Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Friday, August 15, 2014

Siakap Bakar Daun Kunyit dan Air Asam Utara

Walla!
Ramai pulak rakan taulan komplen blog WAWMC sekarang ni kejap berasap kejap tak berasap...eheheheh...
Jangan marah darls! Bukan malas, buka juga dapur kena hijack...
Tuan punya dapur sebenarnya sekarang ni menyambung pengajian di peringkat PhD secara sepenuh masa. Jadi masa untuk bersilat gayung di dapur agak limited...bukan tak masak langsung..memang ada memasak tetapi tak snap picture pun dan terkadang menu berulang..masak pun simple dimple je janji perut anak-anak kenyang...bukan tak rindu pada dapur dan blog WAWMC tetapi ada tuntutan yang lebih penting. Target mieza ialah nak grad dalam masa 3 tahun..tatau la mampu ke tak...mieza harap sudilah kiranya semua pengunjung setia WAWMC mendoakan mieza dalam kembara ilmu ini..insya Allah...



Disebabkan esok mieza akan ke Penang (mieza belajar di USM sekarang ni) kerana menghadiri Colloquium pelajar postgraduate di sana selama seminggu pada minggu hadapan jadi hari ni diluangkanlah sedikit masa memasak beberapa lauk kegemaran suami dan anak-anak...seminggu mieza tak der dah kompom dah depa makan kedai je..

Suami mieza sangat suka makan siakap bakar..jadi hari ni kita back to basic...ikan bakar dengan air asam.


Simple je penyediaan ikan bakar ni..mieza tumbukkan garam kunyit bersama 2 ulas bawang putih dan lumurkan pada ikan. Kemudian mieza balutkan dengan beberapa helai daun kunyit dan dibakat di atas pan sahaja. Siapa yang ada magic pan mungkin lagi senang lagi cara menyediakannya.


Ikan bakar mesti lah ada air asam. Hari ni mieza sediakan air asam utara sebagai pelengkap.

AIR ASAM UTARA

Bahan dihiris
2 biji cili besar
5-6 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 biji tomato

Belacan - sebesar ibu jari
1 sudu besar kerisik
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar jus limau nipis
Garam dan gula

Caranya:
Gaulkan kesemua nya sekali dan rasakan masam manis dan masinnya.


Selamat mencuba..suami makan bertambah-tambah hari ni..

Tuesday, August 5, 2014

Salam Aidilfitri

Ucapan Minal Aidil Wal Fa'izin dari mieza dan keluarga...jom tengok beberapa gambar raya kenang-kenangan keluarga kecil kami...
Tahun ni mieza beraya di umah mentua di Alor Setar..Semoga Allah SWT panjangkan usia kami agar dapat kami bersama merayakan Aidil Fitri yang mulia ini lagi pada tahun hadapan..inshaa Allah..

.
Keluarga kecil Mieza...entah bila akan bertambah ahli keluarga..
Adik-adik sebelah suami...tahun ni tema merah..


Semoga kasih sayang ini berpanjangan..
Anak-anak yang sentiasa teruja berhari raya
   
3 generation!





Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...