Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, April 30, 2011

Kerabu Daging

Dah lama aku mencari daging fresh, kat Tg Malim ni susah nor nak dapatkan fresh meat..finally i found it at Tesco Shah Alam..siang tadi pergi Shah Alam..specifically i went to Bagus Baking Ingredient Shop...fuhhhh! memang suka pergi kedai tuh...hangus gak duit aku RM130..aku memang tak leh masuk kedai macam gitu aku jadi giler kakaka..well i bought movable pie tin (set of three at RM21), a pizza pan (RM16.90) (pssst macam teror nor buat pizza), a new cake pan, dah beli pizza pan of coz kenalah beli pizza doh mix, muffin mix, donut mix sebab baru nak belajar buat donut, donut cutter, essence itu essence ini, dried cranberry, strawberry filling, cream cheese, puff pastry..hahaha to name a few...sampai laki geleng kepala..ye laaa barang-barang tu semua susah nak cari kat Tg Malim huhuhuhu

Ok back to this fresh meat story...masa sampai kat isle meat dalam Tesco tu ada 3 bungkus je daging..i grabbed a smallest portion..kekonon takut daging tu tak elok...bila sampai umah daging tu lembut sangat..rasa rugi lak ambik yang paling kecik..memang masa dok dalam kereta lagi dah plan malam ni nak masak kerabu daging sebab ternampak Kak Nor secubit garam masak a few days ago...tapi aku terpaksa la masak style lain sebab hubby kan sakit gastrik dan tak leh makan limau nipis, cili api dan mangga macam yang Kak Nor masak...jadi ini kerabu daging my style la ye..


Meh layan gambar..





Yang kat tepi tu a must-have dish = omelet with onion!





KERABU DAGING


Bahan-bahan perapan:

300 gm daging batang pinang - hiris nipis-nipis
1/2 camt garam
1 camb kicap masin
1 camb kicap manis
1 camt lada sulah


Bahan-bahan kerabu:
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
2 batang serai - hiris halus
2 biji cili merah - potong serong
4 biji cili api - potong kecil
2 camb sos ikan - atau secukupnya
Sedikit gula
1/2 cawan santan pekat
3 camb air asam jawa - boleh ganti dengan jus limau nipis..aku tak letak sebab hubby tak leh makan :(
Daun pudina
Daun ketumbar - hiris
Daun limau purut - hiris


Cara-caranya:

1. Perap daging dengan bahan perapan selama sekurang-kurangnya 30 minit. Kemudian panaskan grill pan, dan grill kan daging hingga masak. Aku tuang sekali bahan perapan supaya daging lagi ummph! :)

2. Sementara menanti daging masak boleh la sediakan bahan kerabu. Satukan semua bahan kerabu dan daging yang telah masak di dalam mangkuk. Gaul-gaulkan sebati. Rasakan masam manis dan masinnya.

3. Boleh juga ditaburkan kacang tanah panggang yang ditumbuk pecah. Aku tak letak sebab hubby tak boleh makan kacang. Hidang dengan nasi putih...syedap sungguh!

Friday, April 29, 2011

Cekelat lagi!!!!! - Eggless Supermoist Chocolate Cake

Cekelat lagi hari ni...dah 3 hari berturut-turut makan cekelat...sib baik muka lum jadi muka kaler ceklat lagi huhuuhu...hajat asal nak buat Devil's Food Choc Cake lepas jenguk dapur Kak Nor Secubit Garam...tapi tak der cream cheese kat umah..dah pegi Billion and Yat Fong pun tak der juga...terbengkalai lagi niat di hati...pastu nak wat Red Velvet Cake..pun kena pakai cream cheese..nak buat muffin yogurt rasa malas nak kuar gi beli yogurt..yang meet the staff in my pantry ialah eggless choc cake ni saje..tu yang jadi kek ni petang ni..

Resepi nya aku skodeng dapur CMG..resepi asal dia amik kat orang lain gak..tapi aku dah improvised ikut apa yang ada kat dalam pantry aku hehehe...aku suka ziarah dapur dia sebab gambarnya sungguh menggiurkan..tak macam gambar aku ni kelabu asap kakakaka..

Ok cukup bercakap, meh kita layan mata tengok gambor dan resepinya...


CMG letak strawberry aku letak cherry...bunyi 'rry' gak kat bakang dia!







Aummmmm! masuk mulut!







See...smudgy tul mulut dia...dah comot anak mama!!!




