Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Tuesday, July 31, 2012

Puding Buah Peach

Aktiviti menghabiskan stok peach...kesian pula bila buah peach tu dah berhari-hari dok bertapa dalam fridge tu..bila berbuka bawa kuar dan makan satu dua slice..pastu masuk balik dalam fridge...mieza fikir kalau ditukar bentuk pic tu dari bentuk buah ke bentuk puding tentu cepat sikit habis nya kan..hehehe


Oleh kerana cuma ada 4 halves je pic tu maka mieza cuba la resepi pudding yang dari buku Chef Hanieliza yang dimiliki oleh anak sedara mieza ni...bila keempat-empat halves mieza dadukan dan dihumban dalam puding maka tak der lagi balen nak deco puding..fruit lain pun tak de gak hahaha..jadi puding mieza togel he hihihi...suami mieza sangat sukakan coklat..jadi mieza tuangkan sirap coklat hersye's...emmmm lazat sangat! Dan puding ni juga adalah acara pecah dara acuan silicon rose  kiriman anak sedara mieza yang sedang belajar kat Warwick Univeristy kat UK nun..cantik sangat bentuk rose ni...terima kasih dear sebab belikan silicone mould ni...muah muah muahhh


Oleh sebab  stock pic cuma ada sikit..maka mieza cuma buat 1/2 sahaja dari adunan resepi chef hanieliza ni...dapat 6 biji yang acuan rose dan 3 biji acuan yang satu lagi tu..cukup-cukup je untuk family mieza..Alhamdulillah...cuma next time mieza rasa mieza nak blend sebahagian dari buah pic tu dan dimasukkan sekali ke dalam adunan puding...


PUDING BUAH PIC
Recipe: Chef Hanieliza dari buku 1 hari 1 resepi
Source: Mieza @ WAWMC

10 gm serbuk agar-agar - mieza guna agar-agar serbuk dalam paket brand abc
4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair - mieza guna susu Ideal
2 tin buah peach - dipotong dadu



Cara-cara:

1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakan sehingga mendidih. Tutupkan api.
2. Masukkan susu cair dan potongan buah pic. Kacau rata
3.Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan. Mieza guna silicone mould
4. Hidangkan bersama lebihan buah pic atau lain-lain buah-buahan koktel. mieza tuangkan sirap coklat ke atas puding untuk mendapatkan kelainan..


SELAMAT MENCUBA ^__^

Monday, July 30, 2012

Kari Asam Ikan Tenggiri

Sewaktu mieza membeli ikan tenggiri ni terkejut sebenarnya bila melihat harganya...mahal ye harga ikan sekarang...no wonder lah bila beli lauk yang dah siap kat kedai tu kemain lagi mahal..sebab bahan mentahnya pun dah mahal..rasanya dulu tak semahal sekarang..bila ke pasaraya untuk membeli ikan tenggiri ni...mieza dengan konfidennya mengangkat 2 keping ikan tenggiri..sekali bila timbang..hah tu dia! RM10 untuk 2 keping..keesokan harinya jiran mieza beli juga..2 keping = RM12..adakah barangan kita semakin mahal atau duit kita yang semakin turun nilainya..tapi sebab teringin nak makan beli juga lah hahahhaa...dalam perjalanan balik mieza call hubby nak makan apa dengan ikan tenggirinya..dia sangat suka makan asam curry fish di Chicken Rice Shop...katanya "Leh tak u masak asam curry fish macam kat Chicken Rice Shop tu?"..mieza tak pernah masak asam curry fish sebenarnya..selalunya mieza buat asam pedas biasa tu yang tak letak curry...setelah berjalan ke sana sini di blog masakan..mieza dapati ada dua version..satu yang letak santan dan satu version yang tak letak santan...untuk kali ni mieza decided nak cuba yang bersantan...


Bila makan curry asam fish ni teringat kat kawan mieza yang dah pun transfer ke Mukah Sarawak...dia selalu bawa curry asam fish ke opis..tapi asam fishnyer fullamakkk berasap sebab dia ni orang Melaka...tapi sedapppp sangat...resepi ini pun mieza rujuk resepi yang ditinggal olehnya dan juga beberapa resepi lain..

KARI ASAM IKAN TENGGIRI
Source: Mieza @ WAWMC

1 keping ikan tenggiri
1 biji buah tomato - belah 4
1/2 cawan air asam jawa
2 batang serai - ketuk
2 sb serbuk kari ikan - jadikan pes
3 tangkai daun kari
4-5 tangkai daun kesum
5-6 biji bendi - mieza tak der stok, mieza ganti timun
1 sudu kecil halba campur
1 kuntum bunga kantan - belah 2
1 mangkuk santan

Bahan kisar:
Belacan - sebesar ibu jari
6-7 biji  cili kering - kalau suka pedas boleh lebihkan
5-6 biji  bawang merah
3 biji bawang putih
1 cm kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 biji buah keras




Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis daun kaun kari, serai dan halba campur hingga wangi kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga hingga pecah minyak.
2. Masukkan pes kari dan tumis lagi hingga garing.
3. Tuangkan air asam jawa dan renehkan seketika.
4. Masukkan santan, ikan, bunga kantan dan daun kesum. Didihkan hingga ikan masak dan kuah mendidih serta pecah minyak.
5. Rasakan garam gula. akhir sekali masukkan bendi da  tomato dan biarkan seketika hingga bendi empuk.



Alhamdulillah..turn out sedap resepi ni..hubby pun makan banyak sangat..insyaAllah lain kali kita cuba dengan ikan lain pula..ikan pari pun sedap kan...may be next time kita cuba asam kari tanpa santan pula :)

SELAMAT MENCUBA

Sunday, July 29, 2012

Nasi Tomato

Kalau semalam mieza tayang lauknya iaitu Ayam Tomato Padang..hari ni mieza tayang pula nasi nya..songsang ekkk? Hahahah selalunya orang tayang nasi dulu pastu baru tayang lauk...tak per tak per ini songsang tak dosa hahahah

Di kesempatan ini mieza ingin mengucapkan selamat datang kepada beberapa orang follower baru..terima kasih kerana sudi follow blog mieza yang tak seberapa ni..insyaAllah malam ni mieza akan buat kunjungan balas dan follow kawan-kawan juga..terima kasih...


