Pejam celik pejam celik dah 1 Rejab kita hari ni...lagi 59 hari insyaAllah bertemulah pula dengan Ramadhan dan disusuli dengan Aidilfitri. Sekejap ke kan masa berlalu. Puasa tak hari ni? Puasa sunat 1 Rejab. Mieza pun tak ingat kalau tak tengok FB dan wassap group belajar mieza..alhamdulillah dengan wujudnya aplikasi sosial sekarang ni kawan-kawan sering ingatkan bila tiba hari-hari yang sangat baik dan digalakkan berpuasa. Sapa kata aplikasi sosial hanya membawa keburukan? Jika diguna dengan baik banyak sangat kebaikan yang dapat dikongsi...setuju tak?
Sepanjang hujung minggu ini suami terpaksa berkerja. Diangkut dengan anak-anak sekali ke ofisnya. Jadi rumah terasa lengang pulak. Sunyi sangat hingga mama yang tinggal sesorang kat rumah boring la pulak. Jadi mieza ambil peluang untuk menguli roti. Boleh juga buat minum petang. Dicicah gulai ayam. Tapi gambar kari ayam terlupa nak snap...tak pa lah..kari ayam semua orang tahu buat hihi
Buat Kak Su yang minta resepi roti di FB..disini mieza kongsikan resepinya. Roti yang lembut dan sedap. Roti ni juga menggunakan madu. Jika tak ada madu kat rumah jadikan gula tu 70 gm instead of 40 gm. Satu lagi, jika ada tepung high protein boleh la guna sbb roti akan lagi lembut, tapi kalau tak ada atau susah nak dapat boleh juga digunakan 500 gm tepung gandum. No problem!
BUNS
300 gm tepung roti @ tepung high protein
200 gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu
1 biji telur
250 ml susu segar
1 paket yis (11 gm)
40 gm gula
40 gm butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar yogurt
Cara-cara:
Cara ni menggunakan cake mixer dengan penggunakan cakuk doh. **** macam buat donut hari tu...
1. Panas susu segar hingga suam dengan api kecil. Tak perlu mendidih. Cukup suam-suam je. Kemudian masukkan yis dan 1 sudu besar gula. Kacau. (Kalau susu teralu panas yis akan mati). Biarkan adunan susu dan yis seketika hingga berbuih.
2. Masukkan semua bahan yang lain ke dalam mangkuk pengadun dan masukkan juga bancuhan yis. Putar adunan hingga semua sebati selama lebih kurang 5 - 7 minit.
3. Bentukkan doh menjadi satu bola besar. Doh ini agak lembik. Tutup mangkuk dengan tuala bersih dan rehatkan doh selama lebih kurang sejam atau hingga dia naik 2 kali ganda. Kalau nak cepat naik simpan di tempat yang panas seperti dalam oven yang tidak dipasang suisnya.
4. Setelah sejam, keluarkan doh dan uli ia menjadi bentuk yang diingini. Tabur kan sedikit tepung pada tangan agar doh tidak melekit. Bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 45gm dan susun dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega.
5. Biarkan doh naik dua kali ganda (lebih kurang dalam 1/2 jam).
6. Bila doh dah naik sapukan doh dengan bancuhan 1 telur kuning dan 1 sudu besar susu segar yang telah dikocok. Sapu dengan menggunakan berus. Boleh juga ditaburkan sedikit bijan.
7. Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 15-20 minit atau hingga bahagian atasnya perang.
8. Bila bun dah masak, keluarkan dari oven dan cepat-cepat sapukan dengan mentega supaya bun kekal lembut dan tidak mudah kering.
Mieza juga ada sediakan bun sosej mini kegemaran anak-anak. Nak bawa ke sekolah kata depa. Masih lagi adunan doh yang sama. Mieza buat saiz kecik kecik. Mieza guna sosej ayam Ayamas. Satu sosej dibelah 2 dan dipotong 2. Kiranya satu sosej tu dapat 4 buns la. Untuk memastikan bun tu saiznya sama, mieza timbang doh seberat 35gm setiap satu bun.
Nampak tak texture dalamnya...gebu kan? The kids love it.
Buat Kak Suria..selamat menguli!
Main Module
Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates
Adds
Calendar
Monday, April 20, 2015
Tuesday, April 14, 2015
Moist Chocolate Cake
Dah lama tak mengekek!Dan dah lama juga la Suamiku Mr Perfect 10 tu minta cek cekelat..sejak jadi student ni memang malas betul nak mengekek..oven tu pun dah lama tak berkhidmat..mendayu-dayu dia minta nak berbakti..
