Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Sunday, November 24, 2013

Abok-Abok Sagu

Cuti sekolah dah bermula...wahhh seronok kan...walaupun mieza tak bercuti tapi keseronokan tetap terasa..yang paling seronok anak-anak lah..tak payah bangun pagi..boleh lah berperam dalam selimut kan...bila hari hujan lagi lah best melingkar dalam selimut...jeles kan..huhuu

Bila cuti begini ramai yang bawa anak-anak bercuti...buka je FB banyak sekali gambar yang rakan-rakan post...ada yang bercuti di Bali, Bandung, Hong Kong Disneyland..malah ada yang ke London...

Yang bercuti dalam negara pun tak kurang juga hebatnya...ada yang ke Langkawi, ke Legoland di Nusajaya..Penang....hmmmm ke mana kawan-kawan mieza nak bawa anak-anak bercuti kali ni? Masih sedang menimbang-nimbang nak ke mana kali ni...mungkin kali ni mieza akan bawa anak-anak ke Pulau Pinang...depa tu belum pernah ke Bukit Bendera...tapi sebelum melancong meh kita minum petang makan kuih abok-Abok Sagu ni...


Dah lama sebenarnya teringin nak buat kuih ni..kali pertama makan di sebuah restoran di Melaka tahun lepas..bila makan hmmm sedapnya kuih ni..terus tanya tuan kedai tu apa nama kuih ni dan mieza diberitahu nama kuih abok-abok...baru mieza nak ambik bungkusan kedua, errrr dah habis...wahhhh kecewanya...bila balik umah terus mieza gudel resepinya..dan Pak Cik gugel memang sahabat yang baik sentiasa available dengan apa mieza cari...



Ini lah hasilnya kerja tangan mieza, first time buat jadi banyak lah cacat cela...tapi tak per, ini namanya proses pembelajaran...mieza agak frust la hehehe

Pertama: mieza ke pasar nak beli kelapa parut, sampai-sampai je di kedai jual kelapa terpampang nota "kelapa parut dan santan sudah habis" wah wahhhh agaknya hari ni ramai sangat orang nak masak lemak je...jadi mieza hanya pakai je kelapa parut yang available dalam peti ais uhukkksss

Kedua: mieza rendam sagu agak lama...1/2 jam mieza rendam sebabnya sambil-sambil masak lunch, jadi terlajakkkk rendam alkisah sagu dah terlebih kembang ahakkkss

Ketiga: mieza terlebih kukus...uhukkksss resepi asal kata kukus selama sejam...mieza kukus 1/2 jam dan kemudian cek..alamakkkkkk dah overcook! Tapi tapi tak per sebab may be resepi asal kukus lama sebab dia buat saiz besar-besar...bukan resepi yang salah tau...sebab lain pengukus dan lain saiz abok-abok lain lah pula masa mengukusnya..

Tapi nota penting, kalau dah rendam lama jangan kukus lama-lama sangat nanti overcook tak syokkkkk...dan jangan sesekali putus asa...kena cuba lagi dan lagi dan adjust mana yang patut untuk mendapat kan tekstur yang sedap hmmmmm


KUIH ABOK ABOK SAGU

Bahan-bahan
1 cawan sagu biji
1 cawan kelapa parut muda
Gula melaka secukupnya diracik-racik
Secubit garam
Daun pisang
Pencungkil gigi

Cara-cara:
1. Sagu di bahagikan kepada 2 bahagian dan direndam selama 15 minit. Satu bahagian diletakkan pewarna hijau dan satu lagi diletakkan pewarna merah/pink. Sementara itu, panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.
2. Setelah 15 minit, toskan air dan sagu digaulkan rata dengan kelapa parut dan sedikit garam.
3. Koyakkan daun pisang selebar 2 tapak tangan dan bentukkan kon.
4. Sudukan sedikit adunan hijau dan masukkan ke dalam kon daun pisang. Tekan dan ratakan.
5. Masukkan 1 sudu kecil gula melaka racik dan masukkan ke dalam kon (gula melaka berada di atas sagu hijau).
6. Kemudian masukkan pula 1 sudu besar sagu merah. Ratakan. Tutup kemas kon dan semat dengan pencungkil gigi. Ulang hingga habis.
7. Kukus sago selama 15-20 minit. Biarkan kuih sejuk sebelum dimakan.



Kalau susah untuk mendapatkan daun pisang boleh juga dikukus di dalam acuan. Jika nak senang makan dan kiut miut penyediaannya boleh lah dikukus dalam acuan lompang.


Tu dia kuih abok abok mieza yang kekurangan kelapa parut...uhukksss...tapi tetap licin dibedal anak-anak...
KEBAHAGIANMU KEGEMBIRAANKU ^__^

Tuesday, November 19, 2013

Temui Mieza di Iklan Simplot Simply Sedap @ TV3

Assalamualikummm...salam sayang...
Alhamdulillah..setelah sebulan mieza di'kurung' di hotel EDC-UUM kerana berkursus akhirnya tamat juga pada Jumaat lalu..happynya kemain lagi sebab dapat balik umah di Tg Malim dan bersama dengan family dan yang paling best mieza dapat 'bersilat' di dapur mieza yang kecil itu...wah wahhh rindunya pada dapur itu...tapi hari ni mieza tak nak cerita pasal masak-masak...tapi masih lagi ada connection dengan food...mieza nak cerita tentang penglibatan mieza dalam penghasilan clip iklan Simplot Simply Sedap..

Haaaaa...dah tengok ke belum? Ke tak perasan pun mieza dalam iklan tu? Tapi kalau tak perasan pun mieza paham, mieza bukan retis glamer ahakkkssss..

Bagi yang belum tengok..boleh klik kat bawah ni..


Ini adalah kali kedua mieza masuk TV..
Teruja?