Pagi tadi lepas mandi, basuh kain dan jemur semua kain yang dibasuh hubby ajak ke Jusco Rawang...katanya nak beli sling bag..sekarang kan trend orang laki pun pakai sling beg...cuma depa punya tak la kaler pink macam kita punya..Adnin juga bising beg sekolah dia dah putus tali..so i agreed to go to Jusco today thou' i had sooo many menu in my cooking list...haiyyyaaa kena tunda lagi lah nampaknya nak mencuba puding coklat oren yang dah lama dok aim...tak per lah kan janji family happy...mieza suka ke jusco Rawang sebab ikan salmonnya segar dan besar, daging tempatannya murah dari pasar malam...kat Jusco jual Rm23/kg kalau kat pasar malam RM28 youuuuuuu...mahal kan..tunggu kemunculan resepi daging lak ye di blog WAWMC...^__^


NASI TOMATO
Recipe & Source : Mieza @ WAWMC

(Untuk family of 5 - Suami isteri dan 2 orang anak..baby tu cuma makan sesuap dua je hehehe)
3 pot beras basmathi - cuci dan rendam selama 20 minit
1/2 tin tomato sup - mieza guna brand Heinz
1/2 tin susu cair - mieza guna brand Ideal
2 tangkai daun pandan - disimpul
Garam secukup rasa
Minyak sapi untuk menumis

Bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3-4 biji buah pelaga
4-5 kuntum bunga cengkih

Bahan hiris
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Hiasan:
Daun bawang
Bawang goreng
Gajus panggang
Kismis


Cara-cara:

1. Beras yang telah direndam ditoskan airnya dan dimasukkan ke dalam periuk elektrik.
2. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bahan hiris dan bahan tumis hingga wangi dan bawang keperangan.
3. Masukkan tomato sup dan kacau seketika.
4. Tuangkan bahan tumis ke dalam periuk elektrik yang mengandungi beras. Masukkan susu cair, air secukupnya, garam, dan daun pandan yang disimpul. Kacau rata.
5. Tanak seperti memasak nasi biasa.
6. Semasa menghidang, hiaskan dengan bahan hiasan yang digemari.

Saturday, July 28, 2012

Ayam Tomato Padang

Bila ke wet market last wiken mieza nampak ikan semua kecik-kecik...agaknya ikan pun puasa kot hahaha...kata fishmonger kat situ bulan gelap sebab tu ikan kecik...niat di hati nak beli ikan pari..suami tu suka sangat dengan ikan pari bakar..jika dibakar ikan pari dan dicicah air asam memang bertambah-tambah lah makan berbuka dia..tapi bila berjalan dari satu gerai ikan ke yang lain semuanya ikan kecik-kecik dan tak ada ikan pari bunga yang saiz sederhana..at last mieza cuma beli sotong dan udang dan juga seekor ayam..kat umah mieza ni depa lagi prefer seafood dari ayam...kalau nak masak ayam kena digorreng dulu dan mesti berkuah pekat...jenuh mieza perah otak nak masak apa dengan ayam yang dibeli...jadi mieza improvised mana-mana resepi yang pernah mieza cuba untuk come up with sumthing new and different for the family..alhamdulillah it turn out good and delicious and it has become everyone' fav now..kebetulan hari tu mieza masak nasi tomato...jadi mieza hidangkan ayam tomato padang ni dengan nasi tomato...


AYAM TOMATO PADANG
Recipe & Source: mieza @ WAWMC

1/2 ekor ayam - potong 6 atau ikut saiz kegemaran
2 cm kunyit hidup
Sedikit garam
3 ulas bawang putih

Bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3-4 biji buah pelaga

Bahan hiris nipis
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan kisar
6-7 tangkai cili kering - jika suka pedas boleh tambah lagi
2 biji bawang besar
1 inci halia


Bahan lain:
Sedikit minyak sapi untuk menumis

1 cawan susu cair - mieza pakai brand Ideal
1/2 tin tomato sup - mieza guna brand heinz
2 helai daun pandan
1 kiub ayam knorr
Daun bawang - dipotong sepanjang 1 cm untuk ditabur
1 biji cili merah - hiris nipis untuk ditabur
Garam gula secukupnya




Cara-caranya:

1. Tumbuk kunyit, bawang putih bersama dengan sedikit garam dan lumurkan pada ayam. Goreng ayam hingga masak. Tak perlu garing sangat. angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali yang berasingan, panaskan minyak sapi dan tumis rempah tumis dan bahan hiris hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Bila bahan kisar sudah garing masukkan tomato sup dan daun pandan. Kacau seketika.
4. Tambahkan susu cair, garam gula dan juga kiub ayam knorr. Masukkan ayam dan gaul sebati dengan kuah. Renehkan seketika hingga kuah pekat.
5. Angkat dan taburkan hirisan daun bawang dan hirisan cili merah.
6. Sedap dimakan dengan nasi tumis mahupun nasi putih.


Alhamdulillah...semuanya licin..pada pendapat mieza memasak ni kena kreatif dan pandai improvised..tak perlu kita stick to the original resepi jika perlu ditambah baik mengikut selera  kita kerana selera manusia sangat unik...selamat mencuba dan salam sayang Muah muah mmmmuahhhhhss ^__^

Friday, July 27, 2012

Chocolate Chip Bread Pudding

Salam Hari Jumaat semuaaaa...
Mesti semua hepi kan sebab esok cuti selama dua hari...waaaa beshnyer..mula lah mieza berfikir-fikir nak masak untuk hujung minggu...seronok sikit sebab hujung minggu mieza berpeluang untuk sepenuhnya masak juadah berbuka dengan air tangan sendiri...kalau hari kerja tu mieza cuma masak nasi dan goreng ayam sahaja..sementara kuah dan kuih kebanyakannya mieza beli..kalau sibuk sangat dan badan pun dah letih lepas balik kerja..mieza cuma masak nasi..kemudian mieza dan suami akan ke bazar yang cuma kat depan umah mieza..jalan kaki 3 minit je...untuk beli ikan bakar ke..ayam panggang ke..kuih muih etc...jadi bila wiken mengunjung mieza teruja lebih hahahahah


