Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Showing posts with label SAYUR. Show all posts
Showing posts with label SAYUR. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Bening Betik Muda

Assalamualaikum...
Wahhh sunyinyer opis mieza nih...ada 3 orang je kat level bawah ni...level atas  pun lebih kurang je la tu...mood kerja pun jadi lemau sebab kawan-kawan ramai yang bercuti balik kampung sempena cuti sekolah...tinggal lah kami yang seorang dua ni yang memilih untuk bercuti minggu hadapan...tak pa tak pa next week hangpa masuk opis noooo...eden pulak nak bercuti! Wahhh tak sabar!

Dua hari lepas tekak ni kepingin sangat nak hirup kuah bening betik muda..hmmm sedapnyer..teringat dulu kala arwah nenek suka masak macam ni...lepas tu mak mieza pun suka juga bila ada betik muda yang kami tanam sendiri...semasa ke pasar last sunday ternampak ada orang jual betik muda, terus mieza beli sebiji yang muda...hubby tanya nak celur cecah budu ke? ahakkss tak lah darling...i nak masak bening..heran dia sebab dia tak tahu masak bening tu macam mana..haaaa you wait aaaa...nanti I cook u eat!


BENING BETIK MUDA
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

1 biji betik muda - yang kecik je, kupas kulit dan potong serong
2 helai daun kunyit - siat
1 kiub ikan bilis
Garam
1 mangkuk air - atau secukupnya


Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
3-4 ulas bawang merah
1/2 st lada hitam
Segenggam ikan bilis - rendam terlebih dulu
Belacan sebesar ibu jari


Cara penyediaan:

1. Masukkan bahan tumbuk bersama air dan kiub ikan bilis ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Bila kuah mendidih masukkan betik muda dan daun kunyit. Reneh seketika.
3. Rasakan garam. Tak perlu masukkan gula sebab manis dari buah betik sudah mencukupi.
4. Sedap dihirup semasa panas.

Selamat mencuba!

Friday, December 28, 2012

Pak Choy Kukus Sos Tiram MAGGI

Assalamualaikum...
Aduhaiiii mieza hari tak keruan...terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan tapi terlalu singkat masa yang diberikan...seolah-olaj 24 jam sehari itu tidak pernah cukup bagi seorang isteri, ibu, dan pendidik macam mieza..huwaaaa...walapun begitu mieza masih setia bersama MAGGI Good to Great Campaign...sajian terakhir mieza untuk campaign kali ini...Alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah untuk menyelesaikan segala amanah yang diberikan....


Sajian terakhir mieza bersama MAGGI ini sangat senang...tapi umphhhhh sangat sedapppp!!!! Mieza memilih untuk berkongsi resepi sayur kerana di dalam ketujuh-tujuh post yang lalu mieza telah banyak berkongsi resepi nasi dan lauk...diet mesti seimbangkan? Resepi ini sangat sihat sebab dikukus....dan rasanya jangan ceritalah sangat sedap...lebih-lebih lagi bila menggunakan produk MAGGI...dengan sos tu sekali nak dihirup slruppppppp! Mieza memang penggemar pak choy jadi tak heran kalau sepinggan mieza boleh ratah nyummmmmmm nyummmmm

Senang saja cara nak masaknya tau...boleh dikukus dan tinggal dan boleh la kalau nak solat ke..nak mandi ke kejap...nak sapu sampah ke...no problem!


PAK CHOY KUKUS SOS TIRAM MAGGI
Recipe : MAGGI & Mieza @ WAWMC

4 pokok pak choy - potong umbinya, biarkan sehelai-sehelai
2 sk minyak zaitun
4-5 sb Sos Tiram MAGGI
1 sk MAGGI Cukup Rasa
2 sb isi ikan kurau - dadu kecil
1 sb bawang puting cincang yang digoreng
1/2 biji capsicum merah - dadu

Cara-cara:

1. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.
2. Susun pak choy di dalam mangkuk/pinggan pengukus
3. Masukkan minyak zaitun, Sos Tiram MAGGI, MAGGI Cukup Rasa dan semua bahan lain ke atas sayur.
4. Kukus selama 6-8 minit atau hingga sayur layu.
5. Hidangkan dengan nasi putih dan makan sewaktu panas-panas


Senangkan?  Selamat mencuba...resepi yang sihat dan semesti sangat sedap bila menggunakan MAGGI sebagai teman baik anda di dapur... ^__^

Di kesempatan ini mieza ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang sudi menyertai contest bersama MAGGI sempena MAGGI Good to Great Campaign ini..mieza dah pun fowardkan penyertaan kawan-kawan semua kepada MAGGI...semoga kejayaan itu milik kawan-kawan...mieza doakan! wahhh kalau menang tu dapat lah ke Legoland ye...jangan lupa ambik gambar dan kirimkan kat mieza :)

Selamat Berjaya!

Monday, September 24, 2012

Gedang Mekuah (Green Papaya Soup)

Assalamualaikum...
Sebelum mieza berangkat ke KL untuk outstation seminggu, mieza nak gak update blog ni dengan menu istimewa ni...bagi mieza istimewa la..bagi orang lain agaknya menu simple giler hahahah...