EGGLESS SUPERMOIST CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahan:


1 cawan tepung gandum*
1/2 cawan serbuk koko *
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
2 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)

1 cawan gula perang @ soft brown sugar
1/2 cawan minyak jagung (aku guna mentega cair)
1 1/4 cawan air dari peti sejuk
1 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh mocha flavor (aku guna white nescafe)
Secubit garam
1 camca teh cuka makan atau jus lemon
1/2 cawan buttermilk (aku tambah sebab kebetulan ada dalam peti ais)
Coklat ganache untuk hiasan
Strawberry segar untuk hiasan (aku guna cherry merah dan hijau)

Bahan untuk coklat ganache:

1 keping cooking chocolate
3 camb butter
2 camb susu cair

Cara-caranya:

1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Atau guna tin bulat berukuran 8 inci. Ketepikan.

2. Dalam satu bekas, masukkan bahan-bahan yang diayak bersama gula perang dan garam tadi, gaul rata. Tuang air, minyak, esen vanilla dan mocha falvor, dan kacau dengan whisk hingga semua sebati dan tidak bergentel2.

3. Masukkan cuka atau jus lemon dan kacau hingga sebati. Tuang dalam tin dan bakar selama 35 - 40 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihias.

4. Untuk menghias tuangkan coklat ganache ke atas kek dan hias dengan buah strawberry atau lain-lain buah kegemaran...(jangan hias dengan buah kelapa dah laaaa...ngeh ngehh)


Cara membuat coklat ganache:

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk tahan panas dan dipanaskan secara double boiling. Kacau sentiasa sehingga semua cooking chocolate cair dan pekat. Tuang atas kek..yummmy!

Cok Bantal dan Sambal Sardin

Yuhhhhuuuuu breakfast di pagi Jumaat makan cok bantal..ni makanan orang utara ni..laki cukup suka espeseli bila cicah dengan sambal sardin..nyum nyum..

Hmmm kenapa dinamakan cok bantal...well cok asal dari cucur sebenarnya tapi sebab aku kan kawin dengan orang kedah maka jadilah cok (or coq)..dan bantal lak sebab aku uli jadi panjang-panjang macam bantal peluk ahakkksss...kalau uli bulat-bulat tak leh la dipanggil cok bantal..may be leh panggil cok bebola..atau yang sewaktu dengannya...bancuhan doh untuk cok ni lebih kurang sama je dengan bancuhan doh untuk pau tepung gandum..nampak dalamnya yang gebu tu? sedap tau macam makan roti je..


Dah boleh makan..jom semua!




Cok Bantal dan Sambal Sardin..






Gebu sangat!




Dimakan bersama sambal sardin atau sambal bilis..tapi tak sesuai dimakan dengan sambal belacan ye! Hehehe





COK BANTAL DAN SAMBAL SARDIN

Bahan untuk Cok Bantal : Anggaran untuk 4 orang makan

2 cawan tepung gandum
2 camt yis - aku pakai mauripan
1 1/2 camt garam
1/3 cawam air suam - jangan air panas tau nanti yis mati
2 camb gula kastor
1 biji telur
2 camb mentega


Cara-caranya:

1. Satukan yis dengan air suam dan biarkan ia mengembang seketika (lebih kurang 10 minit)

2. Dalam mangkuk satukan semua bahan lain dan diputar hingga menjadi serbuk (crumb). Masukkan bancuhan yis dan diputar lagi hingga menjadi doh.

3. Bentukkan doh menjadi panjang macam bantal peluk dan rehatkan selama 45 minit atau hingga doh naik 3 kali ganda.

4. Goreng dalam minyak penuh (deep fry) hingga keemasan. Angkat dan toskan minyak.


Bahan untuk sambal sardin:

1 tin sardin - aku pakai brand ayam saiz medium
2 ulas bawang putih - mayang
1 biji bawang besar - potong
2 biji cili kering - kisar
2 cm halia - hiris
1 camb air asam jawa
1 camb kicap masin
Daun bawang dan daun sup - dihiris
1 biji cili merah - hiris
Minyak untuk menumis
Garam gula - jika perlu


Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis halia, bawang putih dan bawang besar hingga wangi kemudian dimasukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak.

2. Masukkan sardin dan ditekan-tekan dengan hujung sudip supaya hancur. Kacau hingga sebati.

3. Masukkan air asam jawa dan kicap. Kacau dan rasakan garam gula.

4. Taburkan daun bawang, daun sup dan cili merah semasa menghidang.

5. Dimakan bersama cok bantal.

Simple yet tasty!

