi dan perang. Masukkan cili kering kisar dan dimasak hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan air asam jawa dan ditumis lagi seketika barulah dimasukkan bawang besar kisar. Masak hingga hampir kering.
4. Masukkan gula melaka, garam dan ikan bilis. Kacau sebati. Rasakan masam, manis dan masinnya.
5. Sedia dimakan bersama nasi lemak.
Pagi ni mieza tambah satu lagi lauk peneman nasi lemak iaitu Ayam Sos Thai..resepinya nanti mieza masukkan dalam entry yang akan datang ye...jangan lupa datang balik tau..
Ini pula teh kegemaran mieza..Teh Pudina...senang je nak buatnya..bila bancuh teh tu, masukkan sekali daun pudina dalamnya...rasa berangin je bila minum teh tu..refreshing gitu..sedap!
Eh eh dah pukul 9.30am...mieza nak kena siapkan beg dan siapkan bebudak sebab nak bertolak lagi sejam..konvoi dengan rakan pejabat suami...
Sapa nak ikut? Angkat tangan! Hehehehe

Friday, October 28, 2011
Nasi Minyak dan Ayam Kung Pao - Lagi menu orang demam...
Salam hari Jumaat...mesti hari ni semua orang happy kan..sebab esok cutiiiiii...
Bagi mieza...huhuhu mieza masih demam..hari ni MC tak gi kerja sebab demam dan batuk-batuk yang sangat lah teruk..kalau time solat tu kan..mieza cuba menahan batuk sebab bila terbatuk mieza akan ter 'wee wee' nanti batal solat..ya Allah mieza cukup tensen bila batuk..anak dara sulung mieza pun tak ke sekolah hari ni sebab demam dan batuk juga...
Walau demam dan cuti tapi rasa sedih juga bila anak-anak yang juga demam tu tak makan apa-apa..maka mieza bangkit juga la masak..sebenarnya mata ni tersangat la berat sebab makan ubat tido..lalok je..risau juga takut buat nasi minyak jadi nasi lemak hahaha...hari tak terasa nak makan gempak-gempak..lagipun dalam fridge tu ada 5 ekor ikan kembung dengan ayam je..boleh ler masak nasi minyak dan ayam kung pao..
Nasi minyak ni resepi yang simple je...sebab tekak ni tamau makan nai putih biasa..nak makan nasi bertumis gitu..nasi minyak yang cukup simple yang pernah mieza buat..
NASI MINYAK
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
4 pot beras basmathi - ini sukatan untuk my family, 5 orang makan
3 camb minyak sapi
1 cawan susu cair/susu segar
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna kuning
Garam secukupnya
Air - sama banyak dengan beras
1 kiub ayam knorr
Bahan tumis:
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
6 kuntum bung cengkih
5 biji buah pelaga
1 camt lada hitam
Bahan mayang:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis bahan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan bahan mayang. Tumis hingga garing.
2. Bila dah garing, masukkan beras dan di kacau sebati dengan bahan tumis tadi.
3. Masukkan air, susu, daun pandan, kunuit dan garam. Tanak seperti memasak nasi biasa.
4. bila nasi dah masak, gembur-gembur kan nasi supaya lerai.
5. Nasi dimakan bersama lauk kegemaran... :))
Pasangan nasi minyak ini ialah Ayam Kung Pao..dah lama mieza simpan resepi ni..dari dulu ternampak kat umah Kak Nor Secubit Garam..simpan punya simpan pas tu mieza nampak Kak Diana Sky Blue's Kitchen lak buat..mieza tak tahan lah digoda..jadi hari ni mieza pun masak la gak...
AYAM KUNG PAO
Source: Kak Diana @ SBK
Source: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan
300 gm isi ayam _ hiris kecil
3 ulas bawang merah _ di cincang
6 ulas bawang putih _ di cincang
2 inci halia mudah _ di hiris kasar
10 tangkai cili kering _ di goreng
3/4 capsicum hijau _ di potong dadu dan di goreng seketika - mieza tak letak sebab tak ada
Segenggam gajus goreng _ ( Nak bubuh lebih pun boleh )- mieza tak letak juga sebab tak der dalam stok
Minyak untuk menggoreng
2 pohon daun bawang - mieza tambah - potong sepanjang 1 inci
Bahan-bahan Perap
2 tsp sos tiram Maggi - Mieza guna lee Kum kee
1/2 tsp kicap cair Loon Kee - mieza guna Knife
1 tsp serbuk lada putih
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix - Mieza guna Knorr
1/2 tsp seasoning Maggi - mieza tak letak
1 tbsp tepung jagung
1 biji putih telur
Sedikit gula
Garam jika perlu
Bahan-bahan A
1/2 - 1 tbsp sos tiram Maggi/ Lee Kum Kee
2 tbsp sos cili Maggi/Life
Sedikit gula jika perlu
2 tbsp sos tomato - mieza tambah
1 tbsp Sos plum - mieza tambah
Cara-cara:
1. Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit.