Akhirnya last weeked buat la juga kek ni..lepas tu semalam buat lagi sebab permintaan yang sangat tinggi...tapi semalam buat 1/2 adunan je...kek yang sangat lembap dan mabelessss...en perfect 10 dan anak laki bujang yang berumur 4 tahun tu sangat sukakannya..alhamdulillah..tapi oven tu tetap belum berkhidmat sebab kek ni kena kukussss...tapi percayalah memang mabeles...sedap sesangat!
Maaf lah kek ni smudgy..sebenarnya memang disengajakan kesmudgyiannya tuh! Supaya nampak lagi tempting..bila buat untuk makan sendiri ni memang malas nak berhias kemas-kemas..bior lah comot janji sodap hihi..tapi kalau nak hidang kat tetamu kita lap la ye lelehan choc ganache tu..
Dalam resepi tak dinyatakan loyangnya..first time mieza guna loyang bulat saiz 8 inci agak tinggi juga kek tu..jadi disarankan jika buat full adunan gunakan loyang bulat 9 inci..kalau buat 1/2 adnan boleh guna loyang 7 inci..yang dalam gambar ni mieza buat 1/2 adunan menggunakan loyang 8 inci..
MOIST CHOCOLATE CAKE
100 gm serbuk koko*
1 tin susu cair Ideal*
200 gm minyak sayuran* (minyak canola)
250 gm susu pekat*
250 gula kastor
4 biji telur
150 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu teh nescafe
Cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda. Ketepikan
2. Satukan semua bahan yang bertanda (*) di dalam periuk dan panaskan di atas api sederhana hingga licin dan tidak berketul. Tak perlu masak hingga mendidih. Hendaklah dikacau selalu. Ketepikan.
3. Putar telur bersama gula hingga berbuih. Kemudian masukkan bahan serbuk koko yang telah dimasak tadi. Kacau sebati.
4. Masukkan tepung dan nescafe sedikit demi sedikit. Gaul sebati dengan menggunakan spatula sahaja (tak perlu putar guna mixer)
5. Sapu loyang dengan mentega dan alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Kukus selama 1 jam di atas api sederhana. Pasti air telah mendidih sebelum dikukus.
CHOCOLATE GANACHE:
250 gm coklat masakan
25 gm mentega
75ml susu cair/whipping cream
1. Panaskan susu bersama mentega hingga mendidih.
2. Angkat dan masukkan coklat masakan yang telah diracik.
3. Kacau hingga coklat cair.
4. Tuang di atas kek dan taburkan badam panggang atau coklat urai.

Friday, April 10, 2015
Kuih Bakar Pandan
Eh eh sekarang dah April kan...tak lama lagi bulan puasa menjelma...amacam dah selesai ganti mana-mana puasa yang tertinggal last year? Kalau belum cepat-cepat tau..takut tak sempat.
Mieza dengan anak sulung berpuasa..dah a few days kami berdua berpuasa..insyaAllah tak lama lagi habislah bayar hutang dengan Allah ni..yang lain-lain orang dalam rumah ni tak puasa...depa tukang makan ja..yang si bapa nya tak berapa nak boleh berpuasa sebab gastrik (Alhamdulillah di bulan Ramadhan Papanya berjaya puasa cukup sebulan) Wawa pula memang mieza tak kasi berpuasa sebab dengan nak kena pergi tusyen risau pula takut dia tertido di dalam kelas, si Umar memang tolak tepi lah...istilah puasa pun dia belum faham...jadi mieza dengan anak sulung je lah yang berpuasa...moga-moga puasa ni mendapat keberkatan..
Kalau semalam mieza masak kek coklat kegemaran suami (tak larat nak ambik gambar...lain kali insyaAllah...kek coklat yang sangat sedap!), hari ni kita bakor pulak kuih bakar pandan kegemaran anak sulung...tak sabar dia nak berbuka! Kuih tradisional yang sedap dan sangat mudah untuk menyediakannya.
KUIH BAKAR
1 cawan gula
1 cawan jus pandan
2 cawan tepung
2 1/4 cawan santan
2 sudu kecil mentega
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Bijan putih dan hitam
Cara penyediaan:
1. Panaskan oven 180'C.
2. Kisar semua bahan kecuali bijan di dalam pengisar (blender) sampai sebati. Kisar lebih kurang selama 1 minit.
3. Sapukan mentega pada acuan. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar di dalam oven sehingga masak dan bahagian atasnya agak keperangan.
4. Jika menggunakan loyang yang besar masa membakar adalah selama lebih kurang 40-45 minit. Kalau menggunakan acuan kecil-kecil macam dalam gambar 25 minit sudah mencukupi.
Kalau tak ada idea nak hidang apa untuk menyambut yang tersayang balik kerja/tusyen petang ni..apa kata cuba kuih tradisi yang lema manis ini?