Thursday, April 28, 2011

Puding Coklat Sos Kastad

Anak sulung aku nak makan puding lagi...last few days aku dah buat Rich Choc Pudding...last nite she said "mama buat la puding lagi"..emmm yelah..tapi takkan nak buat resepi yang sama dalam jarak yang sangat dekat...jadi hari ni jadilah puding ni pulak hasil skodeng dapur Kak Nor Secubit Garam...tapi dah improvised sikit...senang je nak buat puding ni tapi jangan buat dalam talam ye sebab dia tak sesuai untuk dipotong-potong..dia lembik lembik gitu..jadi bila buat puding ni bekukan dalam bekas individual supaya senang nak di makan...aku bekukan juga dalam container kecil-kecil untuk Adnin bawa ke school esok..


Pandangan serong eheheheh






Pandangan atas..




Pandangan tepi...




Juga dibekukan dalam bekas kecil untuk Adnin bawa pegi school tomorrow..ngeeeee
Atau kalau ada pot luck kat opis buat la dalam bekas macam ni...






PUDING COKLAT SOS KASTAD

Bahan-bahan : 5-7 orang makan

Puding Coklat :

10 gm serbuk agar2 (plain) - belasah je la cap apa pun janji sukatan betul ahakkkss
600 ml susu segar
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 camb susu pekat
2 camb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
1 camb tepung kastard + 2 camb air
1 camb mentega
1 camt esen vanilla


Cara-cara :

1.Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. (Larutkan aje bukan atas api ye) Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan.

2. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan dalam peti ais. Biar betul betul sejuk baru masukkan sos di atasnya.

***Sementara nak tunggu puding sejuk, masak la untuk lunch dulu...jgn masak sos siap-siap sebab sos cepat beku...:) Bila puding dah sejuk baru prepare sosnya..



Bahan Sos :
1 cawan susu segar
1 cawan susu cair
2 camb tepung kastard
4 camb gula pasir
1 camt esen vanilla
1 camb gelatin - aku pakai brand nona


Cara-cara :

1. Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut.

2. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi.

3. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.

Apam Gula Hangus

Apam lagi hari ni untuk breakfast hari ni..My mum mintak buatkan apam lagi...jadi hari ni aku buat apam gula hangus lak..apam yang sama kerap sangat bosan pulak...aku memang suka kuih apam..apam ni memang senang nak buat...humban je bahan masuk blender..tak payah pakai mixer pun..tapi kalau nak pakai mixer pun boleh gak..no issue..ikut suka masing-masing...resepi asal aku dapat dari hazz@MyR...memang sedap dan senang dan gebu...rugi kalau sesiapa tak cuba..aku buat apam pakai acuan kuih lompang je..senang sebab kecik-kecik sekali masuk mulut je..tapi kalau sesapa yang tak der acuan lompang leh le pakai loyang biasa then potong la masa nak makan tu...cuma leceh skit la..


Dah kena potong..to show the visitors the inside look of the apam..




3 biji apam untuk RM1..mahal ke? Boleh berniaga ni..




Kalau isi bater penuh acuan lompang..tinggi ni la apam ni 'naik'..




Untuk santapan ahli keluarga ku..




Close up lagi..






APAM GULA HANGUS

Bahan-bahan:


2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.


Cara-cara:

1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan 1 cawan air. Kemudian sejukkan.

2. Di dalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit.

3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.

4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan dikisar lagi sehingga sebati.

5. Kukus adunan tadi di dalam acuan lompang atau acuan kegemaran yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. (aku kukus 35 minit je)

6. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.





Selamat Mencuba visotors yang disayangi <3

Wednesday, April 27, 2011

Sup Kepala Ikan Merah

Masakan dalam pantang aku..tapi hari ni dah abis pantang pun cuma teringin pulak nak makan sup kepala ikan merah lagi..selalu masak menu ni tapi lupa nak ambik gambar...hari ni baru ada gambarnya..










SUP KEPALA IKAN MERAH

Bahan-bahan:


1 kepala ikan merah - dibelah 4
1 paket sup ikan - aku guna brand adabi
2 cm halia *
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 batang seleri - potong serong
1 biji tomato - belah 4
Sedikit air asam jawa
2 batang serai - diketuk
Minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk kuah
Daun bawang, daun sup dan bawang goreng
Garam gula


Cara-caranya:

1. Bahan yanng bertnda * dikisar hingga hancur.

2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan di dalam rempah sup (selain dari sup bunjutnya) hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan serai. Tumis hingga garing.