2. Goreng ayam sehingga masak kekuning.. Angkat dan toskan _ ketepikan.
3. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit aromanya.
4. Kemudian masukkan ayam goreng, capsicum goreng, cili kering goreng, gajus goreng dan bahan-bahan A.
5. Gaul rata dan masak selama 2 - 3 minit.
6. Angkat dan hidang dengan nasi putih panas.
Sebenarnya ada satu lagi pasangannya iaitu Dalca Ayam..tapi mieza lupa ambik gambar hehehe..kalau nak tengok resepi klik la kat SINI ^__^

Thursday, October 27, 2011
Udang Goreng Madu
Assalamualaikum...selamat tengahari...apa khabar semua? Harap semua sihat-sihat selalu...mieza ucapkan terima kasih buat semua kawan-kawan yang mendoakan kesihatan mieza..hari ni masih demam lagi tapi terpaksa juga ke opis sebab pelajar dah nak dekat exam final sem dan masih ada lagi silibus yang belum mieza habiskan...anak mieza yang kecik tu pula rupanya demam nak naik campak..sekarang campak nya dah keluar dan demamnya dah baik..kakak nya si Wawa pula yang demam mungkin nak naik campak macam adiknya juga...kak long dan papa nya masih selsema..mieza rasa umah mieza dah macam spital...apa-apa pun mieza doakan semoga semua ahli keluarga mieza cepat baik demamnya sebab weekend ni kami plan nak menghadiri family day anjuran opis suami di Bukit Merah Lake Town...
Hari ni mieza nak kongsi resepi udang yang mieza masak semalam untuk suami dan anak-anak sebab mieza cuma makan bubur je..resepi udang goreng madu ni mieza terjumpa kat youtube masa mieza jalan-jalan kat sana hari tu...terpanggil mieza untuk mencubanya sebab semua bahan ada kat umah..dan alhamdulillah tak menghampakan sebab memang sedap gabungan udang segar dan udang kering..mieza suka kan yang masam-masam jadi mieza tambahkan sos plum skit...anda pun kena cuba juga tau..
UDANG GORENG MADU
Recipe: Chef Sabri @ Wanita Hari Ini TV3
Source: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan:
400 gm udang - buang kulit
2 biji bawang besar - cincang
3-4 biji bawang putih - cincang
2 sb cili kering kisar
2-3 sb madu
1/2 cawan udang kering - cincang
2-3 sb sos plum - mieza tambah
3 tangkai daun kari
3 sb mentega
Cara-cara:
1. Panaskan mentega dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun kari hingga perang.
2. Masukkan udang kering dan cili kisar dan tumis lagi hingga udang kering masak.
3. Masukkan udang, madu, dan sos plum. Kacau hingga udang masak. Rasakan garam gula.
4. Angkat dan hidangkan. Senangkan?

Wednesday, October 26, 2011
Bubur Nasi Ikan Kurau Masin - Menu orang demam..sob sob sob
Salam Diwali buat semua pengunjung blog WAWMC yang beragama Hindu...kalau kat taman mieza ni waaaahhhh seronok sungguh depa..semalam depa main mercun sampai 12 tengah malam...kita anak beranak yang demam ni pun tumpang seronok tengah depa..Bagi yang beragama lain tu kita tumoang seronok...seronok sebab dapat cuti di tengah-tengah minggu..tapi mieza tetap gak tak seronok sebab mieza anak-beranak semua demam..anak mieza si Umar tu demam naik campak..hari ni biji biji campak tu mula kelihatan...nerah-merah seluruh badan...kesian dia..tapi demamnya dah berkurangan..dia dah mula nak main-main..yang semakin demam mieza ni haaa....batuk-batuk sampai tak dak suara...Buat Kak Amie nun jauh di Lahad Datu mieza ucapkan terima kasih kerana sudi call mieza..tapi mieza mintak maaf tak dapat nak bersembang lama macam biasa sebab suara ni dah tak ada..dah 3 hari mieza jadi Ella hahahaa yang mieza kesian my students la..mieza tak leh nak ngajar...Kak Amie cayangggg nanti bila suara ni dah ok mieza return call akak ye kak...
Bila demam dan sakit tekak yang amat ni (telan air liur pun sakit huhuhu) yang lalu kat tekak mieza cuma bubur nasi...nak buat moi sup daging la pulak tak ada...jadi mieza buat lak bubur nasi biasa je..makan dengan isi ikan kurau masin yang digoreng garing-garing...pastu tuang kicap...sedih kan? Huwaaaaaaa makkkkkkkkk!