Bread pudding ni memang kegemaran hubby...2 entry yang lepas mieza tayangkan Caramel Bread Pudding...hubby tak suka yang kukus begitu..dia suka yang baked...jadi panjang lah muncung dia sebab tak buatkan kegemarannya hahahah.. mieza mencuri waktu break lunch di pejabat untuk jalan-jalan mencari kelainan untuk menyediakan bread pudding di blog kawan-kawan...tersinggah umah kak ita yang memang mieza suka tu..walaupun mieza memang jarang tinggal komen sebab segan kat kak ita..maklum la mieza ni baru belajar..rasa segan dengan kak ita hahaha...bila ternampak je resepi ni kat umah kak ita terus mieza cuba..alhamdulillah hubby memang suka sesangat...jangan tak percaya kalau mieza katakan loyang saiz 8 inci ni 3/4 nyer dibedal oleh suami ku sorang....now it explains his body weight huh..hihihi tak per la kan Ramadhan sekali je setahun ^__^


Mieza bakar dalam loyang 8 inci..walaupun resepi kata pakai loyang 9 inci..tapi oleh sebab mieza nak kan pudding mieza agak tinggi dengan menggunakan sukatan yang sama maka mieza pakai loyang 8"..bila keluar je dari oven wawa yang berpuasa yang yok itu tak sabar-sabar nak makan...tapi dia tak gak leh makan..sebab tak posa maka dia kena tunggu gak makan sesama dengan orang yang berpuasa...maka panjang lah mulut si anak dara mieza yang baru berusia 5 tahun itu..



Bila mieza dera dia begitu..maka semalam dia pun berpuasa la..alahai kesian la pulak mieza sebab dia tak bersahur...bila mieza pick dia from her kindy at 12 noon yesterday..dia kata "Mama, hari ni wawa tak makan sebab wawa nak posa"...kesian pula mieza tengok dia keletihan..first time dia berpuasa...lepas balik sekolah wawa tengok TV kejap then dia tertido..bila dia bangun pukul 5.30 petang dia menangis kelaparan dan mintak nak makan...wahai anak...kalau wawa mintak nak makan pukul 12 noon tadi memang mama izinkan tapi sekarang cuma tinggal 2 jam je lagi nak berbuka...sayang sangat kalau nak berbuka...sabar lah wahai anak...mieza pujuk wawa untuk tido semula..tepuk-tepuk punggung dia..dia terlelap balik...terjaga balik sejam kemudian...menangis lagi...merengek-rengek cakap lapar..terus mieza suruh dia mandi dan main dengan sponge bob dalam bilik air...Alhamdulillah..selepas berkali-kali dipujuk akhirnya wawa selamat juga berpuasa selama sehari semalam...dan hari ni wawa berpuasa lagi...alhamdulillahhhhh...


CHOCOLATE CHIP BREAD PUDDING
Source: Nigella Lawson & Kak Ita Masam Manis
Source: mieza @ WAWMC

250 gm roti - anggaran 8- 10 keping
500 ml susu cair
125 ml double cream- mieza tak der stok, mieza ganti dengan yogurt
40 gm gula perang - ita tambah 20 gm lagi- mieza pun
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila - ita tambah, mieza follow
100 gm choc chip
2 sudu gula pasir - untuk tabur atas puding




Panaskan oven 170 C
Sediakan loyang berukuran 23 cm atau 9 inc
Leserkan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
Boleh juga  gunakan  ramekins atau casserole.

Roti di potong kecil
Ita bakar dulu roti tu sekejap supaya roti tidak terlalu lembik bila direndam. Dan kita juga akan dapat tekstur puding yang agak padat.
Susun roti dalam loyang, atau ramekins atau casserole.
Taburkan 100 gm choc chip.



Dalam satu bekas yang lain kita satukan, susu, double cream, gula perang, telur dan esen vanila.
Pukul sehingga adunan rata.
Tuangkan perlahan2 atas roti tadi supaya ia meresap dalam roti.
Teka-tekan rori supaya ia meresap adunan.
Biarkan roti terendam sebentar selama lebih kurang 20 minit
Taburkan gula pasir atasnya.
Bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 40 minit
Sedia untuk di hidangkan.

Update...
mieza terlupa nak postkan resepi vanilla sauce tu..hinggalah ada pengunjung bertanya kat comment box pasal sos vanilla tu...maaf banyalk-banyak ye dear...jom tengok resepo sos vanila yang mieza selalu buat..


VANILLA SAUCE
Recipe: Mieza @ WAWMC

1 tini susu Ideal
2 sb tepung custard - mieza guna brand Custard Bird
3-4 sb gula - ikut suka tahap manis

Cara-cara:

1. Bancuh tepung kastad dengan sedikit susu cair hingga sebati.
2. Masukkan bancuhan tepung kastad, baki susu cair dan gula ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga sos agak pekat.
3. Tutup api dan biarkan sos sejuk sedikit sebelum dituang ke atas puding. Boleh juga disimpan sejuk.

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, July 25, 2012

Puding Jagung Lapis Biskut

Assalamualaikum wbt...semua sihat-sihat ke pengunjung WAWMC hari ni?
Kalau sihat alhamdulillah syukur..mieza je yang tak sihat...dah hampir seminggu terbatuk-batuk dan sakit tekak walaupun dah ke klinik tapi tak baik gak...may be sebab bulan posa kita tak leh minum air..harapkan air yang diminum semasa berbuka dan bersahur je lah...hari ni suara terus tak kedengaran...tu yang mc hari ni..rasa tak larat pula nak ke ofis..kalau kerja nanti kena bagi lecture..tapi sora tak der..sian pula kat students dengar pensyarahnya meneran-neran nak bagi sora keluar...nampak gayanya kejap lagi mieza kena keluar juga ke klinik untuk ambik mc...waduhhhhh..