Minggu lepas hubby bawa mieza makan kat restoran yang selalu dah kitaorang visit..hubby ni suka masakan Chinese...kat Tanjong Malim ni restoran feveret dia ialag Garden Seafood, E-Place dan Easy Cafe..semua tu Chinese Restaurant..last week E-Place jadi pilihan dia...memang selalu sangat kami ke sana..sampai auntie restoran tu dah kenal hahaha...semasa makan-makan tu mieza ternampak satu buku resepi yang auntie kedai tu display kat restoran dia...buku masakan Bali...bila belek-belek buku tu mieza jatuh hati pada 70% dari resepi-resepi dalam tu...mula lah teringin nak meminjam..tapi hubby was-was..eh eh mau ke auntie kedai ni kasi mieza pinjam buku kesayangan dia...kata mieza kalau kita tak tanya kita tatau..

Maka mieza tebalkan muka tanya auntie tu..
"Auntie buku ni bagus la...saya suka resepi nya..boleh pinjam tak auntie?"
Auntie tu ambik buku dari mieza dan belek..
"Awak suka masak kah?"
"Suka auntie...tapi wiken je la...kalau hari kerja saya tak sempat nak masak..boleh ker auntie pinjam buku ni?"
Auntie tu termenung lagi...agaknya tak percayakan mieza walaupun dah selalu nampak muka ni menempek kat kedai dia isi perut
"Kalau tak boleh pun tak pe auntie..saya faham"
Dia fikir 2 saat then dia cakap "Boleh la boleh la...nanti jangan lupa pulang balik ye"
Haiiiyaaaaa auntie mesti la pulang balik nanti hehehe
"Terima kasih auntie"

Bila masuk kereta hubby kata..pandai awak ayat auntie tu ye...errr darling..saya tak ayat pun tau..saya terus terang je cakap mau pinjam..kalau dia tak kasi pun tak per saya faham dia mesti sayang buku dia...

Esoknya cepat-cepat mieza fotostat resepi yang mieza suka dari buku sebab nak pulang pada auntie tu cepat...sebagai permulaan mieza decided nak try resepi yang sedap ni...


Sepatutnya digunakan betik yang masih muda iaitu yang kaler ijau tu..tapi bila ke pasar tak ada pula yang kaler ijau..yang mieza angkat la yang paling ijau yang ada kat pasar Tg Malim tu...sebab tu sayur mieza agak merah..sedap! Mieza memang suka masakan indonesia..sedap!


Resepinya mieza translate ke dalam bahasa melayu ye..buku resepi yang mieza pinjam tu ditulis dalam English

GEDANG MEKUAH (GREEN PAPAYA SOUP)
Recipe: Step-by-step Cooking Balinese
Tested by: Mieza @ WAWMC

Sebiji betik muda (Hijau)
1 sb minyak sayuran
1 batang serai - ketuk
2 helai daun salam
1 liter stok ayam/stok sayuran - mieza guna stok ayam
1 cawan santan pekat
Garam
Sedikit serbuk lada hitam

Sedikit bawang goreng
4-5 helai daun limau purut

Pes menumis:
3 biji cili merah
3-4 biji cili api
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 cm lengkuas
1 cm kunyit
2-3 biji buah keras
1 sb belacan
1 sb biji ketumbar
1/2 sb lada hitam


Cara-cara:
1. Bahan-bahan untuk pes menumis diblend hingga halus. Ketepikan.
2. Betik dikupas dan dipotong dadu setebal lebih kurang 1/2 - 1 inci.
3. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan tumis hingga garing dan pecah minyak. Masukkan juga serai dan daun salam.
4. Masukkan betik dan sedikit chicken stok dan renehkan sehingga betik berubah warna dan agak lembut.
5. Masukkan stok ayam yang selebihnya dan juga santan. Renehkan hingga mendidih dan betik lembut. Masukkan daun limau purut.
6. Rasakan garam gula dan taburkan bawang goreng.

Seronok sekali tengok suami makan hari tu...Nasi Putih bersama Gedang Mekuah, Ikan Yang digoreng garing dan juga sotong celup tepung...memang berselera dab bertambah-tambah makannya...alhamdulillah....

Saturday, September 22, 2012

Som Tam

Hari ni teringin sesangat nak makan Som Tam..bangun pagi terus ajak encik suami temankan ke wet market..pusing-pusing nak cari betik..akhirnya jumpa la betik muda..belum lagi masak tapi kaler dah agak merah..sebenarnya nak cari yang masih ijau...tapi semua buah betik yang  di pasar tadi dah masak atau hampir masak...


kalau sewaktu tinggal di Kelantan dulu senang sangat nak dapatkan orang jual SomTam tapi kat Tg Malim ni susah sangat..memang tak pernah jumpa Somtam..jadi terpaksa lah mieza menggoogle resepinya sebab dah teringin sangat hahaha...oppsss jangan salah sangka...saja jer teringin bukan mengandung pun hahahaha


SOMTAM
Source: ARAH
Bahan-bahan

  • 1 gengam penuh betik muda yg disagat
  • 1 genggam atau kurang udang kering yangg kaler oren, direndam dan toskan
  • 1 btg kacang panjang dipatah patahkan
  • 3 ulas bawang putih size kecik
  • 3 sudu makan atau lebih kacang tanah yang disangai
  • Hirisan Lobak merah
  • 5 biji cili padi atau kurang atau lebih
  • 1 biji limau nipis perah ambil jusnyer
  • Air asam jawa ikut selera
  • 4 biji ceri tomato
  • 1/2 sb paste sugar atau sugar biasa tu pun ok
  • 2 sb kurang atau lebih Sos Ikan
  • Ajinamoto - mieza skip
Bahan sampingan

3 ekor udang di bakar atau lebih.