BUBUR NASI IKAN KURAU MASIN
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
1 pot beras
Air secukupnya untuk merebus bubur
1 cawan isi ikan kurau masin yang telah dipotong dadu
100 gm ikan bilis
Hirisan daun sup
3-4 biji cili api - potong kecil
Kicap
Bawang goreng
Cara-cara:
1. Beras dibersih dan direbus dengan air yang banyak hingga menjadi bubur. Ketepikan.
2. Isi ikan kurau hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan kisar hingga halus.
4. Sendukkan bubur nasi ke dalam mangkuk, taburkan isi ikan kurau, ikan bilis kisar, hirisan daun sup, cili api dan bawang goreng. Tuangkan kicap dan gaul rata. Sedap dimakan ketika bubur panas-panas...
Menu orang demam...uhukkkssss

Tuesday, October 25, 2011
Ila_cheqSue : 1st Anniversary Giveaway
Haiii assalamualaikum semuaaaa...masa belek blog kekawan tadi kan ternampak GA cheq sue ni..teringin nak mencuba nasib..syarat-syaratnya seperti berikut..
SYARAT-SYARAT :
- GA ni khas untuk BLOGGER MASAKAN SAHAJA
****Ok betul dah..blog WAWMC ni memang blog masakan
- kalau ada 2 blog pun (peribadi & GA) sila sertai melalui blog peribadi
****setakat hari ni memang cuma ada blog ini je..
- cuma buat satu n3 tentang GA ni dan dalam n3 tu perlu ada
"Saya rekemenkan cheq sue untuk cuba ................... "
apa2 resepi dalam blog korang tu, dan sertakan link resepi tersebut
****untuk yang ini..mieza rekemenkan cheq sue untuk cuba MARBLE CHEESE BROWNIE...sebabnya kan brownie ni sangat sedap..ramai juga yang puji ia sedap dan brownie ini lah juga antara yang paling banyak mieza dapat tempahan..
- jangan lupe masukkan gambar kat atas tu
****dah masuk dahh..
- kemudian masukkan link n3 korang tu kat komen box ni
*****ok..dah buat juga dah...
Jom jika pembaca semua nak masuk GA ni boleh klik kat sini...
Friday, October 21, 2011
Chicken Wrap
Salam hari Jumaat semuaaa...pekabar? Mesti sihat-sihat dan baik-baik aja kan..maklumla hari Jumaat..esok cuti..tapi mieza memang tak leh cuti minggu ni..esok mieza kena bawa anak ke school tadikanya sebab ada sukaneka..ahad lak kena bawa dia ke pertandingan mewarna dan pertandingan pakaian beragam sempena pesta konvo politeknik pulak..pada masa yang sama mieza kena hadiri raptai konvo coz kali ni mieza terpaksa jadi pembaca nama graduan..jadi terpaksala tinggalkan anak-anak mengaler dengan papanya dan mamanya lari ke raptai...sebelah malamnya pula mieza kena siapkan tempahan makanan VIP sempena konvo pada hari seninnya..selesai je konvo terpaksa lak menumpukan perhatian kepada kerja-kerja audit MQA..moga-moga mieza bertambah kurus ahakkksss
Apa-apa pun kita makan dulu lah kan..wrap ni hidangan dinner semalam..hahahaha jangan tak caya dah 3 hari mieza tak makan nasi tau coz sedang dalam misi 'nasiless' untuk menguruskan badan mieza yang dah demuk ni..menci tau bila semua orang kritik kata mieza semakin demuk..TIDAKKKKKKKKKK! hehehe jadi sebab tanak makan nasi maka mieza makan wrap ni je..tapi kan kekonon makan wrap coz tanak makan nasi takut demuk..tapu makan sampai 2 wrap..macam mana nak kurus??? haaaa sila beri pandangan..
CHICKEN WRAP
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan
1 paket tortilla - ada 10 keping..ni mieza beli kat cold storage, RM9.90 sepaket..