3. Masukkan air dan ikan. Biarkan mendidih.

4. Masukkan seleri dan tomato, daun bawang yang dipotong sepanjang 2 cm dan air asam jawa. Tidak ketinggalan garam gula.

5. Semasa menghidang taburkan daun sup dan bawang goreng.

Tuna and Crabball Quiche

Dah lama aku tak masak quiche ni..sejak pindah umah kat taman wangsa ni belum penah masak lagi..bukan aku malas tapi aku kureng gemar dengan acuan pie aku tuh...aku dok teringin nak acuan pie yang leh tanggal bottom dia..senang la sikit nak keluarkan quiche/pie yang dah masak...apa-apa pun hujung minggu ni hubby dah agree nak bawa gi kedai baking ingredients bagus kat shah alam...walau pun pakai acuan pie yang tak leh tanggal dasarnya, aku tetap bake quiche hari ni..sebab dah teringin sangat nak makan...quiche ni pakai cheddar cheese sebenarnya, tapi aku tak der cheddar, aku cuma ada mozarela dan parmesan,,jadi aku guna je la apa yang ada...


ready to go inside your mouth...emmmmmm




Sedia untuk dibakar...




Dah masak! Tapi kena let it cool first...in a meantime leh la bancuh kopi duluuuuuu...




Jom makan quiche semua!





TUNA AND CRABBALL QUICHE

Bahan pastry:

220 gm tepung gandum
125 gm mentega sejuk, didadu
1 camca besar gula aising
1 biji telur, dipukul sedikit

Bahan filling:
1 tin tuna flakes in olive oil, ditoskan
1 biji bawang besar, didadu halus
1 camb fried garlic - boleh beli kat pasaraya atau guna je 2 ulas bawang putih yang cincang halus
Sedikit carrot yang didadu - boleh guna mix vegie tapi anak-anak aku tak suka mix vegie jadi aku cuma letak carrot
1 biji tomato - dadu
2-3 biji carbball - dadu
Sedikit capsicum - dadu
1 camca besar mentega
1/2 cawan susu segar
2 helai daun bay
Sedikit oregano dan rosemary
1/2 ketul kiub ayam - aku pakai knorr
1 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar hirisan daun bawang
3 biji telur - pukul sedikit
Secubit garam
25 g parutan keju cheddar
Sedikit parmesan cheese


Cara-caranya untuk pastry:

1. Satukan tepung dan gula aising alam mixing bowl. Gaul rata. Masukkan mentega dan ramas dengan hujung jari sehingga menjadi seakan-akan serbuk roti. Tuang telur sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Tak pe jika telur tak habis digunakan.

2. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik cling, leperkan sedikit dan simpan dalam peti sejuk 20 minit. Keluarkan doh dan canai doh antara 2 keping plastik. Canai setebal 0.3cm dan berdiameter kurang lebih 30 cm.

3. Alihkan doh ke dalam acuan pie. Kemaskan doh dan potong lebihannya.

4. Kemudian cucuk2 permukaan doh dengan garfu, tujuan untuk membuang udara semasa proses membakar nanti.

5. Ambil sekeping aluminium foil, letak atas doh tadi dan tuang kekacang atau beras dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 15 minit.



Cara-cara untuk filling:


1. Satukan semua bahan kecuali keju. Gaul-gaulkan sebati. Rasakan garam gulanya.



Cara-cara penyediaan quiche:

1. Ambil pastry yang dah dibakar tadi. Isikan fillingnya. Taburkan cheddar dan parmesan cheese di atasnya.

2. Bakar pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bila masak keluarkan dari oven dan biar sejuk, baru ditanggalkan dari acuan.

3. Potong dan hidangkan dalam piring


Sesuai untuk brekfast ataupun minum petang.

Tuesday, April 26, 2011

Rich Chocolate Pudding

Yezzza chocolate lagi hari ni...lelama leh gemuk aku...haishh tak per lah maternity leave aku pun cuma ada 18 hari je lagi..lepas ni aku may be kurang la skit masak sebab balik kerja pun dah 6 pm..masak pun ala kadar je la...