 

Sudah lah begitu pagi tadi hampir-hampir terbabas waktu sahur..alkisahnya semalam lepas berbuka mieza  terus tido sebab tak larat dan badan rasa tak sihat...alarm pula di set pada handphone..alkisah phone abis bateri semasa mieza sedang nyenyak tido...bila terjaga pagi tadi teringin nak tengok hp...tengok-tengok hp dah padam...terus kejutkan hubby nak tanya dah pukul baper..sekali dah pukul 530 pagi daaaaa...haiyaaaa punya lah kelam kabut check takwim hari ni subuh pukul 5.51...terus kejutkan anak sulung...masuk dapur tak sempat dah nak wat apa kecuali goreng telur dadar dan makan je nasi puith dengan telur dadar dan serunding daging huwaaaaa rasa sedih sangat....terus rasa geram kat semua ahli umah sebab hanya depends kat mieza untuk kejutkan depa..hp masing-masing tak set alarm...kan kalau suami dan anak juga set alarm untuk bangun tak der la terbabas..hahahahha...terus mieza kata "semua orang dalam umah ni kena set alarm kat phone masing-masing supaya kalau phone mama kong phone korang masih berbunyi untuk kejut sahur" dan semua respond "yes MAM!" hahahahah padan muka korang! makan tergesa-gesa dan  makan yang sejuk sejuk je semua nya kakakakakaka...semoga puasa hari diberkati Allah insyaAllah..



Ramadhan ke 2 hari tu suami minta dibuatkan puding jagung..puding jagung memang kegemaran hubby..masa mieza balik kampung cuti sekolah yang lepas mieza tertengok resepi ni kat buku chef hanieliza yang dibeli oleh anak sedara mieza..teringin nak mencubanya..kemudian mieza nampak pula kat umah kak ita masam manis...terus mieza buatkan untuk hubby..alhamdulillah puding jagung ni lebih sedap bila di lapiskan dengan biskut....resepi yang mieza letak kat bawah adalah modified version selepas membaca komen kak ita di blognya...resepi asalnya menurut kak ita agak lembik dan manis..jadi mieza sudah kurangkan gula dan lebihkan tepung kastard..alhamdulillah...sedang elok kejadiannya ^__^



PUDING JAGUNG LAPIS BISKUT
By : Chef Hanieliza -Buku masakan 1 Hari 1 Resepi
Source: Kak Ita @ Masam Manis

Source : Mieza @ WAWMC

 
1 1/2 cawan jagung krim
1 tin susu cair
1 cawan air
3/4 cawan gula
3 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan butter
secubit garam
Biskut keju tawar secukupnya
Buah koktail secukupnya





Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan kecuali butter, biskut dan buah koktail, kedalam periuk dan masak atas api sederhana.
2. Sentiasa kacau sehingga adunan kelihatan pekat dan likat.
3. Masukkan butter dan kacau lagi hingga adunan berkilat
4 Sediakan loyang ukuran 8 inci bentuk 4 segi dan oleskan dengan sedikit butter.
5. Tuangkan sesenduk adunan ke dalam loyang dan ratakan
6. Susunkan kepingan biskut atas lapisan tadi
7. Tuang semula lapisan kedua dan lakukan kaedah yang sama hingga adunan habis
8. Sejukkan dalam peti ais. Hiaskan dengan buah-buah koktail dan sedia untuk dinikmati.

Sunday, July 22, 2012

Kek Chiffon Peppermint

Eh eh awal pulak mieza bersiaran hari ni..hehehe nampak benor malas nak wat kerja lain kan heheh padahal dalam sinki tu bertimbun pinggan mangkuk yang bersahur tadi belum dibasuh..tak per la ekkk bukan nye kita nak makan lunch pun kan...janji sebelum maghrib kita basuh..ahakkssss..excuse bila nagin M datang...mieza on lappy awal-awal pagi sebab dok google resepi yang mieza nak masak petang ni..terus salin bahan-bahan sebab jap lagi bila kedai dah buka mieza nak kedai membeli bahan masak sikit...anak-anak semua dok lepak-lepak depan TV layan Boboiboy..suami lak tengah kopek kelapa..apa la dia nak suruh mieza masak petang ni heheheh..kekadang pagi-pagi ni bukan main lagi plan nak masak itu dan ini..bila datang petang kang masak yang lain dari yang dirancang hahahaha

Haaaa dah puas dah tengok kek chiffon ni? Terliur tak? Waaa sedap sangat kek cipon ni tau..ekceli ni kali kedua mieza wat kek chiffon...kali pertama buat dulu dia turun balik dan jadi bingka hahahaha...biasala kan kali pertama buat tak jadi..kemudian mieza jenguk 6-7 resepi sebelum mieza decide nak ubah suai semua resepi dan come up dengan revised version...my version...alhamdulillah menjadi elok...sukanya mieza tidak terhingga...bila mieza tayang kek cipon ni kat fb ada kawan mieza yang tinggal kat mekah nun mintak resepi....buat Kak Mahnun Ibrahim di sini mieza postkan resepinya...harap kak Nun sudi mencuba..insyaAllah kak, kek ni elok kejadiannya..gebus gebas rasanya...tak boleh nak berhenti makannya sambil tengok cerekarama Perempuan Neraka kat TV3 semalam...


Resepi yang mieza ubah suai ini tidak menggunakan telur yang terlalu banyak..hanya 5 biji sahaja..dengan menggunakan loyang saiz 20 cm sedang elok dia naik tinggi..tidak melimpah...suami minta dibuat kek chiffon coklat pula..insyaAllah kalau rajin petang ni mieza akan buat kek chiffon coklat pula..tungguuuuuuu


KEK CHIFFON PEPPERMINT
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan A:
100 gm tepung naik sendiri - mieza guna brand bluekey
1/2 sk baking powder
5 biji kuning telur - saiz A
60 gm gula kastor
5 sb minyak canola/sunflower
130 gm yogurt
Sedikit pewarna hijau
1 sk perisa peppermint


Bahan B:
5 biji putih telur - gred A
100 gm gula kastor
1/2 sk cream of tartar

Cara-caranya:

1. Panaskan oven 170'C mode fan assisted. Kalau tak ada oven fan assisted pun tak apa. Cuma mungkin masa membakarnya akan menjadi lebih lama dari oven fan assisted.
2. Sediakan adunan B. Masukkan telur putih dan gula kastor ke dalam mixer elektrik. Pukul hingga berbuih. Kemudian masukkan cream of tartar dan pukul lagi menggunakan kelajuan paling tinggi sehingga kental. Jika bekas diterbalikkan telur tidak akan jatuh. Pukul lebih kurang 10 minit.