Inti:
1 biji bawang besar - cincang
3 biji bawang putih - cincang
2 cm halia - cincang
1 biji ccapsicum merah - dadu
1 biji tomato buah - dadu
1 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk jintan manis
Sedikit daun sup
3/4 cawan carrot parut
1 cawan kubis - parut
Olive oil untuk menumis
5-6 ketul nugget ayam - slice. Boleh guna ayam bahagian dada yang dislice kan isinya..mieza kehabisan stok ayam, jadi mieza bedal je pakai nugget hehehe
mayonis secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Cili sos
Garam gula
Cara-cara:
1. Siapkan inti. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga perang.
2. Tambahkan serbuk lada hitam dan serbuk jintan manis. Kacau rata.
3. Masukkan nugget yang telah dihiris nipis dan masak hingga nugget masak.
4. Bila nugget dah masak,masukkan sayuran. Mieza tak masukkan kubis ke dalam inti sebab anak-anak tak suka kubis..
5. Akhir sekali masukkan mayonis, thousand island dan garam gula. Kacau rata. Angkat dan ketepikan.
6. Ambil sekeping tortilla. Letakkan inti ayam diataskannya seperti membuat ketayap.
7. Gulung tortilla.
8. Potong 2 jika suka..jika tak suka bedal je la makan tanpa potong..cepat sikit kenyang hehehehe
9. Susun dalam piring dan hidang..
Ini la tortilla yang masih dalam wrapper in case kawan-kawan nak membelinya nanti..ada pelbagai brand..mieza sengaja pilih yang ini :)
SELAMAT MENCUBA

Thursday, October 20, 2011
Ayam Sambal Udang Kering - Where is my blue note book??????
Assalamualaikum semua...apa khabar..pagi ni mieza gerammmmm..geram kenapa tau..dari semalam mieza mencari buku catatan mieza yang berwarna biru tapi tak jumpa-jumpa..selongkar sana selongkar sini pun tetap gak tak jumpa..gerammmmm sangat..sebab anak-anak mieza ni suka sangat ambik buku mieza untuk berlakon kekonon main cikgu-cikdu depa dua beradik tu (yang sulung dengan yang tengah, hence yang kecik tu belum tau apa-apa lagi)...dah depa main tatau lak depa humban tang mana...bila mieza tanya semua jawab "hari tu kakak letak kat sini je..pastu kakak tengok dah tak ada"...grrrrrrr gerammmm tul...tapi dua kali pikir, salah mieza gak, naper masa depa main tu mieza tak marah dan ambil simpan je buku tu...bukan kisah buku hilang yang mieza marah, mieza marah sebab dalam buku tu lah mieza catat resepi yang mieza masak..sekarang ni mieza dah lupa dah resepi ni mieza masak macam mana hari tu, sebab dah lama mieza masak ayam ni..kalau masak semalam insyaAllah lah mieza ingat lagi kan..apa ingredients yang mieza letak...anak-anakkkkkkkk cepat cari buku mama sampai jumpa!!!!!!
Kawan-kawan yang mieza sayangi..ayam sambal udang kering ni kan sedap sangat pada tekak mieza..suami mieza pun memuji-muji dan makan nasi dengan berselera je bila masak ayam ni..anak-anak lak kutip sambalnya je dan gaul dengan nasi..tapi resepinya mieza tak jumpa cari..insyaAllah bila buku catatan biru mieza dijumpai mieza akan post resepinya kat sini...jangan serik tau untuk kunjungi dapur mieza ni nanti..balik kerja petang ni kita buat 5S, insyaAllah jumpa buku tu kat mana....alahai anak mama!
Tuesday, October 18, 2011
Kuih Bakar - Cara Impiana KLCC
Selamat pagi semuaaaaa...dah breakfast? Mieza ni tengah invigilate exam students mieza..sementara depa jawab peksa biar lah mieza dok depan lappy ni..sebenarnya nak kena siapkan minit mesyuarat sebab Khamis nak bermesyuarat lagi...maklumla nak audit MQA..mieza ni setiausaha..tapi sebelum buat minit, mieza curi seminit dua nak update blog..
Pagi ni mieza nak kongsi resepi Kuih Bakar..kuih kegemaran suami..dah lama buatnya..tapi baru nak update..sebenarnya mieza kurang puas hati dengan kuih ni..bukan tang rasa..rasa nya bagi mieza sangat sedap..lemak dan tak manis sangat..yang mieza frust tang hangit tepi tu..hubby memang suka yang hangit tepi..tapi bagi mieza penampilan tak comey gitu..banyak kali mieza buat..tetap gak hangit tepi...ada tak petua apa-apa untuk tak nak bagi hangit tepinya? Ke oven mieza yang tak betul? Tak per lah..rupa hangit sikit..tapi rasa mieza suker..kawan-kawan kena cuba tau..
Resepinya adalah pemberian kawan mieza..old classmate..katanya dia dapat dari kawan yang kerja kat Impiana KLCC..sedap kuih ni..traditional, yet very very delicious!