Puding ni memang rich, lemak dan syedap sangat bila dimakan sejuk...resepinya pun cukup senang...masuk je semua dalam periuk...macam biasa aku songlap resepi ni dari dapur izzah lagi! Tapi aku tambah la sikit..minta maaf ye izzah sebab aku tambah susu cair..aku suka puding yang berkuah jadi aku siram choc puding izzah ni dengan susu cair masa nak makan...mmg besh jer susu cair yang sejuk tu lalu kot anak tekak...nyum nyummmm

Sebenarnya hari ni jenuh mencari acuan puding bentuk bintang aku...dulu memang ada banyak..rupanya anakanda ku yang tengah tu ambik buat mainan...dah tak sanggup nak guna dah...dengan water color, dengan playdoh dia sumbat dalam mould bintang aku...sib baik aku ada mould puding Tupperware, tapi ada dua je...jadi adunan selebihnya aku tuang jer dalam microwave container yang bulat kecil...


Baru kuar dari acuan...sejukkkkk




Ini le acuan Tupperware aku...tapi cuma ada dua ni je...huhuhuhu




Aku siram susu cair yang juga sejukkkkkk...




Rich Choc Pudding aku dah kena ngappp!





RICH CHOCOLATE PUDDING

Bahan-bahan
( 1 loyang sederhana besar )

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
1 tin susu cair Ideal


Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.

2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.

3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai. Sejukkan di dalam peti.

4. Semasa menghidang, tuangkan susu caair yang juga telah disejukkan di dalam peti ais.


Jangan tak cuba..rugi!

Acar Rempah Telur Puyuh

Semalam aku pergi pasar malam proton city kekonon nak beli daging segar..tapi mamat jual daging tu tak berniaga la pulak...dah lama benor dia tak berniaga..susah aku nak makan daging fresh...kat TM ni memang susah nor nak beli daging fresh..brother tu tak niaga sebab tak der supply lembu ke dah bankrap..frust tul aku sebab aku nak makan daging goreng kunyit...huhuhu

Masa gi pasar malam tu nampak brother ni jual telur burung puyuh, RM3 for 23 eggs..tak tahu la aku murah ke mahal sebab aku tak penah beli...kalau aku beli telur puyuh pun yang dah masak kat orang jual yong tau foo tu RM1 = 5 biji.

Secara jujurnya aku tak penah masak telur burung puyuh..macam biasa aku mula menggodek dapur kegemaran aku CMG tu..jumpa resepi ni..macam sedap je..aku cuba la...tapi aku tak der udang kering (kehabisan stok) jadi tang udang kering tu aku ganti dengan ikan bilis...syedap! Resepi ni pun aku c&p resepi dari dapur CMG yang glamer tu..






ACAR REMPAH TELUR PUYUH

Bahan-Bahannya :-)


35 biji telur burung puyuh - nak guna telur ayam pun boleh tapi tak yah ler sampai 35 biji ahakkss
2 bawang putih, hiris
5 ulas bawang merah*
3 biji cili merah*
1 camca besar jintan manis*(*ditumbuk halus)
1 biji bawang besar, belah 8
1 camca besar cuka
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 camca besar kicap
Garam dan gula secukup rasa



Cara membuatnya :-)

1. Rebus telur puyuh, kupas, cuci dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan sebentar.

2. Tumis bawang putih, masukkan bahan2 tumbuh, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Tumis hingga wangi.

3. Masukkan cuka, kicap, gula (lebih skit) dan sedikit garam. Gaul rata, bila mendidih, masukkan telur, gaul hingga mesra, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Angkat dan hidangkan...



Selamat Mencuba!

Apam Gula Melaka

Dah lama aku nak masak kuih apam..be it apa apa jenis apam, tapi acuan tak der..malas lak nak buat dalam loyang then dipotong-potong..aku nak buat bulat-bulat kecil macam yang jual kat pasar malam tu (5 biji = RM1)...kali ni aku buat apam pakai acuan lompang..comelnya kecik kecik..sebiji sekali suap je...tapi gula melaka tak berapa coklat..tu yang warna nya pucat sikit..aku tak letak pewarna pun..jadi aku biar je apam ku dengan kepucatannya. Resepi apam gula melaka ni aku cilor dari darur izzah, sapa nak visit dapur dia boleh klik kat aku punya blog list kat tepi kanan nun...resepi pun aku c/p dari izzah...terima kasih ye izzah sebab sudi kongsi resepi :)


Warnanya pucat sikit..tapi taste is mabeles!




Kalau la warna tu gelap sikit...baru la 'naik' seri dengan piring putih aku ni..






The inside look...gebu dan lembut gitu...





APAM GULA MELAKA

Bahan-bahan:

* 1 cawan air
* 1/2 cawan gula melaka yg telah diracik halus campur sedikit gula merah
* sehelai daun pandan

2 cawan tepung
1 camt dry yeast
3/4 cawan air
3 camb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam


Cara-cara:

1. Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.

