Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, April 18, 2011

Gulai Ikan Selar

Ada ikan selar balen gi pasar last week...kena masak hari ni gak..kalau tak ikan ni rosak lak...nak buat percik, kecik benor ikan ni..pas tu kuantiti nak percik tu tak banyak..buat fenat je idupkan api pastu bakar cuma 2 ekor..kang kena marah lak dengan tukang idup api (laki aku la sapa lagi..aku memang fail bab idupkan api guna arang nih)...last last ikan ni masuk periuk jadila gulai...





GULAI IKAN SELAR

Bahan-bahan:

5 ekor ikan selar - nak guna ikan kembung pun boleh, ikan di cuci
1 inci lengkuas
1 inci halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili kering
1 mangkuk santan
Sedikit kunyit hidup
2 keping asam keping
1 camt ketumbar
Garam dan gula


Cara-cara:

1. Kisar lengkuas, halia, kunyit, cili kering, ketumbar dan bawang hingga hancur.

2. Satukan semua bahan di dalam periuk dan dimasak di atas api hingga santan mendidih. Kacau sentiasa supaya santan tidak berketul. Jika ada belimbing buluh boleh juga diletak, tetapi hendaklah dikurangkan atau dibuang terus asam keping. Juga boleh dimasukkan buah timun yang dihirs memanjang. Aku tak letak sebab semua tu tak ada kat dalam peti ais.

3. Rasakan garam gula. Makan dengan nasi putih.

1 comment:

Anonymous said...

mcm mne pulak ttbe lengkuas xde mse 2?? (keadaan tdesak/last minit)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...