KUIH BAKAR
Recipe: Impiana KLCC
Source: Kak Nonee
Ingredients
• ½ cup sugar
• 1/2 cup pandan juice (from 5 medium size leaves- selepas blend dapat 1 cawan, guna ½ jer…)
• 1 cup flour
• 225ml thick coconut milk
• 2 eggs - size C
• a pinch of salt
• 20 gm creamer (coffeemate 4 sachet x 5 gm)
• a handful of sesame seeds, lightly roasted
Methods:
1. Pre-heat your oven at 180C.
2. Next, mix all the ingredients together until they are well combined. (blender kan jer…senang)
3. Then pour the mixture into a baking tin. (gores minyak sikit supaya tak lekat, mieza guna acuan kuih kemboja)
4. Fill it half a centimetre from the top.
5. Bake for 40 to 50 minutes at 180C.
6. Sprinkle sesame seeds when it is almost done. Cut into thick slices when serving.
ENJOY BAKING

Monday, October 17, 2011
Marble Cheese Brownie - Tempahan lagi, Alhamdulillah..
Alhamdulillah tempahan lagi..semoga bertambah rezeki di dalam keluarga mieza..Alhamdulillah ke atas segala pemberianNya..Jutaan terima kasih mieza ucapkan kepada Sofea, rakan sepejabat mieza yang sudi menempah brownie ini untuk adiknya yang sangat suka makan kek dan brownie..lain kali jangan lupa tempah lagi ye...semoga sentuhan mieza sentiasa disukai oleh kawan-kawan yang disayangi..:)
Nak resepi? Bolehhhhh..tekan sini ya..
Yang ni bukan tempahan..sesuka je buat untuk makan-makan sendiri..Orange Sponge Cake..mieza pakai sponge mix je then letak orange paste and kaler oren..buat untuk makan-makan kat ofis sempena jamuan last week...and promoting my cake as well..
Selamat Makan-Makan

Nasi Halia - and the gang ^__^
Salam hari Isnin semua..apa khabar? Masih diserang monday blues? Kalau rasa tak der mood nak kerja kan elok la ambik cuti macam mieza heehehhe..sebenarnya mieza penat yang amat sebab semalam mieza sampai di Tanjong Malim tepat jam 12 tengah malam dari Alor Setar..balik kampung kalau setakat 2 malam memang fenat sebab badan tak sempat lagi nak ilang lenguh-lenguhnya dah terpaksa travel balik semula..mieza balik juga sebab nak jengah ibu mertua yang akan berangkat ke tanah suci lusa (Rabu 19 Oktober)..semoga perjalanan beliau pergi dan balik selamat selalu dan semoga beliau mendapat haji mabrur,,insyaAllah..
Merujuk kepada entry mieza pada hari ini..errrr ini bukan masakan hari ni..walaupun hari ni bercuti tapi mieza tak sempat nak ke pasar sebab suami walau pun dia juga bercuti tapi tetap dia kena hadir meeting jam 9.00 pagi tadi..jadi hari ni dah sah tak masak sebab tak leh nak masak kalau si kecil Umar ini tak ada orang yang mengasuh..alamatnya noon nanti makan lauk bungkus je la hehehe..
Nasi halia ini mieza masak dah lama..tapi tak sempat nak post ke blog..sibuk betul mieza kat opis sejak akhir-akhir ni maklum lah final exam students tu lagi 2 minggu..banyak assessment student yang belum bertanda..kerja kat umah memang tak pernah abis..apa-apa pun jum tengok resepinya..nasi halia and the gang ni mieza post dulu..jadi ini post menu ulangan..jangan jemu tau..
NASI HALIA
Recipe & source: Mieza@WAWMC
Bahan-bahan:
3 pot beras basmathi - basuh dan toskan
2 camb minyak sapi
1 kiub pati ayam knorr
Sedikit serbuk kunyit
4 pot air
2 helai daun pandan disimpul
Bahan kisar:
1 1/2 inci halia
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
Bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
6 biji lada hitam
Bahan hiasan:
Bawang goreng
Halia dihiris halus kemudian digoreng garing
Gajus panggang
Cara-cara:
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga garing.
2. Masukkan air, kiub ayam,serbuk kunyit, daun pandan. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan beras dan garam. Tanak seperti memasak nasi biasa.
4. Bila nasi dah masak, taburkan bahan hiasan.
Nasi Halia tu mieza makan dengan Siakap Hitam Goreng Rangup dan Sambal Nyonya..sambalnya mieza songlap dari dapur izah..dulu-dulu pun mieza dah post resepinya tapi dulu mieza makan dengan ikan kukus..boleh tengok resepinya kat sini..tapi kali ini makan dengan siakap goreng lak..sedapnya tetap unggul chewahhhh
SIAKAP HITAM GORENG RANGUP DAN SAMBAT NYONYA
Recipe: Buku Aneka Masakan Ikan Alaf21.
