Salam hari Jumaat...mesti hari ni semua orang happy kan..sebab esok cutiiiiii...
Bagi mieza...huhuhu mieza masih demam..hari ni MC tak gi kerja sebab demam dan batuk-batuk yang sangat lah teruk..kalau time solat tu kan..mieza cuba menahan batuk sebab bila terbatuk mieza akan ter 'wee wee' nanti batal solat..ya Allah mieza cukup tensen bila batuk..anak dara sulung mieza pun tak ke sekolah hari ni sebab demam dan batuk juga...
Walau demam dan cuti tapi rasa sedih juga bila anak-anak yang juga demam tu tak makan apa-apa..maka mieza bangkit juga la masak..sebenarnya mata ni tersangat la berat sebab makan ubat tido..lalok je..risau juga takut buat nasi minyak jadi nasi lemak hahaha...hari tak terasa nak makan gempak-gempak..lagipun dalam fridge tu ada 5 ekor ikan kembung dengan ayam je..boleh ler masak nasi minyak dan ayam kung pao..
Nasi minyak ni resepi yang simple je...sebab tekak ni tamau makan nai putih biasa..nak makan nasi bertumis gitu..nasi minyak yang cukup simple yang pernah mieza buat..
NASI MINYAK
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
4 pot beras basmathi - ini sukatan untuk my family, 5 orang makan
3 camb minyak sapi
1 cawan susu cair/susu segar
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna kuning
Garam secukupnya
Air - sama banyak dengan beras
1 kiub ayam knorr
Bahan tumis:
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
6 kuntum bung cengkih
5 biji buah pelaga
1 camt lada hitam
Bahan mayang:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis bahan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan bahan mayang. Tumis hingga garing.
2. Bila dah garing, masukkan beras dan di kacau sebati dengan bahan tumis tadi.
3. Masukkan air, susu, daun pandan, kunuit dan garam. Tanak seperti memasak nasi biasa.
4. bila nasi dah masak, gembur-gembur kan nasi supaya lerai.
5. Nasi dimakan bersama lauk kegemaran... :))
Pasangan nasi minyak ini ialah Ayam Kung Pao..dah lama mieza simpan resepi ni..dari dulu ternampak kat umah Kak Nor Secubit Garam..simpan punya simpan pas tu mieza nampak Kak Diana Sky Blue's Kitchen lak buat..mieza tak tahan lah digoda..jadi hari ni mieza pun masak la gak...
AYAM KUNG PAO
Source: Kak Diana @ SBK
Source: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan
300 gm isi ayam _ hiris kecil
3 ulas bawang merah _ di cincang
6 ulas bawang putih _ di cincang
2 inci halia mudah _ di hiris kasar
10 tangkai cili kering _ di goreng
3/4 capsicum hijau _ di potong dadu dan di goreng seketika - mieza tak letak sebab tak ada
Segenggam gajus goreng _ ( Nak bubuh lebih pun boleh )- mieza tak letak juga sebab tak der dalam stok
Minyak untuk menggoreng
2 pohon daun bawang - mieza tambah - potong sepanjang 1 inci
Bahan-bahan Perap
2 tsp sos tiram Maggi - Mieza guna lee Kum kee
1/2 tsp kicap cair Loon Kee - mieza guna Knife
1 tsp serbuk lada putih
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix - Mieza guna Knorr
1/2 tsp seasoning Maggi - mieza tak letak
1 tbsp tepung jagung
1 biji putih telur
Sedikit gula
Garam jika perlu
Bahan-bahan A
1/2 - 1 tbsp sos tiram Maggi/ Lee Kum Kee
2 tbsp sos cili Maggi/Life
Sedikit gula jika perlu
2 tbsp sos tomato - mieza tambah
1 tbsp Sos plum - mieza tambah
Cara-cara:
1. Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit.
2. Goreng ayam sehingga masak kekuning.. Angkat dan toskan _ ketepikan.
3. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit aromanya.
4. Kemudian masukkan ayam goreng, capsicum goreng, cili kering goreng, gajus goreng dan bahan-bahan A.
5. Gaul rata dan masak selama 2 - 3 minit.
6. Angkat dan hidang dengan nasi putih panas.
Sebenarnya ada satu lagi pasangannya iaitu Dalca Ayam..tapi mieza lupa ambik gambar hehehe..kalau nak tengok resepi klik la kat SINI ^__^
7 comments:
sedapnya mieza...memang kelas gitu...bila tgk nie terus tak jadi nak diet...
Mieza betul ke demam ni...Demam yok..yok la ni...boleh masak pelbagai hidangan ....tu...
@suzane..hahaha mieza pun berniat je nak diet tapi tk diet pun..tp tak per Allah kata niat pun dapat pahala kekekeke
@Kak Ros..hihihi betul kak ros demam ni..sampai mc hari ni haaa.tp kena masak gak sebab laparrrr nak dtg mkn umah kak ros..tp kak ros tak jemput huhuu
hadoi....org demam pon boleh masak spesel mcm ni...kalah org yg sehat, segar bugar ni...takpe2...insyaallah pasni sehat la tu...
@nani..org demam ni kena gak masak sebab tak leh nak manja kat org lain sebab semua org lain dalam umah ni demam..jadi org demam ni kena berlagak sihat huhuhu..InsyaAllah moga2 esok baik lah sebab nak gi family day di Bukit Merah..TQ adik nani coz doakan kesihatan kak mieza :)
Ini bukan lagi menu orang demam ni Mieza... yang sihat pun jadi demam kempunan tak dapat merasa hidangan lazat gini... he hehehhh
Post a Comment