Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Showing posts with label TELUR. Show all posts
Showing posts with label TELUR. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

Telur Puyuh Masak Limau Purut

Last week (hari apa dah lupa) jalan-jalan beli barang kat Billion tepi umah ni ternampak telur burung puyuh dia is selling quite cheap. RM1.90 for 15 eggs, cheaper than pasar malam. The kids memang suka dengan telur puyuh especially bila buat young tau foo, but 'm not gonna make yong tau foo with this egg this time..the last time aku buat acar, this time nak masak lemak that is!



Masak resepi ni untuk berbuka puasa ganti semalam. Senang dan cepat disediakan. Maklum la yesterday was my first day of working after my 3-month maternity leave. Mood nak kerja belum datang. Tambah lak dengan posa ganti..kita sesorang yang puasa orang lain dok makan, haihhhhhh terliur!



Resepi ni dapat from a cooking magazine, Sedap Bil 4..bila dia tayang gambar telur puyuh yang mengancam tu terus teringin nak cuba..dan memang kena dengan selera ahli rumah..





TELUR PUYUH MASAK LIMAU PURUT
Recipe: Sedap (4)
Source: Mieza@WAWMC


Bahan-bahan:
15 biji telur puyuh - rebus dan kupas kulitnya
6 helai daun limau purut - dibuang tulang dan dihirs
1 batang serai - diketuk
Garam dan gula secukupnya
1 mangkuk santan sederhana pekat
1 camb air limau purut - aku ganti limau nipis sebab tak ada limau purut
3 camb minyak untuk menumis

Bahan kisar:

3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 cm kunyit bakar
2 biji cili merah
2 biji cili kering
2 cm lengkuas


Cara-caranya:

1. Tumis bahan kisar, daun limau purut dan serai hingga naik bau. Masukkan telur puyuh dan dikacau rata.

2. Masukkan santan, garam dan gula. Masak hingga matang. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul.

3. Masukkan air limau purutt dan kacau rata. Angkat dan hidangkan.


SELAMAT MENCUBA

Sunday, May 1, 2011

Tofu Telur Sweet Sour

Satu lagi dish yang memang besh diratah je..aku suka, Adnin suka espeseli bila dimasak sweet sour, Wawa lak tak yah tanya la semua dia suka..yang tak leh makan cuma the daddy sebab dia gastrik..tofu ni ada kacang soya dan dia tak leh makan benda berkacang..sian dia padahal dia cukup suka tofu telur...

Selalunya aku masak sup tofu..ataupun goreng ala cina letak sos tiram dan pecahkan telur dan dikacau cepat-cepat..tapi sekali sekala layan sweet sour memang syok..berselera makan lunch tadi :)









TOFU TELUR SWEET SOUR

Bahan-bahan:

2 bungkus tofu telur
3 biji bawang putih - ketuk dan hiris kasar-kasar
1 biji bawang besar - potong 8
1 biji cili merah - hiris serong
1/2 biji capsicum - potong sepanjang seinci
Sedikit carrot - potong sepanjang seinci
1 biji tomato - potong 8
4 biji jagung muda - hiris serong
Sedikit daun bawang - potong sepanjang seinci
Sedikit daun sup - hiris kecil untuk tabur
3 camb sos sweet sour - aku pakai brand life
1 camb sos tiram
Garam gula secukupnya


Cara-caranya:

1. Tofu dipotong setebal 1 - 1.5 cm dan goreng hingga perang. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga perang dan wangi. Masukkan bawang besar, sos sweet sour dan sos tiram serta sedikit air untuk dijadikan berkuah. Biarkan seketika.

3. Masukkan carrot dan jagung muda. Renehkan hingga sayur empuk.

4. Kemudian masukkan tomato, tofu yang sudah digoreng, capsicum, daun bawang dan cili merah. Gaul rata. Rasakan garam gula.

5. Taburkan daun sup semasa menghidang.





Have a nice day!

Tuesday, April 26, 2011

Acar Rempah Telur Puyuh

Semalam aku pergi pasar malam proton city kekonon nak beli daging segar..tapi mamat jual daging tu tak berniaga la pulak...dah lama benor dia tak berniaga..susah aku nak makan daging fresh...kat TM ni memang susah nor nak beli daging fresh..brother tu tak niaga sebab tak der supply lembu ke dah bankrap..frust tul aku sebab aku nak makan daging goreng kunyit...huhuhu

Masa gi pasar malam tu nampak brother ni jual telur burung puyuh, RM3 for 23 eggs..tak tahu la aku murah ke mahal sebab aku tak penah beli...kalau aku beli telur puyuh pun yang dah masak kat orang jual yong tau foo tu RM1 = 5 biji.

Secara jujurnya aku tak penah masak telur burung puyuh..macam biasa aku mula menggodek dapur kegemaran aku CMG tu..jumpa resepi ni..macam sedap je..aku cuba la...tapi aku tak der udang kering (kehabisan stok) jadi tang udang kering tu aku ganti dengan ikan bilis...syedap! Resepi ni pun aku c&p resepi dari dapur CMG yang glamer tu..






ACAR REMPAH TELUR PUYUH

Bahan-Bahannya :-)


35 biji telur burung puyuh - nak guna telur ayam pun boleh tapi tak yah ler sampai 35 biji ahakkss
2 bawang putih, hiris
5 ulas bawang merah*
3 biji cili merah*
1 camca besar jintan manis*(*ditumbuk halus)
1 biji bawang besar, belah 8
1 camca besar cuka
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 camca besar kicap
Garam dan gula secukup rasa



Cara membuatnya :-)

1. Rebus telur puyuh, kupas, cuci dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan sebentar.

2. Tumis bawang putih, masukkan bahan2 tumbuh, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Tumis hingga wangi.

3. Masukkan cuka, kicap, gula (lebih skit) dan sedikit garam. Gaul rata, bila mendidih, masukkan telur, gaul hingga mesra, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Angkat dan hidangkan...



Selamat Mencuba!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...