Source: Izah @ Izah Muffin Lover
Improvised by: Mieza @ WAWMC
1 ekor ikan siakap hitam - cuci dan kelar belakangnya
Bahan tumbuk perap:
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 camt lada hitam
Sedikit kunyit
Garam
Tepung jagung secukupnya - untuk lumur pada ikan
Bahan dikisar:
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
12 tangkai cili kering - aku letak sikit je sebab hubby gastrik tak leh makan pedas sangat
2 batang serai
1/2 batang bunga kantan - tak letak sebab masih berpantang
1 cm belacan bakar
1 biji cili merah - aku tambah
Bahan perasa:
4 sb sos tiram
2 sb cili kisar
2 sb sos tomyam
3 sb air asam jawa
Garam
Gula
Segenggam daun kesum - aku tambah
4 tangkai daun limau purut - aku tambah
Cara masak:
1. Ikan siakap diperap dengan bahan perap selama 10 minit. Lumurkan dengan tepung jagung dan digoreng dalam minyak penuh hingga masak dan garing.
2. Sementara itu, sediakan sambal nyonya. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan sos tiram, cili kisar dan sos tomyam.
4. Apabila garing masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masak hingga mendidih. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan daun kesum. Masak hingga daun kesum layu.
5. Apabila siap, tuangkan kuah sambal ke atas ikan yang digoreng tadi. Hidangkan dengan nasi pilihan :)
Kalau makan nasi halia dengan siakap goreng je mana boleh kan..nanti lekat dan tercekik hehehe..kebetulan hari tu terung dan kacang panjang semua ada..maka taraaaaaa terhasil lahhh Dalca Ayam..
DALCA AYAM
Recipe: Family
Source; Mum
Bahan-bahan:
1 mangkuk ayam bahagian yang bertulang seperti kepak, rib, leher etc
1 liter santan
1 paket rempah kari - jadikan pes, mieza pakai brand 'O'
1 biji terung - potong memanjang
10 batang kacang panjang - potong 2 inci panjang
1 batang carrot - hiris panjang
3 biji kentang - belah 4
8 biji putik jagung - hiris panjang
3 biji cili merah - belah tak putus
1 sb air asam jawa
Minyak untuk menumis
Bahan tumis:
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 sk lada hitam
2 tangkai daun kari
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis hingga perang dan wangi. Kemudian masukkan pes kari. Masak hingga pecah minyak dan dimasukkan air asam jawa. Kacau rata.
2. Masukkan ayam dan kentang serta sedikit santan cair dan renehkan hingga kentang empuk dan ayam masak.
3. Masukkan santan dan sayur-sayuran kecuali cili merah dan kacang panjang. Renehkan sehingga sayuran empuk. Kemudian dimasukkan cili merah dan kacang panjang. Masak seketika sahaja (dalam 2 minit).
4. Rasakan garam gula. Tutup api.
Jemput makan semua ^___^

Friday, October 14, 2011
Red Velvet Cake - Again and again...tak jemu!
Cake lover that I am..tak jemu-jemu ngadap kek..sedap je rasa kek kat tekak mieza ni..kasi le kek apa pun mieza suka cuma suka banyak atau suka sikit..and listed in my fav list is this one..RVC..cuma mieza menci tang kaler nyer yang tak terang..kalau tengok orang lain post kat blog kan kaler merah tu macam terang je..mieza dah pilih kaler "Broght Red" tapi masih tak merah menyala..dia jadi macam maroon gitu..naper yer..boleh tak mieza nak tau kawan-kawan yang lain pakai kaler merah brand apa? Mieza masih mencari-cari warna merah yang terang benderang tu....please help me improve tang kaler nya tu..
Dulu mieza dah buat kek ni..nak tengok yang dulu leh klik kat sini...kali ni mieza buat sebab my beloved niece tu datang bertandang ke umah..dia sekarang ni sedang belajar kat Maktab Perguruan Islam Bangi..jadi untuk bekalkan my niece balik ke umah sewanya, mieza bake kan kek ni untuk dia..dan alhamdulillah semua kawan-kawan anak buah mieza tu suka dengna kek ni siap minta resepi lagi..jadi khas untuk adik-adik..mieza postkan resepinya kat sini...
DEVIL'S FOOD RED VELVET CAKE
Source : Joyofbaking
Source: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan :
250gram @ 2 1/2 cawan tepung kek
3 sudu besar serbuk koko van hauten
114gram @ 1/2 cawan mentega
300gram @ 1 1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada, ikut cara di bawah
1 1/2 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-caranya :
1. Cara penyediaan buttermilk : Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15 minit sehingga susu jadi agak pekat..
2. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
3. Ayak tepung kek dengan serbuk koko.
4. Pukul mentega selama 1-2 minit hingga lembut.
5. Masukkan gula dan pukul hingga ringan (lbh kurang 2-3 minit).
6. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
7. Kemudian masukkan esen vanila dan pukul hingga sebati.
8. Dalam bekas lain, satukan buttermilk dengan pewarna merah. Kacau hingga sebati.
9. Dengan kelajuan perlahan, masukkan tepung dan buttermilk secara berselang seli ke dalam adunan mentega sebanyak 3x (tepung,buttermilk, tepung, buttermilk, tepung).
10. Dalam bekas lain, satukan cuka dan soda bikarbonat hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balik hingga sebati.
11. Tuang adunan kek ke dalam acuan yang digris dengan butter terlebih dahulu. Bakar selama 30 - 40 minit (bergantung kepada oven masing-masing).
12. Apabila cake masak, sejukkan dahulu. Kemudian boleh hias dengan cream cheese frosting.
13. Taburkan sedikit kek ke atas cream cheese frosting.
CREAM CHEESE FROSTING
Bahan-bahan :
226 gram cream cheese
1/2 sudu kecil esen vanila
60 gram gula ising (diayak)
160 ml whipping cream
1 sudu kecil susu segar
Cara-caranya :
1. Pukul cream cheese hingga kembang.
2. Masukkan gula ising. Pukul hingga lembut dan warna bertukar menjadi putih.
3. Kemudian masukkan susu segar dan esen vanila. Pukul hingga sebati.
4. Masukkan whipping cream dan pukul hingga frosting is thick enough.
5. Bleh deco atas cake dengan memasukkan cream cheese frosting ke dalam paper bag beserta saiz nozel yg sesuai.
Wednesday, October 12, 2011
Ketupat Serunding
Haaaa mari mari hari ni mieza tayang kuih tradisional ni..ketupat serunding...mieza ni memang penggemar ketupat..lebih-lebih lagi ketupat yang ada serunding daging kat dalamnya...selalunya ketupat jenis ini hanya dijual di Kelantan..oleh sebab mieza tak pandai nak bungkus dengan daun palas..maka mieza bungkus je dengan daun pisang macam pulut dakap...
Oleh sebab ketupat ni memang digemari ramai dalam keluarga mieza maka tak sempat mieza nak snap gambar isinya yang telah dipotong..jadi tak nampak keratan rentasnya..sekejap je dah abis..mak mieza makan time ketupat ni panas-panas lagi dia dah ngap hahahaha...
KETUPAT SERUNDING
Resipi & Source: Mieza @ WAWMC
1 kg beras pulut
1/2 kg pati santan
Air secukupnya untuk memasak pulut
3 cawan gula
2 helai daun pandan
1 sk garam
Serunding daging secukupnya
Daun pisang - boleh guna daun palas..mieza tak pandai pakai daun palas
Tali rafia untuk mengikat
Cara-cara
1. Beras pulut dicuci dan ditanak bersama santan, air, gula, garam dan daun pandan hingga 3/4 masak. Sejukkan.
2. Bila pulut agak sejuk dan boleh dikepal mulakan membungkus. Kepal sedikit pulut. Leperkan dan letak inti serunding di tengah-tengah dan balut inti serunding tersebut dengan pulut.
3. Letakkan ketupat di tengah-tengah daun pisang yang telah dipotong dan balut kemas.
4. Ikan ketupat secara berpasangan dengan menggunakan tali rafia dengan kemas.
5. Masukkan ketupat yang siap diikat ke dalam periuk dan isikan air 3/4 penuh. Rebus hingga kering airnya.
6. Sejukkan sebelum memotong ketupat. Sesuai sebagai kuih muih minum petang.
Tuesday, October 11, 2011
Ayam Sos Plum - Bila suamiku bersuara!
Hubby kata mieza sejak akhir-akhir ni asek siapkan tempahan je sampai dah tak sempat masak lauk untuk dia hehehee..katanya lagi asek gi beli lauk siap je..alahai encik suami...kesian pula..ye la betul juga katanya..mieza ni asek siapkan tempahan sampai tak dan nak masak untuk dia...hari tu dia juga yang naik syok bila ramai kawan-kawan tempah..heheheh nak manja la tu...jadi semalam mieza tak der apa-apa tempahan maka mieza masak la untuk suami tercinta..dia ni penggemar gulai ikan tapi katanya dia nak kurangkan makanan bersantan..disuruhnya mieza masak ikan masak kicap je..jadi sebagai peneman ikan masak kicap tu mieza masak la ayam sos plum ni...