 3. Sementara mixer memukul telur putih kita boleh sediakan  bahan A. Di dalam mangkuk besar, pukul telur kuning dan gula dengan menggunakan hand whisk sahaja (tak perlu pakai mixer elektrik) sehingga gula larut. Kemudian masukkan minyak. Pukul sebati.
4. Ayak tepung dan serbuk penaik kemudian masukkan ke dalam mangkuk adunan telur kuning. Kacau hingga sebati.
5. Titiskan pewarna hijau dan masukkan juga perisa peppermint. Kacau sebati. Ketepikan.


6. Apabila telur putih sudah kental, berhenti memukul. Sendukkan 1/3 daripada adunan B ke dalam adunan A. Kacau perlahan-lahan dengan menggunakan spatula getah hingga adunan A dan B sebati.
7. Kemudian masukkan kesemua baki adunan B ke dalam adunan A dan gaul sebati. kacau perlahan-lahan sebab jika kacau laju nanti angin di dalam telur putih akan keluar dan akan menyebabkan kek chiffon bantat. Kacau dengan penuh kasih sayang ^__^
8. Tuangkan ke dalam acuan yang sesuai. Acuan tak perlu disapu butter ataupun dialas kertas baking..jika disapu butter kek akan jadi berpinggang.
9. Bakar selama 30 minit atau hingga dicucuk lidi di tengahnya dan adunan kek tidak melekat.
10. Bila kek dah masak, keluarkan dari oven dan cepat-cepat terbalikkan tin kek. Biarkan kek sejuk dalam keadaan dia terbalik. Ini untuk mengelakkan kek chiffon dari turun.
11. Bila kek dah sejuk, gunakan pisau yang tajam dan kering dan sisipkan ke sekeliling acuan. Acuan kek chiffon seeloknya yang boleh tanggal dasar sebab dasarnya juga perlu disisipkan pisau untuk mengeluarkan kek.



Kak Nun, jika akak nak buat kek chiffon pandan, gantikan perisa peppermint tu dengan perisa pandan. Jika kak Nun nak buat kek chiffon oren pula gantikan perisa peppermint tu dengan  2 sb sanquick oren, 2 sb perahan air oren dan parutkan kulit oren ke dalam kek. Pewarna hijau tu pula akak gantikan dengan kaler oren.

 Gambar ihsan google

Kak Nun, ini pula acuan kek cipon yang mieza guna..acuan dia tinggi sikit sebab kek chiffon naik tinggi. Pilih yang dasarnya boleh dibuka.

Selamat mencuba Kak Nun Cayanggggg

Saturday, July 21, 2012

Caramel Bread Pudding with Sliced Peach - Iftar hari 1

Alhamudlillah...selesai juga sehari kita berpuasa hari ni..hari pertama selalunya kita terasa sangat akan keletihannya...kalau mieza hari kedua dan ketiga mieza akan jadi agak letih..tetapi bila masuk hari keempat dan seterusnya alhamdulillah perut pun dah boleh adapt dengan bulan puasa..

Hari ni rasa teruja lebih menyambut awal puasa..seronok gitu..dari pagi lagi dah ke pasar..seawal jam 11 pagi mieza dah dok buat apa yang patut kat dapur..bila masuk zohor mieza rehat jap untuk solat dan tengok TV dengan anak-anak..lepas asar je terus masuk dapur balik...bila masuk je waktu berbuka tu anak-anak semua excited kat meja makan..semua main cop cop nak makan puding ni dulu kata depa...


Caramel bread pudding ni mieza dah pernah masak dah dulu kat SINI..
Kali ni mieza tambahkan sliced peach sebab kebetulan ada buah peach yang dah lama dok tersimpan dalam pantry tu..sedap puding ni bila dimakan dengan peach...itu lah yang anak-anak bagitau mieza..alhamdulillah...


CARAMEL BREAD PUDDING
Source : Ct Delima @ DDCT
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair + 1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
1 sk Esen vanilla





Cara-cara:

1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.

2. Panaskan pengukus. Carik-carikkan roti kemudian blend bersama air suam dan susu dengan menggunakan blender.

3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak. (40min-1jam).


SELAMAT BERPUASA

Friday, July 20, 2012

Lemak Cili Api Ketam dan Brokoli...dan Salam Ramadhan Al- Mubarak

Assalamualaikum...salam Ramadhan Al Mubarak..alhadulillah kita diberi peluang sekali lagi untuk sesama menjalani ibadah puasa..seronok  nyer tak tahu macam mana nak cakap...tertunggu kedatangan bulan Ramadhan...mieza rasa sangat bersyukur kerana bulan Ramadhan adalah bulan kebahagiaan...jika 2 tahun lepas bulan Ramadhan mieza sambut dengan kerisauan dan kegelisahan kerana suami mieza diserang gastrik yang teruk...hanya bertahan untuk berpuasa selama 5 hari sahaja..dia tak dapat berpuasa langsung...walaupun bersahur dia tetap akan sakit..berkat kesabaran dan usaha berubat..alhamdulillah tahun lepas dia dapat berpuasa penuh..tapi dia rasa sangat uzur...jika di pejabat dia akan duduk je di meja dan hanya akan buat kerja yang ringan-ringan sahaja...bila balik lepas kerja pun dia tak larat nak tolong mieza di dapur..lepas berbuka sahaja dia akan terbaring sebab diserang kan angin gastrik...jauh sekali nak ke masjid untuk terawih kerana keuzuran...tapi tahun ni nampak keadaannya semakin baik..sejak seminggu yang lalu dia berkali-kali cakap dia dah janji dengan kawan satu pejabatnya untuk sama-sama terawih di masjid baru kampus UPSI di Proton City...nampak dia pun happy untuk sambut Ramadhan sebab kesihatannya makin baik..Alhamdulillah..mieza bersyukur..rasanya tak sabar mieza nak bersahur bersama suami dan anak-anak esok pagi...wawa yang berusia 5 tahun itu juga menanam minat yang tinggi untuk berpuasa penuh...Alhamdulillah..mieza ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua pengunjung WAWMC..semoga Allah lipatgandakan pahala ibadah kita di bulan yang mula ini...aminnn


Bila tengok lauk ketam ni mesti semua ingat ini lauk sahur mieza nanti kan..hahahah ini lauk lunch mieza minggu lepas...sibuk sangat mieza tak berkesempatan nak post resepinya kat sini...nak BW ke blog kawan-kawan juga mieza tak sempat sebab sesi pengajian semester baru baru saja bermula dan banyak sangat perkara yang perlu diuruskan...insyaAllah bila reda sikit kesesakan lalu lintas dalam diary mieza ni mieza akan buat kunjungan balas ke blog kawan-kawan..mieza harap kawan-kawan tak berkcil hati..mieza akan visit balik...insyaAllah...