Wednesday, April 8, 2015
Donut Gebu
Assalamualaikum..salam 1 Malaysia..
Tapi sekarang ni ada salam baru...Salam 1 GST! Walau apa pun pandangan orang ramai terhadap pelaksanaan GST di Malaysia, selagi kaki berpijak di bumi tanah melayu ini, hidup tetap harus diteruskan!
Blog ini sudah tenggelam timbul sekarang ni. Sabar lah lagi 2 1/2 tahun Insya Allah habis lah pengajian mieza..doakan saya!
Bukan tak memasak..memang boleh dikatakan setiap hari memasak..tapi tak sempat nak bergambar sebab dalam kepala ini sangat banyak kerja-kerja especially yang berkaitan dengan pengajian yang terpaksa didahulukan. Terkadang cemburu juga bila kawan-kawan update blog dengan masakan yang sangat mengancam...meleleh air liur ku....
Petang semalam sempat juga mieza menguli donut untuk minum petang keluarga..kesian juga bila terpaksa hidangkan air panas dengan biskut Jacob je kat suami bila dia balik kerja..lagi pun mendonut ni tidak lah mengambil masa yang lama...cuma uli (pakai mesin)..biar dia naik...dan kemudian bentukkan berbentuk cincin...sementara menunggu dia naik (selalunya sejam hingga sejam setengah) boleh la mieza menelaah...
Bila mieza poskan gambar donut ni di FB semalam ada a few of my friends yang minta resepi. Jadi untuk menyenangkan semua orang merujuknya, termasuklah diri saya sendiri sebagai rujukan pada masa hadapan terpaksalah mieza luangkan masa menulis coretan di blog ni hari ni. Donut ni sangat gebu..sedap...anak-anak pun suka..siap bawa bekal ke sekolah lagi pagi ni...resepi Chef Wan sebenarnya..
DONUT
Bahan A:
1 paket yis serbuk (11 gm)
1 sudu kecil gula
1/4 cawan air suam
Bahan B:
3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air
2 sudu besar mentega
Bahan C:
Minyak untuk menggoreng
Gula kastor/ Gula icing
Cara-cara:
1. Satukan bahan A di dalam bekas dan biarkan hingga berbuih. Dalam 2-3 minit. Jika ia berbuih bermaksud yisnya aktif dan tidak mati.
2. Di dalam bekas pengadun satukan tepung, gula, garam dan susu tepung. Gaul rata.
3. Buatkan lubang ditengah-tengah adunan tepung dan pecahkan telur, masukkan mentega dan juga bahan A yang telah aktif.
4. Putar adunan dengan menggunakan 'hook' pengadun. Macam dalam gambar ni..Putar hingga semua bahan bergaul rata.
5. Masukkan air (1/2 cawan) sedikit demi sedikit sambil adunan diputar. Tak perlu habiskan air jika adunan sudah tidak melekat pada mangkuk. Atau boleh juga ditambah air jika adunan terlalu kental. Ini bergantung kepada jenis tepung yang digunakan. Selalunya 1/2 cawan hingga 3/4 cawan air memadai.
6. Teruskan memutar selama 5-7 minit. Boleh juga diuli dengan tangan. Tapi takut timbul muscle nanti!
7. Keluarkan mangkuk dari pengisar dan tumbuk-tumbuk adunan dan bentukkan satu bola besar. Tutup mangkuk dengan tuala bersih dan rehatkan selama sejam hingga sejam setengah atau hingga adunan naik dua kali ganda.
8. Bila adunan sudah naik, keluarkan adunan dan canaikan di atas papan pencanai yang ditabur sedikit tepung. Tujuannya supaya doh tak melekat. Canaikan setebal 1/2 inci dan tekapkan dengan acuan donut hingga habis.
9. Susun donut di atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Rehatkan doh donut selama 1/2 jam.
10. Panaskan minyak. Goreng donut di dalam minyak secara terendam hingga keperangan. (Sekejap je tau goreng donut ni). Balik-balikkan donut semasa menggoreng. Angkat dan toskan.
11. Donut hendaklah disalut gula semasa ia masih panas. Jika ia dah sejuk gula tak akan melekat. Ambil satu plastik bersih. Masukkan 5-6 sudu besar gula kastor/gula icing ke dalam plastik. Kemudian masukkan donut yang masih panas-panas ke dalam plastik yang berisi gula dan goncangkan. Kaedah salutan gula ini adalah lebih cepat dan lebih bersih, gula tak berterabur.
Senang je kan? Nampak je arahan macam panjang..tapi sebenarnya senang sangat...
Selamat mencuba :)

Subscribe to:
Posts (Atom)