AYAM SOS PLUM
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
Ayam - bahangian isi seperti peha dan dada
Garam kunyit secukupnya
Sedikit tepung jagung
3-4 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - belah 8
1 inci halia - cincang
5-6 biji cili api - hiris kecil
1 biji tomato - belah 8
3-4 sb sos plum - mieza pakai brand life
2 sb sos tiram
2 sb sos cili thai
1 biji capsicum - optional
Sedikit carrrot - potong panjang
Bunga kubis - mieza tak letak sebab tak ada
Minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
1. Ayam dipotong kecil dan digaul garam kunyit. Salutkan ayam dengan tepung jagung dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar cili api dan halia hingga wangi.
3. Masukkan semua sos yang lain dan juga sayuran. Tambahkan sedikit air jika perlu. Reneh sekejap hingga sayuran masak.
4. Tambahkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata dalam sos. Akhir sekali masukkan tomato dan capsicum.
5. Angkat dan hidang dengan nasi putih.
Monday, October 10, 2011
Baked Macaroni - Pasta Lover That I Am!
Taraaaaa malam ni nak buat tayangan omputih heheheh...sebabnya dah rasa tamau makan nasi untuk malam..ubah selera gitu...kita makan pasta..mieza dan suami kan memang pasta lover..kalau orang bagi pasta memang tak pernah tolak..semua dibedal..insyaAllah rezeki tak boleh tolak kan..jom tengok resepi baked mac ni..malam ni tak leh nak celoteh panjang sebab anak-anak ajak menonton filem 'Bini-biniku Gangster'
MACARONI BAKAR
Source: Mieza @ WAWMC
1/2 paket macaroni - rebus dengan sedikit garam, toskan
2 biji bawang besar - chop
3 ulas bawang putih - chop
2 bell pepper - 1 hijau, 1 merah - chop
Daun pudina - mieza memang suka daun ni - chop
2 biji tomato - dice
1 tangkai daun ketumbar - chop
1 pek daging cincang - mieza selalu guna Ramly
6 biji telur
2 tin kecil sos spaghetti - mieza guna Prego (yang warna hijau)
oregano leaves
garam gula -to taste
1 paket shredded mozarella - untuk tabur
1 cawan shredded cheddae - untuk tabur
Olive oil
Optional:
5 ketul scallop cheese- slice
3 batang beef frankfurter - slice
parmesan cheese - serbuk
chilly flakes
Cara-cara:
1. Panaskan olive oil dalam periuk. Tumis bawang besar dan putih sampai wangi.
2. Bila dah wangi masukkan daging cincang dan masak sampai daging empuk dan sedikit garing.
3. Kemudian masukkan kuah spaghetti, masak hingga mendidih.
4. Bila kuah dah mendidih, masukkan semua bahan kecuali cheese, telur, dan chilly flakes. Rasakan garam dan gula. Tutup api dan ketepikan.
5. Dalam bekas yang lain, pukul telur sampai sebati dan masukkan macaroni yang telah direbus.
6. Dalam loyang pembakar yang telah di grease kan dengan butter, masukkan adunan macaroni dan telur, ratakan.
7. Lapiskan dengan kuah meat sauce.
8. Kemudian lapiskan pula dengan shredded mozarella dan cheddar. Ulang ketiga-tiga lapisan sampai adunan habis. Make sure atas sekali ialah lapisan cheese. Taburkan sedikit ground black pepper.
9. Bakar dalam oven pada suhu 180'C sehingga semua telur masak dan lapisan cheese kehangusan (golden) and nampak crispy. Yummy!
10. Potong segi empat semasa menghidang, boleh dihias dengan serbuk parmesan cheese, chilly flakes, dan beberapa helai fresh mint.
Sunday, October 9, 2011
Apam Polka Dot
Salam hari minggu semuaaaaaa....dah petang begini baru ada masa nak menulis kat blog ni..semalam memang tak sempat nak pegang lappy langsung sebab siapkan tempahan kawan..ini pun belum siap lagi..tp dh fenat..jadi nak update blog dulu..
Bila bangun tido hari ni terasa rajin lak nak wat apam polka dot ni..kebetulan kawan sepejabat bercadang nak tempah apam ni untuk besday anak dia..jadi mieza cuba resepi untuk kira satu adunan mieza dapat berapa biji supaya mieza boleh jual dengan harga yang paling rendah..ye lah kan yang menempahnya kawan-kawan..kalau depa suka dan kita jual rendah sikit dari harga pasaran, insyaAllah lain kali orang tempah lagi..itulah pandangan peribadi mieza..kalau di luar, orang jual 4 biji = RM1.50...insyaAllah mieza akan cuba bagi lebih murah dari harga itu..
APAM POLKA DOT
Source: Sheely @ MyR
Source: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan
3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna
1 sb esen vanila - mieza tambah)
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang. Masukkan esen vanilla.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. Akhir sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
Subscribe to:
Posts (Atom)