2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata. Seeloknya campuran tadi dimasukkan di dalam bekas besar. Tutup dan biarkan selama 40 minit atau sehingga adunan naik hingga 3 kali ganda.

3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dalam 5 minit.

4. Kukus adunan selama 30-35 minit atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

Monday, April 25, 2011

Kerutuk Ayam

Kerutuk ayam ni aku masak untuk makan dengan Nasi Beringin yang aku post sebelum ni. Sebenarnya kerutuk ayam ni boleh dimakan dengan nasi apa pun tak pe..nasi putih or even pulut kuning sekali pun beshhh sangat! Ada sesetengah orang tak goreng dulu ayam..tapi aku goreng dulu sebab husband suka ayam yang digoreng terlebih dulu..jadi ini resepi kerutuk ayam versi aku..








KERUTUK AYAM


Bahan-bahan:

6-7 ketul ayam - aku potong kecik-kecik, diletak garam kunyit dan digoreng separuh masak. Tanak goreng dulu pun tak per.
1 mangkuk santan
3 biji kentang - belah 4
2 1/2 sudu besar rempah kerutuk - dijadikan pes
1 keping asam gelugor atau boleh letak air asam jawa
2 camb kerisik
Sedikit gula melaka
Garam gula secukupnya

Bahan Tumis:
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 tangkai cili kering
2 biji buah keras
5 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
2 sudu besar minyak


Cara-cara:

1. Bawang besar, bawang putih, halia, buah keras dan cili kering dikisar halus. Panaskan minyak, tumiskan rempah ratus (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis) sampai naik bau wangi.

2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga hampir garing. Masukkan rempah kerutuk. Masak hingga rempah masak. Kemudian dimasukkan kerisik dan dibiarkan hingga pecah minyak.

3. Masukkan kentang, gaulkan dengan bahan-bahan dalam periuk tadi hingga sebati. Tambahkan santan dan biarkan kentang masak.

4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak, asam keping, gula melaka dan garam. Renehkan seketika biar kuah kerutuk meresap ke dalam ayam.

5. Angkat. Taburkan dengan hirisan daun bawang dan hirisan cili merah. Hidangkan dengan nasi pilihan

Nasi Beringin a.k.a Nasi Serai

Last 3 weeks aku pegi Tesco Rawang, beli la beras basmathi brand Tesco je. Promoter tu punya la promote suh beli yang branded..heh beras je...beli yang Tesco punya pun apa salahnya..jimat RM3 tu muahahaha...

Jadi hari ni for lunch aku masak la nasi beringin...setengah orang panggil nasi serai...dua nama satu nasi..nasi ni lain sikit dari yang lain sebab masuk serai, halia, lengkuas, daun limau purut...sedap! Aku masak dengan kerutuk ayam dan ikan sweet sour...aku tak buat pun acar mentah sebab suami tak leh makan timun dan kubis sebab dia gastrik...jadi tak der la sayur..walaupun tak der sayur kami makan tetap berselera...insyaallah dari rezeki yang halal :)








NASI BERINGIN

Bahan kisar
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis:

1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 camt lada hitam
5 kuntun bunga cengkih

Bahan lain:
2 camb rempah kurma - jadikan pes
4 batang serai - diketuk
sedikit minyak sapi
1 1/2 sudu besar garam
4 pot beras basmathi - pot rice cooker
Air - sama banyak dengan beras
1/2 tin susu cair
Beberapa helai daun limau purut



Cara-caranya:

1. Panaskan minyak sapi terlebih dahulu. Tumis bahan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau. Masukkan pes rempah kurma dan tumis seketika hingga garing.

2. Masukkan air sehingga bahan-bahan tadi mendidih. Masukkan garam, daun limau purut dan serai.

3. Selepas itu masukkan beras basmathi dan susu cair dan masak sehingga nasi masak. Sesekali kacau nasi serai agar nasi terlerai.

4, Taburkan daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang.

Kuih Lapis Trio - gummy and chewy

Selalu nampak kuih lapis warna pink dan putih kan? Haaaa hari ni aku wat kuih lapis trio..ada 3 warna je..sesuai untuk orang yang tak ada banyak masa untuk melapis satu demi satu...ini kuih lapis the nyonya style..dia gummy skit and best sangat untuk di chew...anak-anak suka tapi hubby kurang suka..dia suka yang lembut macam kuih talam tu..resepi ni aku amik dari tenet...aku pun lupa dah kat dapur sapa...mintak maap la kat tuan punya resepi asal bukan aku tanak link ke page dia tapi aku dah lupa amik kat mana...masa tengok resepi tu aku suruh anak salin dan lekat kat peti ais supaya senang aku nak nengok masa nak nak buat...terus lupa nak salin url nya..

