Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, October 7, 2008

Tumis Lala Berkicap


Lala ni favorite Along. Banyak dia makan kalau masak lala. Kat Tg Malim ni 1 kg lala costs me RM5. Along memang suka tumis lala. Since first menu was Masak Lemak Cili Api Udang, yang mana Along memang tak makan coz pedas, so I have to come up with something else for her, kalau tak dia tak makan nanti.






TUMIS LALA BERKICAP

1 kg lala - dicuci dan ditoskan
1 biji bawang besar - dimayang
4 ulas bawang putih - di ketuk
3 batang serai - diketuk
1 inci halia - dimayang
2 camb sos tiram
2 camb kicap masin
2 camb kicap manis
garam gula to taste
2 camb air asam jawa
Minyak untuk menumis
5-6 biji cili api - diketuk (aku tak letak coz nanti along tak makan)
daun bawang dan daun sup - dihiris sepanjang 1 cm


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih, serai dan halia hingga wangi.

2. Masukkan sos tiram, air asam jawa dan kicap, kacau sebati. Air asam jawa boleh digantikan dengan buah tomato kalau suka

3. Masukkan lala dan digaul rata. Letakkan 1/2 cawan air untuk dijadikan kuah (coz Along suka hirup). Gaul lala hingga sebati dan masak. Rasakan garam gula.

4. Sebelum diangkat, masukkan daun bawang dan daun sup dan digaul rata. Bila dah masak, boleh diangkat dan dimakan dengan nasi putih.

Masak Lemak Cili Api Udang dan Timun


Early today I planned to cook some laksa Sarawak since the laksa paste berlambak dalam my fridge. This laksa sarawak susah nak cari kat Semenanjung ni melainkan dimasak sendiri. But then when I went to the market the chicken dah habis. It was my fault actually coz I reached the market quite late (around 10.30am). So I pusing2 dalam market tu then I bought some prawns and 1 cucumber. Dalam kepala nak masak this recipe. Resepi paling mudah, coz dia cuma campak semua dalam periuk and then msak sampai didih. Resepi untuk orang sibuk dan malas heheeh. But then terpikir lak dekat aku punya anak dara sunti yang tak makan pedas, mmm then I have to cook sumthing mild for her. Ape ye?



MASAK LEMAK CILI API UDANG DAN TIMUN


200 gm udang - dicuci dan tos
1 batang cucumber - buang kulit dan dipotong panjang 2 cm
1 mangkuk santan
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
5-7 biji cili api - ditumbuk
1 cm kunyit hidup - ditumbuk
3 keping asam
garam gula to taste
Daun bawang - potong 1 cm
1 buah tomato - belah 4


Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan kecuali daun bawang dan tomato, dan dimasak hingga mendidih.

2. Bila dah mendidih, rasakan garam gula dan masukkan tomato buah dan daun bawang. Jangan didihkan lama sangat nanti santan pecah minyak tak sedap.

3. Ini la menu untuk lunch tengah hari ni...cepat dan sedap :)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN



ZAIMIE, ASLIZA, ADNIN & IBTISAM

Chunk Dates Chocolate Cake







(Pic 1 : Sliced cakes - see the dates, moist and sweet; Pic 2 : The cake before the ganache was smeared; Pic 3 : Topped with choc ganache and sprinkled with chunk nuts- consist of grilled walnut, hazelnut and almond)

Bulan puasa hari tu hubby dapat banyak free dates dari vendor. Kami lak bukan lah makan dates betul betul. Kalau time berbuka tu sebiji date aku kongsi 2 orang. So banyak la dates yang berlebihan. Dah masuk bulan syawal ni mana la makan dates lagi. Finally dapat la idea letak chunk dates dalam choc cake. Tapi dates ni dah manis, jadi aku kurangkan gula dalam adunan kek, nanti terover manis kang kena kencing manis lak. Adunan ni pulak aku buat 1/2 je sebab bila jenguk peti ais telur ayam cuma ada 3 biji. Kalau full adunan terlur kena pakai 4 biji. 1/2 adunan ni actually good enough untuk aku satu familily, terus kek ni habis dalam masa 1 hari. Yang paling seronok memasak ni, kira ultimate lah, ialah bila orang yang disayangi makan my cooking sampai licin....masa tu rasa..ummmmphhhh PUASNYA!!!!!!


CHUNK DATES CHOCOLATE CAKE

(Sukatan ni untuk 1/2 adunan - kalau nak 1 adunan darab 2 lah ye!)
1 cawan chunk dates
135 gm butter
150 gm gula kastor
110 gm tepung - diayak
1 camt baking powder - diayak
Secubit garam
30 gm serbuk koko - diayak
2 biji telur
1 camt vanilla
1/2 cawan air panas
1 camt nescafe

Cara-caranya

1. Pukul butter dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan garam, vanilla dan telur satu persatu. Pukul lagi dengan menggunakan speed yang paling rendah.

2. Serbuk koko dan nescafe dibancuh dengan air panas hingga sebati dan ketepikan.

3. Masukkan tepung dan baking powder yang ditelah diayak ke dalam adunan butter sedikit demi sedikit dengan diselang seli dengan bancuhan koko dan digaul dengan menggunakan senduk hingga sebati.

4. Akhir sekali masukkan chunk dates dan digaul sebati.

5. Grease kan acuan dengan butter. Tuangkan adunan ke dalam bekas dan dibakar pada suhu 170'C selama 40-45 minit atau hingga masak.

6. Bila kek dah masak dan sejuk, tuangkan chocolate ganache (sila refer resepi sebelum ini untuk cara-cara membuat ganache) dan ditabur chunk nuts. Boleh juga ditabur chunk dates, cherry, dan sebagainya mengikut citarasa. Kek ni sesuai untuk rumah terbuka. Mesti cepat habis.

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...