Kuih lapis ni sesuai di makantime breakfast mahupun minum petang...hari ni aku buat untuk breakfast..kuih yang senang dan gerenti jadi..
Kuih Lapis Trio - menunggu untuk dingap!


Dah potong kecik kecik supaya senang anak nak makan

Dah masuk tupperware..senang nak simpan..gerenti tak masuk semut...(grrrrr umah aku nih banyak tul semutnya!)

KUIH LAPIS TRIO
Bahan-bahan:
150 gm tepung beras
100 gm tepung ubi
1/2 camt garam
1 camt air kapur
450 ml santan pekat
1 camb serbuk koko
1 camb coklat emulco
1 camt pewarna hijau
1 camb esen pandan
1 camt esen ros
Bahan sirap:
160 gm gula pasir
125 ml air
2 helai daun pandan
Cara-caranya:
1. Panaskan pengukus dan didihkan air dalam pengukus hingga mendidih.
2. Sementara itu sediakan bancuhan kuih. Satukan semua bahan sirap dan dimasak hingga gula larut. Tapis dan ketepikan biar suam.
3. Santan disatukan dengan garam. Kacau hingga sebati.
4. Satukan kedua-dua tepung dan air kapur. Masukkan campuran sirap dan santan. Kacau hingga tepung larut dan sebati. Tapiskan.
5. Bahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama dicampur dengan serbuk koko dan coklat emulco. Bahagian kedua dicampurkan dengan esen ros dan dibiar pada warna asal. Bahagian ketiga dicampur dengan esen pandan dan pewarna hijau.
6. Ambil loyang pengukus. Leserkan dengan sedikit minyak. Masukkan lapis koko terlebih dahulu. Kukus selama 10 hingga 15 minit atau hingga masak.
7. Bila laspisan koko dah masak, angkat dan lorekkan permukaan kuih dengan garfu. Tuang lapisan warna asal dan dikukus lagi 10 minit.
8. Bila lapisan kedua dah masak, ulangi lagi untuk lapisan ketiga iaitu lapisan hijau. Kukus lagi selama 15 minit.
9. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong.
1 comment:
have a peek at this web-siteblog link navigate to this websitelook at this now navigate heretry this out
Post a Comment