Cara-cara

Tumbuk bahan rencah dalam lesung atau lesung somtam seperti bawang putih, udang kering, lada dan masukkan bahan cecair perasakan mana yangg nak ditambah tambah lah ikut selera.. Sekurang kurangnyer guna besen besar senang nak gaul-gaul then baru masukkan bahan-bahan hiris seperti kacang panjang dan juga tomato, gaul sebati dan perasakan, sedia untuk dihidang!

Wednesday, August 8, 2012

Sup Tofu Telur Bersama Chicken Popcorn

Assalamualaikum...
Mieza ni dalam course 5S sebenarnya..tapi alahai sleepy yang amat..maklum la bulan posa..kalau tak bulan posa leh gak mamam sweets kan..or sipping some plain water...sebenarnya ini kali kedua mieza dihantar ke kursus 5S tapi tempat kerja mieza kat opis tu tak gak kemas ahahhaa...agaknya sebab tak kemas la mieza kena gi course ni lagi...kat umah tu lagi tak sempat nak wat 5S sebab baru je sisih, belum lagi susun terus sepah balik heheheh...

Oleh sebab boring dan ngantuk meh ler mieza update blog jap..
Kat bawah tu sup tofu telur..ni bukan apa..kes terliur nengok zila masak..engkau talh berjaya menggoda daku zila...wawa memang suka sup tofu..katanya "tahu lembut-lembut tu nama apa dah ma?"


Oleh sebab suami mieza tak suka tofu telur..maka mieza masukkan chicken popcorn..bila ada chicken popcorn tu dia makan le juga sebab dia suka chicken popcorn tu kegemaran dia..alhamdulillah..resepinya mieza ubahsuai dari resepi zila..

SUP TOFU TELUR BERSAMA CHICKEN POPCORN
Adapted from: Zila
Source: Mieza @ WAWMC

3 tiub egg tofu
3 ulas bawang putih - didadukan - mieza potong batang mancis
1/2 inci halia - didadukan - mieza potong batang mancis
1 biji bawang besar - hiris - mieza tambah
Sedikit serbuk lada putih - mieza guna serbuk lada hitam
1 kiub ayam
3 biji cili padi hijau - diketuk - mieza potong dadu
1 1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar tepung jaggung/tepung gandum -dibancuh bersama 1/2 cawan air
Sedikit air
Garam secukup rasa
1 biji putih telur
Sayur campur yang digemari seperti -baby corn/kacang peas/brokoli - mieza letak kacang peas, carrot dan baby corn

Mieza tambah:
Bell pepper merah dan hijau - dadu
Sedikit chicken popcorn
Sedikit daun bawang dan daun sup - potong sepanjang 1/2 inci


Cara-caranya

1.  Celur sayur-sayuran yang digunakan. Mieza skip this part.
2. Potong egg tofu dengan plastik pembungkusnya kepada 2 bahagian kemudian digoreng hingga nampak sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tuangkan minyak ke dalam bekas yang sesuai tetapi tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, dan cili api hingga berbau harum.
4. Masukkan sos tiram dan kacau.
5. Masukkan sedikit air, kiub ayam dan bancuhan tepung jagung dan suaikan kepekatan yang anda kehendaki. Masukkan sedikit lagi air bancuhan tepung jagung jika perlukan kepekatan lebih. Juga masukkan lada hitam dan dikacau rata.
6. Kemudian masukkan putih telur, tak perlu dikacau. Buat seperti 2-3 lorekkan menggunakan garfu. Kemudian masukkan sayuran, dan bell pepper dan biarkan hingga sayuran agak empuk. 
7. Akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup.
8. Tuangkan ke atas tofu yang telah dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai. taburkan chicken popcorn.


Untuk resepi chicken popcorn mieza akan kongsikan di dalam entry yang akan datang...insyaAllah..

SELAMAT BERBUKA ^__^

Thursday, May 3, 2012

Bendi Goreng Belacan

Salam malam Jumaat...bestnya kan esok hari Jumaat..pastu cuti 2 hari..yahooooo...
Kalau hari-hari cuti pun tak per...tapi tak der  lah gaji ek hehhee...dinner makan apa tadi? waaahhh mesti sedap sedap semuanya...mieza je yang tak masak malam ni...malassssss...boleh ye cakap malas macam tu...malas sebab malam ni mieza nak kena siapkan 100 biji cistat tempahan dan sebiji Red Velvet Cake..tu yang malas nak masak tu..kalau mieza masak dinner pukul berapa baru leh nak start buat tempahan...jadi masa balik kerja tadi terus mieza belikan nasi ayam untuk family...