Kuih lapis ni sesuai di makantime breakfast mahupun minum petang...hari ni aku buat untuk breakfast..kuih yang senang dan gerenti jadi..


Kuih Lapis Trio - menunggu untuk dingap!






Dah potong kecik kecik supaya senang anak nak makan




Dah masuk tupperware..senang nak simpan..gerenti tak masuk semut...(grrrrr umah aku nih banyak tul semutnya!)





KUIH LAPIS TRIO

Bahan-bahan:


150 gm tepung beras
100 gm tepung ubi
1/2 camt garam
1 camt air kapur
450 ml santan pekat
1 camb serbuk koko
1 camb coklat emulco
1 camt pewarna hijau
1 camb esen pandan
1 camt esen ros

Bahan sirap:
160 gm gula pasir
125 ml air
2 helai daun pandan


Cara-caranya:

1. Panaskan pengukus dan didihkan air dalam pengukus hingga mendidih.

2. Sementara itu sediakan bancuhan kuih. Satukan semua bahan sirap dan dimasak hingga gula larut. Tapis dan ketepikan biar suam.

3. Santan disatukan dengan garam. Kacau hingga sebati.

4. Satukan kedua-dua tepung dan air kapur. Masukkan campuran sirap dan santan. Kacau hingga tepung larut dan sebati. Tapiskan.

5. Bahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama dicampur dengan serbuk koko dan coklat emulco. Bahagian kedua dicampurkan dengan esen ros dan dibiar pada warna asal. Bahagian ketiga dicampur dengan esen pandan dan pewarna hijau.

6. Ambil loyang pengukus. Leserkan dengan sedikit minyak. Masukkan lapis koko terlebih dahulu. Kukus selama 10 hingga 15 minit atau hingga masak.

7. Bila laspisan koko dah masak, angkat dan lorekkan permukaan kuih dengan garfu. Tuang lapisan warna asal dan dikukus lagi 10 minit.

8. Bila lapisan kedua dah masak, ulangi lagi untuk lapisan ketiga iaitu lapisan hijau. Kukus lagi selama 15 minit.

9. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong.

Sunday, April 24, 2011

Roti Poket Dengan Inti Daging

Salam malam Isnin, mesti semua orang tak syok sebab esok dah kerja..malam ni la semua orang sibuk nak iron baju...baju anak sekolah, baju kerja suami, kalau yang bekerja macam aku ni baju kerja sendiri...kekadang berpeluh sampai ke betis...tapi tak per itupun bak spa dan sauna gak...moga-moga peluh yang keluar masa iron tu dibawanya kuar lemak dalam badan...leh slim skit..apa-apa pun meh tengok roti poket aku dulu..

Resepi ni aku adapt dari resepi Che Mat Gebu yang glamer dengan blog masakan dia tu...aku memang jeles kalau visit blog dia...cooking dia semua sedap-sedap...boleh tambah gemuk aku kalo dok berjiran dengan dia...pastu set pinggan mangkuk yang dia tayang tu semuanya cantik-cantik dan lengkap. Tapi resepi ni aku ubah suai skit la mengikut citarasa family aku macam sayur kubis etc aku tak letak sebab hubby tak leh makan...jadi aku cuma letak diced carrot...daging pun aku pakai daging cincang instead of daging burger macam CMG. Pastu CMG buat bentuk bulat, aku malas. Jadi aku buat poket tigasegi je. Mari kita tengok resepinya...








ROTI POKET INTI DAGING

Bahan roti :-)

10 keping roti Gardenia
1 biji telur, pukul sedikit dengan secubit garam
Bread crumb secukupnya

Bahan Inti :-)

1/2 paket daging kisar - aku pakai brand ramly
1 biji bawang holland saiz sederhana, cincang
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia, cincang halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar rempah kari daging
1 pokok daun sup hiris
1 camca teh kicap cair
1/3 cawan air
1 biji tomato - dadukan

Bahan lain :-)
Sos pilihan - aku pakai sos thousand island


Cara-caranya:

1. Untuk inti: Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan gaul rata. Tuang sedikit air dan kacau rata. Masukkan daging kisar, kacau. Tuang baki air dan masukkan serbuk lada hitam dan kicap cair. Masak hingga kering, rasa dan jika ok matikan api. Masukkan daun sup dan gaul rata. Ketepikan.