Mestilah teruja..sebab tak pernah mimpi pun nak masuk TV..kali pertama masuk TV masa TV3 siarkan berita tentang pertandingan masak anjuran Simplot dan Phillips pada bulan Jun yang lepas..berita tu disiarkan menerusi slot Malaysia Hari Ini...kali kedua tentulah penglibatan mieza dalam clip iklan ni..clip berdurasi 15 saat ini mula disiarkan minggu lepas dan akan ke udara di TV3 sehingga hujung Disember 2013...bagi yang tak sempat nak catch clip tu, boleh tengok kat atas tu..

Mieza ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada E-Laine (Regional Commercial Marketing manager) dan K.K. Saw (Simplot Commercial Marketing Assistant Manager) kerana sudi 'pinang' mieza untuk penghasilan clip ini..masa tu mieza tengah berkursus di Bangi di dalan bulan puasa tetiba dapat email dari KK...penuh teruja, kami meet-up one day kat ofis Simplot dan selepas berbincang dengan suami, mieza bersetuju untuk melibatkan diri kerana shooting untuk clip ini tidak mengambil masa yang lama dan tiada skrip untuk dihafal...apa mieza cakap adalah apa dialami setiap hari...dan Alhamdulillah setelah 1/2 hari shooting, clip ini kini telah ke udara...TQ juga buat KK sudi belanja anak mieza makan KFC sebab dia dah nangis kepenatan shooting yang asyik kena retake hahah..maklumlah amatur!

Terima kasih juga kepada production krew yang semuanya friendly dan sudi cuci dapur mieza sampai bersih...nescafe tarik you all memang the  best..sedap sangat...do keep in touch!

Alhamdulillah setelah clip itu dikeluarkan hit blog WAWMC juga semakin meningkat sebab kat clip tu ada di tuliskan URL ke blog WAWMC..yang paling seronok anak-anak mieza lah..kat sekolah cikgu dan rakan kemain lagi bertanya..macam artis pulak hahaha

Nak ke udara lagi tak next time? Ini lah soalan yang banyak mieza terima melalui fb mahupun email mahupun lisan..jawapan mieza...tentulah nak jika diberi kepercayaan lagi...mieza teringin nak melibatkan diri dalam rancangan masak-masak!

Dalam clip tu juga disiarkan gambar dish yang mieza masak sempena pertandingan masak-masak Simplot hari tu...apa dishnya?

Taraaaaa...ini lah dia dishnya yang diberi nama Hashbrown and Chicken Sausage Mini Casserole..mieza akan post recipenya dalam entry yang akan datang...tunggu tauuu


Salam sayang...muah muahhhhh!






Monday, November 11, 2013

Baked Elbows with Carbonara Seafood

Assalamualaikum..salam sayang salam rindu dari mieza..sebulan mieza tinggalkan blog ni..bermaksud sebulan jugalah mieza tak masak..rindu pada dapur jangan cerita la kan...
Kenapa mieza tak masak?
Dapur mieza rosak?
Gas abis?
Dah abis idea?
Mabuk mengandung?
Dah abis idea?



Hahaha..semua tu bukan..itulah soalan yang mieza dapat dari email...bukan..bukan sebab semua tu..sebabnya mieza terpaksa berkursus di UUM, Kedah selama sebulan..insyaAllah Jumaat tamatlah sebulan mieza di UUM...memang jadual pack sangat sampai tak der masa nak update blog...dah abis kelas pukul 10.30 malam, mata ni dah layu la pulak..alhamdulillah malam ni speaker cancel kelas...boleh la post resepi yang dah lama ni...

Jom kita zaaaaazzzz resepi nya..

BAKED ELBOWS WITH CARBONARA SEAFOOD

300 gm elbows - boleh pakai pasta jenis apa pun..ikut suka..
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar - dadu
1 biji cili benggala - dadu
2 sb minyak zaitun
1 tin sos carbonara - mieza guna preggo
1 tin cream of mushroom - mieza guna heinz
1 keping ikan salmon
1 biji lemon
Sedikit serbuk lada hitam
100 gram udang - buang kulit
Mozarella cheese
Parmesan cheese
2 st daun herba campuran (oregano/rosemarry/thyme)
Garam gula secukupnya.

Cara-cara:

1. Rebus pasta hingga lembut, tos air dan ketepikan.
2. Perap ikan salmon bersama sedikit garam, serbuk lada hitam dan perahan jus lemon. Kemudian pan grill hingga masak. racikkan isinya dan asingkan tulang. Ketepikan.
3. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga perang. Kemudian masukkan isi udang dan masak seketika hingga udang masak dan agak perang.
4. Masukkan pula cili benggala yang telah didadu dan masak hingga cili layu.
5. Seterusnya masukkan sos carbonara dan krim cendawan/ayam. Boleh tambah sedikit air jika sos terlalu pekat.
6. Masukkan pula isi ikan dan herba campuran. Rasakan masin manis. Jangan letak garam dulu sebab krim cendawan sudah agak masin. Jika masih tak cukup masin baru masukkan garam.
7. Akhir sekali masukkan pasta dan gaul rata.
8. Sediakan bekas kaserol untuk membakar. Panaskan oven 180'C. Gris loyang dengan butter. Masukkan adunan pasta dan jadikan layer pertama. Taburkan keju mozarella dan parmesan di atasnya. Kemudian sendukkan adunan pasta dan begitulah seterusnya diakhiri dengan layer keju paling atas. (pasta-keju-pasta-keju)
9. Bakar dalam oven selama lebih kurang 15 minit atau sehingga lapisan keju keperangan. Sesuai untuk hidangan minum petang :)



SELAMAT MENCUBA...
Temui mieza di iklan produk Simply Sedap Simplot di TV3 :)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...