Ini bendi semalam sebenarnya...anak mieza yang no 2 tu suka sangat dengan bendi...kalau ke pasar mesti dia suruh beli bendi..kalau letak bendi dalam gulai ikan dialah yang tukang makan bendi tu semua...berbeza benar dia dengan kakak nya, kakaknya langsung tak suka makan sayur hijau....

Bendi ni kiriman ibu mentua mieza dari Alor Setar..kebetulan adik ipar mieza yang tinggal kat Putrajaya tu balik kampung wiken lepas..jadi otw balik semua ke Putrajaya mak kimkan dengan dia bendi ni sebab dia tahu cucunya tu suka makan bendi..teima kasih ye mak...len kali kim lagi kat menantu mak ni hehehe



BENDI GORENG BELACAN
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

1 ikat bendi - biasanya dijual pada harga RM1
1/2 sb kicap masin - boleh tambah kalau tak cukup masin..tapi jangan terlebih sebab belacan dah masin
1 sk kicap manis
3 keping asam gelugur
Sedikit ikan bilis kecil
Minyak untuk menumis

Bahan ditumbuk lumat:
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah
1 inci belacan
4 biji cili api
2 biji cili merah

Cara-cara:

1. Bendi dibersihkan dan diotong serong.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga agak garing dan masukkan ikan bilis. Goreng seketika hingga ikan bilis masak.
3. Kemudian masukkan bendi dan asam keping (Fungsi asam keping ialah untuk mengurangkan lendir kacang bendi). Kacau sebati. Boleh dimasukkan 1 sb air jika mahu bendi sedikit lembut..mieza suka bendi yang crunchy jadi mieza tak masukkan air.
4. Masukkan pula kicap dan rasakan masin manis.


Monday, December 5, 2011

Fried Prawns With Mixed Vegie



Buat apa tu? Tengah rasa monday blues ke tu hihihii...mieza ni rasa malas sangat nak kerja hari ni..pastu hari senin kan alahai banyaknyer kerja yang nak kena buat...2 jam dah sah-sah dihabiskan di bank tadi sebab mieza kena bayar fee untuk conference tu hari ni gak..hmmm balik ke opis dah jam 3.30pm..lepas solat zohor tinggal lagi sejam...bos panggil masuk bilik diskus itu ini dah nak jam 5..hmmm terus rasa malas dah nak wat kerja...baik mieza update blog..ampun bosss!



Udang ni mieza masak semalam..semalam adalah hari malas masak bagi mieza..suami lak kena kerja..huhuhu hari ahad pun kena kerja waaaaa tak aciiiiii...jadi makan dengan anak-anak je maka mieza humbankan lauk dan sayur dalam satu resepi hehehe nak senang..dan buat kuah sikit..bila masak simple simple macam gini eh eh banyak pula anak-anak makan nasi..katanya.."haaa masak macam ni la beshhhh"

FRIED PRAWN WITH MIXED VEGIE
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

10 ekor udang besar - gaul dengan sedikit garam kunyit
3 biji bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - dihiris
1 ikat kacang buncis
5-6 batang jagung muda
1/2 batang carrot - potong panjang 1"
1 bungkus cendawan tiram - siatkan
Sedikit bunga kobis
1 biji cili merah - hihir panjang
2 sb kicap cair
1 kiub ayam knor - hancurkan
Minyak untuk menumis

Cara-cara:


1. Panas minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing. Masukkan udang dan masak hingga udang masak.

2. Masukkan semua ayran kecuali cendawan dan masukkan sedikit air (dalam 2 sb) untuk melembutkan sayuran. Renehkan seketika hingga sayuran empuk.

3. Akhir sekali masukkan cendawan, kuib ayam dan kicap cair. Gaul rata. Jangan lelama sebab nanti cendawan akan lembik. Angkat dan hidang..

Umar pun teringin nak makan sayur..tapi sayang gigi baru ada 5 batang...saya hero mama!

Monday, August 8, 2011

Kacang Buncis Ayam Goreng Kunyit



Kekadang jadi tukang masak ni bukanlah kerja yang enteng kan? Bermula dengan planning, iaitu nak masak apa, kemudian listkan barang yang nak dibeli, ke pasar, then bila balik umah bukan boleh rehat pun terus kita mencuci barang yang dibeli. Pastu kita lah juga yang memasak..hatta bila dah masak, tukang hidang pun kita..dah lepas makan..tukang basuh? pun kita juga..sebab tu lah semua ibu-ibu di luar sana boleh dipanggil super mum...heheheh..sib bek kita tak leh terbang kalo tak kalah superman sebab kita akan terbang lagi laju dari superman...hihiii

Oleh sebab dah buntu nak masak apa..yang ada dalam peti ais pun cuma ayam je..tu pun bahagian dada je..dan beberapa batang kacang buncis...bedal je la resepi ni for berbuka..hehehe..tapi resepi belasah macam ni yang sedap tu...ini le pelengkap menu berbuka mieza 2-3 hari lepas :)

KACANG BUNCIS AYAM GORENG KUNYIT
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan
1 dada ayam - hisi nipis
Sedikit garam kunyit

1 biji bawang besar - hiris
3 biji bawang putih - hiris
Seikat kacang buncis - potong sepanjang 1 1/2 inci
2 biji cili merah - potong serong
1/2 sk serbuk kunyit
Garam gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

1. Ayam digaul garam kunyit dan digoreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Buangkan minyak dari dalam kuali, tinggalkan sedikit sahaja untuk menumis. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.