Masak lemak ni lain sikit dari yang mieza pernah masak sebelum ni..semasa mieza mengawas peperiksaan akhir semester bulan lepas mieza bersembang dengan seorang rakan..katanya masak lemak sedap jika diletak brokoli especially masak lemak udang..oleh sebab mieza tak ada stok udang jadi mieza decided untuk buat lemak ketam letak brokoli...Alhamdulillah..sedap! Selalunya masak lemak cilli api kita akan masukkan kacang panjang atau timun atau rebung dan sebagainya...terima kasih buat Along Hidanah yang sudi share resepinya dengan mieza...



MASAK LEMAK CILI API KETAM DAN BROKOLI
Source: Along Hidanah
Source Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan
3 ekor ketam - cuci dan belah 2
Brokoli - dipotong kecil
1 mangkuk santan
3 keping asam keping
Garam gula secukup rasa

Bahan tumbuk:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
6-7 biji cili api - ikut selera jika nak pedas tambah lagi
2 cm kinyit hidup


Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan kecuali brokoli ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
 2. Kemudian dimasukkan brokoli. Kacau seketika. Jangan reneh lama nanti brokoli benyek.

3. Rasakan garam gula.
4. Tutp api dan sedia untuk dimakan.

Gambar dari Google

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Tuesday, July 17, 2012

Kuih Keria

Agaknya sekarang ni musim orang demam kot kan..bila ke klinik tu penuh je dengan orang demam dan batuk...mieza satu family kena demam dan batuk-batuk..semalam balik kerja konon-konon nak ajak hubby gi pasar malam nak beli ikan pekasam..simpan stok untuk bersahur bulan Ramadhan nanti..kami sekeluarga memang suka ikan pekasam time bersahur...tapi rasa tak larat sangat..terus demam..cepat-cepat mieza telan 2 biji paracetamol dan terus tido..awal sungguh tido semalam..sib bek dikurniakan Allah suami yang baik dan penyayang..dia tak kisah jaga anak..Alhamdulillah, hari ni rasa sihat sikit dan boleh gi kerja..

Kuih keria ni digentel last wiken sebeanrnya..terima kasih mieza ucapkan kepada jiran mieza yang gi cuti-cuti kat cameron highland dan belikan mieza sepaket ubi keledek..mieza teringin nak buat cek mek sebenarnya tapi hubby minta buatkan keria..tak kisah la mana-manapun kan..janji suami dan anak-anak suka :)

Bila kawan-kawan tanya resepi nak buat kuih ni..sebenarnya mieza tiada sukatan tertentu..tak pernah mieza sukat bahan-bahannya..masa uli tu main agak-agak je..susah juga bila nak ajar orang lain..tapi formulanya senang je sebab mak selalu ajar masa mieza kecik-kecik dulu..katanya tepung jangan banyak sangat nanti kuih akan jadi keras..biar ubi yang lebih..pastu kalau melekat di tangan masa nak gentel bentuk tayar tu, sapu kan sedikit minyak masak pada tapak tangan ataupun boleh juga ditaburkan sedikit tepung...itulah petua yang mieza guna...jadi kat sini mieza letak sukatan anggaran untuk resepinya...kalau ada pertanyaan boleh la drop a message kat chat box ataupun email mieza wokeh babeh!


KUIH KERIA
Source: Mieza @ WAWMC

500 gm ubi keledek
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
1/2 cawan gula
3-4 sb air


Cara-cara:

1. Ubi keledek direbus dengan sedikit garam hingga empuk. Biarkan sejuk kemudian dikupas kulitnya dan dilenyek hingga lumat.
2. Gaulkan ubi keledek dengan tepung gandum dan uli hingga sebati. Adunan akan melekat dijari.
3. Sapukan sedikit minyak masak pada tapak supaya adunan tidak melekat di tangan semasa membuat bentuk tayar. Ambil sedikit adunan dan bentukkan bentuk tayar.
4. Goreng dalam minyak penuh hingga masak dan perang. Angkat dan toskan. Ulang hingga habis.
5. Dalam kuali yang lain, masak gula dengan air hingga likat. Masukkan kuih keria yang telah digoreng dan dibalik-balikkan sebentar. Tutup api, angkat kuih dan hidangkan.



Monday, July 16, 2012

Gulai Darat Tulang Rusuk

Assalamualaikum.. hujung minggu ni buat apa? Mesti pergi shopping persiapan nak sambut puasa dan raya kan...minggu depan kalau nak shopping dah tak leh makan-makan kat mall dah..Selamat Datang Ramadhan Almubarak...moga diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus menjalani ibadah puasa pada tahun ini...

Mieza memang tak ke mana-mana wiken ni..semua ahli keluarge demam..hanya mieza sorang je yang masih bertahan..selalunya begitulah..bila semua demam akan tinggal sorang yang bertahan untuk jaga semua yang demam..Allah Maha Mengetahui..tiga hari berturut-turut menjadi pelanggan klinik..dimulai dengan Wawa yang demam dan batuk-batuk..kemudian last nite bawa Papa dan Umar yang demam dan selsema dan batuk...fuhhh..hari ni lak mama bawa kakak Adnin pulak..sib bek kakak adnin sihat sepanjang last week sebab last week kakak trial UPSR..semoga semuanya cepat baik..

Dalam entry yang lepas mieza paparkan Nasi Serai Mentega..lupa pula mieza nak inform tentang lauk yang mieza makan dengan nasi tersebut..selalunya jika memasak nasi tumis mieza akan pasangkan nasi tersebut dengan dalca atau kari daging atau gulai darat macam ni..kekadang mieza masak ayam yang berkuah pekat..ada juga time nya mieza akan masak ikan siakap dan sebagainya...buat Azie yang bertanya mieza makan nasi serai mentega tu dengan apa..haaaa ini lah pasangannya..gulai darat tulang rusuk dan juga ayam masak kuzi kering..insyaAllah mieza akan postkan resepi ayam tu esok...serta sayur campur..