2. Untuk roti: Ambil dua keping roti, tindihkan, kemudian canai hingga leper. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celup roti tadi dalam telur, kemudian golekkan atas serbuk roti sehingga bersalut. Goreng hingga kuning keemasan, masa ni roti akan melembung membentuk poket. Angkat dan toskan.

3. Untuk roti poket: Belah dua roti tadi, kemudian kemaskan poketnya.Isikan dengan intinya, paip sos kegemaran dan hidangkan segera....

Sedap sangat!

Sup Tofu Telur Dengan Seafood

Rasanya dah selalu sangat aku masak masakan yang bersantan, kerap sangat makanan berlemak pun tak elok gak..jadi hari ni nak masak sup aje..nak masak sup ayam suami tak berapa gemar. Jadi aku masak sup tofu. Lagipun dah lama benor tak masak tofu. Sedapnya hirup kuah sup ni slruppppppp!





SUP TOFU TELUR DENGAN SEAFOOD

Bahan-bahan:

2 bungkus tofu - potong setebal 1 cm dan digoreng seketika
3 ulas bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar - belah 6
4 biji bebola ketam - belah 4
5 ekor udang
4 biji fishball - belah 4
1 biji tomato - potong 8
Sedikit brocoli
1 batang celeri - hiris serong
Sedikit carrot - potong bulat
1 camt lada sulah
Daun bawang dan daun sup - dihiris
1 kiub ayam
Air secukupnya untuk kuah
Garam gula


Cara-cara:

1. Panas minyak dalam periuk. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan lada sulah, air dan kiub pati ayam. Didihkan.

2. Masukkan fishball, ketam ball, tofu, udang, bawang besar dan sayur-sayuran kecuali brocoli dan tomato. Masak hingga lauk masak.

3. Rasakan garam gula. Akhir sekali baru dimasukkan brocoli, tomato, daun bawang dan daun sup. Tutup api. Biarkan brocoli dan tomato lembut dalam kuah yang panas untuk mengelakkan ia benyek.

Nota* Jika suka kuah yang pekat boleh dimasukkan bancuhan tepung jagung. Aku tak letak sebab suka sup senang untuk dihirup.

Blueberry Pancake

Jenguk-jenguk dalam fridge ada lagi blueberry filling lebih buat blueberry tart last week. Nak guna untuk buat blueberry cheesecake sikit sangat..tetiba teringat hari tu godek-godek tenet jumpa resepi blueberry pancake yang yani post kat my resepi. Tapi aku ubah suai sikit la...aku tak guna blueberry jem tapi aku guna blueberry filling. Pastu pancake tu aku letak yis sebab baking powder aku dah abis..(kes lupa beli hua hua hua)..pastu aku time buat tu aku tak main sukat-sukat pun main agak-agak je..tapi kalau belum biasa elok la ikut sukatan..walau apa pun, anak-anak memang suka sangat dengan bb pancake ni..

Dah siap potong kecil-kecil untuk anak-anak makan...yummmy!






BLUEBERRY PANCAKE

Bahan-bahan:


100 gm blueberry filling
2 biji telur
120 gm tepung gandum - ayak
1 sudu besar susu tepung -ayak
1 sudu kecil baking powder/instant yis - ayak
2 sudu besar air - boleh tambah air mengikut texture bater,
40 gm mentega cair
40 gm gula kastor


Cara-caranya:


1, Masukkan telur, gula, air dan blueberry filling ke dalam mangkuk. Kacau sekejap dgn "hand whisk"

2. Masukkan mentega cair. Kacau lagi.

3. Masukkan 1/3 daripada bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk tadi. Kacau lagi.

4. Masukkan lagi yg selebihnya. kacau cepat-cepat supaya tak berketul.

5. Panaskan pan leper menggunakan api kecil untuk mengelakkan hangit (tapi anak-anak aku siap request supaya hangitkan sebab depa suka yang hangit-hangit).

6. Leserkan dengan sedikit margerin. Ambik 1 senduk adunan tadi. Letakkan ke dalam kuali yg telah panas.

7. Apabila dah nampak lubang-lubang pada permukaan pancake, bolehlah balikkan pancake ke permukaan satu lagi. Biarkan sehingga masak.


Nota: Kalau time aku malas aku masukkan semua bahan dalam blender dan aku blend jer...nak cepat...maklum la tajuk blog ni kan 'when a working mother cooks' sesuai untuk orang-orang yang on the run!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...