3. Masukkan kacang buncis dan serbuk kunyit. Kacau dan masak hingga kacang empuk.

4. Masukkan isi ayam yang telah digoreng, cili merah dan juga garam gula secukupnya. Kacau rata.

5. Tutup api, angkat dan hidang.

Senang kan?

Monday, July 11, 2011

Dalca Ayam



Ehem ehem buat apa tu? Wahhhh tengah baring-baring depan TV ke tu? Seronoknya la kan kalau leh bermalas-malasan depan TV sambil carefree..rindunya mieza untuk buat begitu, tapi kat umah ni ada-ada je kerja yang nak dibuat...kalau bermalas-malasan kat depan TV pun time outstesen kat hotel je la huwaaaaa

Malam ni mieza tamau celoteh banyak sebab baju sekolah anak belum gosok lagi..kalau la ada bibik boleh arahkan bibik je kan..en hasben tamau amik bibik sebab katanya susah dia nak pakai shorts je kat umah...tapi tak per lah sebab dia pun rajin tolong kat dapur dan rajin ngasuh baby...malam ni mieza nak share resepi dalca yang dimasak turun temurun oleh family mieza dari Kelantan..dalca ni tak pakai kacang dal pun...mieza tak suka dalca yang kacang dal..tapi adik ipar mieza orang Kedah kata kalau dah dalca tak der kacang dal tu dah bukan dalca...tapi tak apa, dalam masak-memasak kita kena teror improvised ikut selera...insyaAllah bila memasak dengan penuh kasih sayang, hasil nyer akan jadi mabeles! Dalca ni mieza makan dengan nasi karot..menu lunch semalam..


DALCA AYAM
Recipe: Family
Source; Mum


Bahan-bahan:

1 mangkuk ayam bahagian yang bertulang seperti kepak, rib, leher etc
1 liter santan
1 paket rempah kari - jadikan pes, mieza pakai brand 'O'
1 biji terung - potong memanjang
10 batang kacang panjang - potong 2 inci panjang
1 batang carrot - hiris panjang
3 biji kentang - belah 4
8 biji putik jagung - hiris panjang
3 biji cili merah - belah tak putus
1 sb air asam jawa
Minyak untuk menumis

Bahan tumis:
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 sk lada hitam
2 tangkai daun kari


Cara-cara:


1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis hingga perang dan wangi. Kemudian masukkan pes kari. Masak hingga pecah minyak dan dimasukkan air asam jawa. Kacau rata.

2. Masukkan ayam dan kentang serta sedikit santan cair dan renehkan hingga kentang empuk dan ayam masak.

3. Masukkan santan dan sayur-sayuran kecuali cili merah dan kacang panjang. Renehkan sehingga sayuran empuk. Kemudian dimasukkan cili merah dan kacang panjang. Masak seketika sahaja (dalam 2 minit).

4. Rasakan garam gula. Tutup api.

Thursday, June 30, 2011

Kacang Buncis Scrambled Eggs



Satu lagi entry tertunggak...dah lama dok dalam folder WAWMC baru hari ni ada peluang nak post kat blog..maklum ler masih beroutstesen dan tak dapat masak..kalau tak update blog rasa sunyi pula blog ni...jadi godek-godek album dalam lappy ni terjumpa la gambar..terus post kat sini...nasib baik hari ni last day berkursus kat hotel ni...petang ni dah boleh balik..yahoooooo seronoknyaaaaaa!!!

Ini adalah sayur kegemaran suami..dia memang suka sayur yang digoreng dengan scramble eggs..kalau boleh semua sayur nak suruh digoreng macam ni...heheh..kali ni mieza pilih kacang buncis, kalau nak pakai kacang panjang atau kacang pea pun boleh...kekadang mieza goreng carrot pun wat macam ni gak...kadang-kadang combine kacang buncis dan carrot..atau jagung muda juga..suamikan kalau tak der sayur memang dia bising sebab katanya macam mana nak lawas buang air kalau tak makan sayur...tapi anak-anak cukup tak suka makan sayur...kalau sesapa ada petua nak bagi anak suka makan sayur boleh la share dengan mieza kat comment kat bawah tu ye..your ideas are very much welcomed!


KACANG BUNCIS SCRAMBLED EGGS
Recipe : Mieza @ WAWMC

Babahn-bahan:
1 paket kacang buncis - potong ikut suka, mieza potong sepanjang 1 inci
1/2 camt kunyit
Garam secukup rasa
2 ulas bawang putih - hiris
4 ulas bawang merah - hiris
1 biji cili merah - hiris
Minyak untuk menumis
1 biji telur ayam

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan merah hingga wangi.