Gulai darat ni adalah resepi turun temurun family mieza...arwah nenek suka sangat masak gulai darat..kekadang arwah masak gulai darat ayam fullamakkkk memang sedap..mak juga selalu masak gulai darat masa dia larat dulu..tapi sekarang mak dah tak masak lagi..dah tak larat dan matanya juga kurang jelas..walau pun dapat resepi arwah nenek dan mak tapi gulai darat mieza tetap tak leh menandingi gulai darat depa..walaupun guna resepi yang sama..kata orang air tangan tu lain...sama macam teh tarik..arwah nenek kalau buat teh tarik masyaAllah sedap nye..kalah teh tarik kedai mamak..sekarang nenek dah tak der..cuma kenangan teh tarik nenek je yang sentiasa hidup dengan kami..


GULAI DARAT TULANG RUSUK
Resepi Family Turun Temurun
By; mieza @ WAWMC

2 batang tulang rusuk - potong selebar 2 inci
3-4 biji kentang - kupas kulit dan belah 4

Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 sk cili kering kisar


Bahan kisar:
2 cm kunyit hidup
10 ulas bawang merah
2 cm lengkuas
2 cm halia
5 ulas bawang putih

Bahan lain:
250 gm santan pekat
3 sb rempah gulai darat - mieza beli kat pasar Siti Khadijah, KB
Garam & Gula
Sedikit gula melaka
2 sb kerisik
2-3 keping asam keping
1 mangkuk air


Cara-cara:

1. Rebus tulang rusuk hingga empuk. Biar hingga air hampir kering. ketepikan.
2. Panaskan minayk dalam periuk yang lain. Tumis bahan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah gulai darat hingga kembali pecah minyak dan masukkan kerisik.
4. Masukkan tulang rusuk yang telah direbus hingga empuk dan digaul sebati dengan bahan tumis.
5. Tambahkan 1 cawan santan + 1 cawan air bersama kentang ke dalam periuk dan renehkan sehingga kentang empuk.
6. Masukkan santan yang selebihnya dan air secukupnya. Tambahkan gula melaka, garam dan asam keping.
7. Renehkan sehingga semua sebati dan kuah agak pecah minyak.
8. Rasakan garam gula secukupnya. Sedap dihidangkan dengan nasi tumis mahupun nasi putih.


Saturday, July 14, 2012

Nasi Serai Mentega

Assalamualaikum...seminggu tak menjenguk blog ni..dah berabuk eh ...fuh fuh fuhhhhh tiup abuk sikit hahahah ekceli kan last week kena gi kursus kat Hotel Summit Subang..4 hari from monday to thursday...mieza cukup suka kalau kursus di hotel yang berdekatan dengan panggung wayang sebab malam-malam leh gi merayau kat mall dan tengok wayang..jadi malam rabu lepas sempat la mieza nengok Amazing Spiderman..seronok juga bila keluar bujang ekk..selalu kalau tengok movie dengan family mesti la menonton movie yang sesuai untuk depa..dan kena cari babysitter yang sanggup jaga umar..selalunya biras mieza la yang kena jaga baby...terima kasih ye Su...Umar pula dia sangat behave kalau duduk dengan babysitter..kalau dengan mama ya ampun hypernya dia!


Sebenarnya hari ni ramai ahli keluarga yang demam...Wawa baru baik demam dan batuk-batuk..sekarang Papa dan Umar pula yang demam..petang ni Adnin pula yang nak kena..badannya dah suam suam dah..tinggal mama je la yang masih bertahan..bila ditanya nak makan apa..semuanya bagai tak der selera..kesian pula mieza...masa nasi 2 pot pun tak abis...bila mieza belek-belek magazine Rasa yang baru mieza beli hari Khamis lepas..ternampak la resepi ni..simple je..jadi mieza decide nak cuba..banyak juga resepi menarik dalam Rasa keluaran Ogos 2012 ni..sapa yang belum beli boleh la cepat-cepat ke kedai berhampiran...mieza suka beli buku sebab boleh tolak tax hehehe



NASI SERAI MENTEGA
Recipe : Rasa Ogos 2012 pg 132
Tested by : Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan
1 kg beras basmathi - mieza masak 2 pot je...
3 gm bunga cengkih
3 gm  kulit kayu manis
5 gm bunga lawang
20 ml minyak sapi
15 ml mentega
1 liter air
1 tin susu cair
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
2 batang serai
20 gm bawang merah
10 gm bawang putih


Bahan hiasan;
3 gm daun pudina
5 gm bawang goreng
5 gm kismis kuning dan hitam - mieza tak letak sebab anak tak suka kismis dalam nasi


Cara memasak:

1. Rendam beras basmathi selama 10 minit. Tos dan asingkan.
2. Kemudian panaskan miyak sapi dan mentega di dalam kuali. Tumis bahan kisar, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga garing dan nailk bau.
3. Setelah itu masukkan air dan susu cair. Kacau rata.
4. Seterusnya perasakan mengikut citarasa. Adunkan bahan tumis bersama beras basmathi yang telah ditoskan tadi.
5. Apabila telah sebati pindahkan adunan ke dalam periuk elektrik dan tanak seperti memasak nasi biasa sehingga masak.
6. Akhir sekali taburkan bahan hiasan dan sedia untuk dihidang.

Sunday, July 8, 2012

Chicken Vindaloo

Assalamualaikum..
Salam hari minggu..hari ni banyak sangat to-do list yang kena buat..rasa macam tak menang tangan...pagi ni bangun tidor je hubby request nak makan coconut shredded pancake...kebetulan ada lagi saki baki kelapa pandan yang mother in law kirimkan...8.30 am pagi tadi anak sulung ada bengkel cemerlang UPSR..lepas bekpes hubby antorkan dia ke school then hubby sendiri ke opis kena kerja lak dia ari ni...lepas tidokan si kecik dalam kul 930 tadi sempat la mama buka lappy donlod kan beberapa jurnal untuk buat literature research yang kena present kat conference bulan september nanti...sempat la baca a few journal masa kat hotel nanti insyaAllah..bila anak dara yang no 2 tu bangun terus dia hand me the food list yang dia nak makan hari ni..antarannya ialah kek (apa-apa kek pun tak per katanya) dan sambal petai (memang peminat petai sungguh anak dara ku ini)...keluarkan apa yang patut dari freezer terus jemur kain yang adri pagi tadi lagi siap dimesin...yang belum dilipat dah setinggi busut kat dpn tu belum berlipat hwaaaaa...petang karang kena siapkan cistat order pula...mujur ada anak sulung boleh tolong taipkan lecture notes yang kena hantar for printing tomorrow..tu pun ada 2 chapter lagi belum bertaip...waaaa superwoman pun kalah ni....