2. Masukkan kacang, kunyit dan garam. Masak seketika hingga kacang empuk.

3. Pecahkan telur ke dalam kuali yang mengandungi kacang tadi dan dikacau cepat-cepat supaya telur menjadi scramble. Kacau rata.

4. Masukkan cili merah hiris dan digaul rata. Rasakan masin manis secukup rasa. Angkat dan hidang.

Sunday, May 29, 2011

Sayur Campur



Kat umah ni semua orang tak gemar sayur..encik hasben tak leh makan sebarangan sayur nanti dia kembung, yang berkacang, yang pokok menjalar tu semua kena elakkan untuk dia...antara sayur hubby leh makan cuma sawi dan kailan..jadi sayur campur ni definitely aku and my mom je la yang makan..



Sayur yang senang dan pantas dala penyediaannya..aku tak letak sebarang udang atau ikan bilis etc..purely sayur saja..bukan la apa, aku tak letak udang sebab aku allergic dengan udang..walau pun goreng sayur kosong tapi rasanya tetap mualllllah!


SAYUR CAMPUR
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan: (aku tak letak la kuantiti ye..ikut suka la nak banyak mana bergantung pada jumlah ahli keluarga yang menunggu untuk ngappp heheheh)

Kacang pea - dibuang urat tepinya
Kacang buncis - dibuang urat tepi dan dipotong pendek
Carrot - dihiris ikut kreativiti
Jagung muda - dihiris serong
Capsicum merah - dihiris sepanjang 1 inci
Capsicum hijau - dihiris sepanjang 1 inci
Brocoli - dipotong kecil
Bunga kubis - dipotong kecil
Sedikit kunyit
Garam gula
Sedikit lada sulah
1/2 kiub pati ayam Knorr
Segenggam udang kecil
Bawang merah - dihiris
Bawang putih dihiris
1 tomato - belah 8
Minyak untuk menumis


Cara-caranya:


1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau dan masukkan udang. Tumis hingga udang masak.

2. Masukkan semua sayuran kecuali capsicum dan dikacau. Masukkan garam gula, kunyit dan kiub pati ayam. Kacau sebati. Masak seketika hingga sayuran empuk. Jangan terlalu lama.

3. Kemudian masukkan capsicum, tomato dan lada sulah. Kacau rata.

4. Angkat dan makan dengan nasi panas.

Thursday, May 5, 2011

Kailan Goreng Bawang Putih

Masakan sayur yang senang, cepat, tapi sodap! Sesuai untuk yang nak cepat macam aku..ingredient yang sedikit sesuai untuk yang nak cut budget heheeh







KAILAN GORENG BAWANG PUTIH
Resepi : mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
1 ikat kailan - selalunya RM1
4-5 biji bawang putih - cincang kasar
1 biji cili merah - hiris
1 camt fried garlic - ada jual kat pasaraya, kalau tak der tak yah la letak pun tak per
Minyak untuk menumis
2 camb sos ikan


Cara-caranya:

1. Cuci kailan dan potong. Asingkan bahagian batang dan bahagian daunnya. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga garing.

3. Masukkan bahagian batang kailan dulu. Masukkan sos ikan dan dikacau hingga batang kailan lembut.

4. Masukkan bahagian daunnya dan juga cili merah. Kacau sekejap saja untuk mengelakkan daunnya benyek. Rasakan masin manisnya.

5. Taburkan dried garlic semasa hidang.

Tuesday, May 3, 2011

Valarai Paratel - Perggghhhh cakap Tamil gitu!

Pegaga lagi..aku kan penggemar sayur yang pahit-pahit i.e. pegaga, peria, sawi, to name a few. Ramai yang tak tahu pegaga boleh dibuat sayur selain dari makan begitu aja sebagai ulam. Lagi bagus kalau dimakan dengan akarnya sekali. Banyak khasiat pegaga ni especially untuk orang yang sakit gastrik dan untuk perempuan menyusu bagi tambah susu ibu. Hari ni sayur tak beli pun, main kutip je kat umah jiran. Umah dia banyak pegaga tapi dia tatau nak makan selain dari buat ulam. Jadi aku la tukang kutip. Leh kemas laman umah dia sekali. Jadi aku ucapkan terima kasih kepada jiran aku Kak Fauzan kerana telah sedekahkan aku sayur kegemaran aku ni.

Masakan ni dinamakan Valarai Paratel...nama dalam bahasa Tamil..saja je nak bagi gempak..padahal dalam bahasa Melayunya Pegaga Goreng ahakkkssss.






VALARAI PARATEL

Bahan-bahan:
Seikat daun pegaga
2 ulas bawang putih - ketuk kemudian hiris kasar
1 biji bawang besar - hiris
Segenggam ikan bilis
1/2 camt serbuk kunyit
1 biji lada kering- dibersihkan dan potong memanjang
1 biji cili merah - hiris serong
1 camb sos ikan
Minyak untuk menumis
Garam gula


Cara-caranya:


1.Bersihkan daun , batang dan akar pegaga. Kemudian rendam didalam air bercampur garam.Bilas sekali lagi.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis lada kering, bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Tambahkan ikan bilis dan digoreng seketika hingga ikan bilis masak.

3. Kemudian masukkan daun pegaga,serbuk kunyit, cili merah dan sos ikan. Goreng sekejap sahaja . Rasakan msin manisnya. Sedia dimakan panas bersama nasi.

Sunday, May 1, 2011

Tofu Telur Sweet Sour

Satu lagi dish yang memang besh diratah je..aku suka, Adnin suka espeseli bila dimasak sweet sour, Wawa lak tak yah tanya la semua dia suka..yang tak leh makan cuma the daddy sebab dia gastrik..tofu ni ada kacang soya dan dia tak leh makan benda berkacang..sian dia padahal dia cukup suka tofu telur...

Selalunya aku masak sup tofu..ataupun goreng ala cina letak sos tiram dan pecahkan telur dan dikacau cepat-cepat..tapi sekali sekala layan sweet sour memang syok..berselera makan lunch tadi :)









TOFU TELUR SWEET SOUR

Bahan-bahan:

2 bungkus tofu telur
3 biji bawang putih - ketuk dan hiris kasar-kasar
1 biji bawang besar - potong 8
1 biji cili merah - hiris serong
1/2 biji capsicum - potong sepanjang seinci
Sedikit carrot - potong sepanjang seinci
1 biji tomato - potong 8
4 biji jagung muda - hiris serong
Sedikit daun bawang - potong sepanjang seinci
Sedikit daun sup - hiris kecil untuk tabur
3 camb sos sweet sour - aku pakai brand life
1 camb sos tiram
Garam gula secukupnya


Cara-caranya:

1. Tofu dipotong setebal 1 - 1.5 cm dan goreng hingga perang. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga perang dan wangi. Masukkan bawang besar, sos sweet sour dan sos tiram serta sedikit air untuk dijadikan berkuah. Biarkan seketika.

3. Masukkan carrot dan jagung muda. Renehkan hingga sayur empuk.

4. Kemudian masukkan tomato, tofu yang sudah digoreng, capsicum, daun bawang dan cili merah. Gaul rata. Rasakan garam gula.

5. Taburkan daun sup semasa menghidang.





Have a nice day!

Sunday, April 24, 2011

Sup Tofu Telur Dengan Seafood

Rasanya dah selalu sangat aku masak masakan yang bersantan, kerap sangat makanan berlemak pun tak elok gak..jadi hari ni nak masak sup aje..nak masak sup ayam suami tak berapa gemar. Jadi aku masak sup tofu. Lagipun dah lama benor tak masak tofu. Sedapnya hirup kuah sup ni slruppppppp!





SUP TOFU TELUR DENGAN SEAFOOD

Bahan-bahan:

2 bungkus tofu - potong setebal 1 cm dan digoreng seketika
3 ulas bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar - belah 6
4 biji bebola ketam - belah 4
5 ekor udang
4 biji fishball - belah 4
1 biji tomato - potong 8
Sedikit brocoli
1 batang celeri - hiris serong
Sedikit carrot - potong bulat
1 camt lada sulah
Daun bawang dan daun sup - dihiris
1 kiub ayam
Air secukupnya untuk kuah
Garam gula


Cara-cara:

1. Panas minyak dalam periuk. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan lada sulah, air dan kiub pati ayam. Didihkan.

2. Masukkan fishball, ketam ball, tofu, udang, bawang besar dan sayur-sayuran kecuali brocoli dan tomato. Masak hingga lauk masak.

3. Rasakan garam gula. Akhir sekali baru dimasukkan brocoli, tomato, daun bawang dan daun sup. Tutup api. Biarkan brocoli dan tomato lembut dalam kuah yang panas untuk mengelakkan ia benyek.

Nota* Jika suka kuah yang pekat boleh dimasukkan bancuhan tepung jagung. Aku tak letak sebab suka sup senang untuk dihirup.

Friday, April 22, 2011

Sayur Pegaga dan Udang

Sayur pegaga lagi..kali ni lemak putih bersama udang...kata orang tua-tua pegaga ni boleh bantu tambah susu ibu-ibu yang menyusu baby...harap-harap lepas ni susu aku bertambah banyak la untuk baby umar...rasa sedih bila tengok dia nyusu aku tak kenyang (kes aku kurang susu) kena la aku top up dengan susu botol...kalau ikutkan niat di hati memang nak nyusu baby sampai umur dia dua tahun...tapi aku memang tak banyak susu...jadi semua petua orang kasi semua aku buat, makan sawi, lobak putih, makan pil tambah susu, makan sengkuang cina, tapi nasib tak menyebelahi aku, susu aku tetap tak banyak...tak per la umar, janji mama dah cuba untuk umar ye...

Ini sebenarnya masak semalam, tapi semalam penat sangat nak blogging...







SAYUR PEGAGA DAN UDANG

Bahan-bahan:

Pegaga secukupnya - aku guna secekak je
1 mangkuk santan
1 biji bawang putih - tumbuk
3 biji bawang merah - tumbuk
1 camt lada hitam - tumbuk
2 biji cili merah - belah dua
5-6 ekor udang sederhana besar
Garam gula secukupnya


Cara-caranya:


1. Satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga kuah mendidih. Jangan dibiarkan lama sangat mendidihnya nanti pecah minyak sayur tak beshh!