Bila mieza postkan gambar ni ke fb semalam my highschool gelfren minta resepi...dulu mieza sesama belajar dengan dia..dia jadi doktor bius mieza ni jadi lecturer je kui kui kui...Untuk Puan Doktor Roslina Moh Nor..ini resepi aku postkan khas untuk ko..walaupun aku sibuk tahap gaban tapi sebab kan ko yang aku sayang chewaaahhhh aku post kan gak sini...bila dah masak nanti ko tayang gambor kat fb tau..aku nak nengok hehehe...kalau ada bahan yang ko tak tahu u have my fon number babeh...


CHICKEN VINDALOO

Recipe:  My Recipes
Source: Mieza @ WAWMC

Ingredients

  • 1 pound boneless, skinless chicken thighs, cut into 1-inch cubes 
  • 2 tablespoons minced fresh ginger 
  • 1/4 cup rice vinegar - mieza guna apple vinegar
  • 2 teaspoons ground coriander
  • 2 teaspoons ground cumin
  • 1 teaspoon ground cardamom - (buah pelaga)
  • 2 teaspoons chili paste with garlic
  • 1/4 teaspoon ground cinnamon
  • 1/8 teaspoon ground cloves
  • 6 garlic cloves, minced
  • 1 tablespoon canola oil - mieza guna sunflower oil
  • 1 cup diced onion 
  • 1 diced red bell pepper 
  • 1 diced yellow bell pepper 
  • 1/2 cup fat-free, less-sodium chicken broth - mieza guna 1 kiub pati ayam knorr yang dicampur dengan 1 cawan air
  • 3/4 teaspoon salt 
  • 1 tablespoon cornstarch
  • 2 tablespoons water
  • 1/4 cup chopped cilantro - daun ketumbar tau..tu nama lain dia yang lagi glamer hehehe
  • 4 cups cooked brown rice - mieza makan dengan nasi raja semayam - resepi kat entry sebelum ni



Preparation

  1. Combine first 10 ingredients (through garlic) in a zip-top plastic bag. Marinate in refrigerator at least 4 hours, turning occasionally.
  2. Heat oil in a large skillet over medium-high heat. Add onion; sauté 4 minutes. Add chicken mixture and bell peppers; sauté 5 minutes or until chicken is thoroughly browned on all sides. Add broth and salt; simmer, uncovered, 15 minutes or until chicken is done. Combine cornstarch and water in a small bowl; stir well. Add cornstarch mixture to chicken mixture; simmer 2 minutes or until sauce thickens. Stir in cilantro. Serve over rice.
Cara mieza:
Ayam tu lepas perap mieza goreng dulu sebab hubby cerewet sikit dia tak makan ayam yang tak digoreng..bermaksud dia tak makan sup ayam. tomyam ayam dan kari ayam..jadi mieza goreng dulu..pastu mieza masak sos vindaloo ni dan humbankan ayam yang telah digoreng ke dalam sos...

Saturday, July 7, 2012

Nasi Raja Semayam

Assalamualaikum...salam malam sabtu..
Dah dinner? Makan apa tu malam ni? Hari ni mieza mencuba resepi baru...masih lagi dari Majalah Keluarga keluaran Jun 2012..memang berbaloi beli magazine tu bulan ni...banyak resepi menarik didalamnya..semua-semuanya sedap belaka...rasa macam nak cuba semua sekali..tapi apa boleh buat..masa tak mengizinkan..mieza hanya masak di hujung minggu saja..kalau hari kerja memang tak masak sangat..kalau masak pun buat sandwich atau masak cucur je..sebab semua dah kekenyangan...kalau teringin nak makan berat pun hubby banyak ajak makan kat luar...katanya sian kat mieza balik kerja dah penat, pastu nak masak lagi...kekadang  nak siapkan tempahan lagi...hatta nak lepak depan tv pun tak sempat..TQ laling sebab memahami...alhamdulillah dikurniakan Allah suami yang baik...



Komen mieza pasal nasi...sedap sangat...hubby pun kata sedap...daun kari tu yang tu buat nasi tu sangat wangi...kalau ikut respei asal ada letak gajus..tapi mieza terpaksa omit kekacang sebab hubby tak leh makan kekacang..mieza ganti dengan bell pepper merah dan kuning untuk tambah kaler pada nasi..baru la cun sikit kan heheheheh



NASI RAJA SEMAYAM
Recipe : Majalah Keluarga Jun 2012 ms 224
Source and tested by : Mieza @ WAWMC

1.5 beras basmathi - mieza masak 3 pot je untuk family mieza
30 gm minyak sapi
10 gm margerin - mieza guna butter
20 gm bawang merah dipotong 4
1 batang serai diketuk
25 gm campuran rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih)
20 gm pati tomato
30 ml susu cair
1 sb rempah beriani
1 st serbuk ketumbar
1 liter air
Garam dan Gula secukup rasa

Mieza tambah:
3 tangkai daun kari
6 ulas bawang merah yang dihirs
Bell pepper merah dan kuning yang didadu





Cara-caranya:

1. Cuci beras dan rendam sekitar 20 minit dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi dan margerin, kemudian tumiskan 4 sekawan diikuti bawang, serai, dan pati tomato.
3. kacau sehingga sedikit garing. Masukkan susu cair diikuti dengan serbuk rempah beriani dan serbuk ketumbar.
4. Masukkan beras dan campurkan dengan adunan di atas. Masukkan air dan bahan perasa. Masak nasi hingga masak.
5. Bila nasi masah, gaulkan dengan bawang dan daun kari yang digoreng garing dan juga hirisan bell pepper. Boleh juga ditabur dengan gajus panggang dan daun bawang. Hidangkan dengan lauk kegemaran.


Selamat Mencuba

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...