2. Rasakan garam gula. Makan dengan nasi putih panas-panas. Syedap! Senangkan resepinya? Now everyone can cook tau!

Wednesday, April 20, 2011

Masak Lemak Cili Api Pegaga

Pagi tadi masa hantar little wawa ke kindergarten aku spot this pegaga idup subur kat tepi playground tu. Banyak lak tu...tak der sapa ke berkenan nak kutip..tanpa segan silu aku kutip le..lagipun kindergarten wawa ni is inside poli/kuarters area..kalau nak serai ker, pucuk ubi ker, pandan ker main ambik jer...sebab kat situ semua tanaman kira wakaf...tu yang syok dok sana...6 tahun aku dok kat kuarters ni...rindu la pulak bila tiap kali antor wawa ke school dia..balik kepada cerita pasal pucuk pegaga..hmmm cikgu tadika tu tanya aku nak buat ulam ker? Aku cakap bukan! Tapi nak sayur lemak..semalam dah lemak putih..hari ni tukar menu tapi still lemak..hari ni lemak cili api...syedap! lagipun kata orang tua-tua..pegaga ni elok untuk tambah air susu bagi ibu-ibu menyusu macam aku ni..mana yang elok kita cuba la ye...mana tau hasilnya positif..InsyaAllah!





MASAK LEMAK CILI API PEGAGA

Bahan-bahan:

Pegaga secukupnya - buang akar dan dicuci
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili api - nak pedas tambah lagi
1 cm kunyit hidup
Segenggam udang kering
1 mangkuk santan


Cara-caranya:

1. Tumbuk semua bahan kecuali pegaga dan santan. Satukan semua bahan dalam periuk.

2. Masak atas api hingga santan mendidih. Rasakan garam gula. Hidang dengan nasi putih panas..senang dan membuka selera dan healthy!

Tuesday, April 19, 2011

Sayur Sos Tiram Lagi - Pak Choy la pulak!

Semalam baby kailan masak sos tiram..hari ni pak choy lak...ini lah sayur yang aku masak bila aku dilanda kemalasan tahap gaban..cara masak sayur ni dengan entry hari tu sama je..cuma sayur jer berlainan..jadi untuk cek resepi sila lah klik di sini...


Lemak Putih Terung

Ada sebiji terung dalam peti ais balen mak celur cicah budu (typical mak cik kelate mesti ada budu kakakaka) hmmmm nak masak ape ye...nak wat pajeri malas...nak wat kari pun malas...nak bakar cicah budu, malas nak idupkan api...awat la aku malas sangat hari nih? ooo ye lupa lak, hari ni besday sultan Perak..jadi encik hasben dan anak-anak cuti...syokkkk sangat bila depa cuti sebab aku leh la lama sikit kat dapur..sebab ada tukang jaga baby Umar..oleh sebab kemalasan aku hari ni tiada tandingan maka terhasil la Masak Lemak Putih Terung..


Ini la ghoper masak lemak putih terung...tapi pinggan dah kaler putih, kuah pun putih...maka putih la mata cuba nak nengok picture ni ye!







LEMAK PUTIH TERUNG

Bahan-bahan:

2 biji terung sederhana besar - dihiris serong
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 camt lada hitam
Segenggam udang kering
1 mangkuk santan untuk kuah
2 biji cili merah - dibelah 2

Cara-caranya:


1. Tumbuk lumat bawang putih, bawang merah, dan lada hitam. Udang kering ditumbuk sekadar pecah-pecah sahaja.

2. Satukan semua bahan dalam periuk dan dimasak hingga santan mendidih. Rasakan garam gula dan biarkan seketika hingga terung empuk. Jangan lama sangat nanti terung layu.

Monday, April 18, 2011

Baby Kailan Sos Tiram

Sayur feveret..baby kailan that is! Last week dah masak kailan goreng belacan..takkan hari ni nak masak yang tu gak kan..walaupun itu hari masak mama kailan..ini hari baby kailan..kang laki kata "hari2 masak sambal belacan! hari2 sambal belacan! tak de menu lain ke???" ,,,huhuhuh...ini la sayur yang aku selalu mintak kalau makan kat luar (specifically kat Garden Seafood hehehe) senang dan syedap!




BABY KAILAN SOS TIRAM


Bahan-bahan:

1rm Baby Kailan
2 ulas bawang putih - mayang
4 ulas bawnag merah- mayang
1 biji cili merah - hiris
Sedikit ikan bilis kecil
Sos tiram secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang hingga garing. Masukkan ikan bilis dan digoreng seketika hingga ikan bilis masak.

2. Masukkan baby kailan yang telah dipotong dan cili merah dan dikacau. Tuangkan sos tiram dan 2 camb air dan dikacau rata. Jangan masak lama-lama nanti kailan benyek dan khasiatnya hilang.

3. Angkat dan hidang. Senangkan?

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...