Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Showing posts with label PUDING. Show all posts
Showing posts with label PUDING. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

Moroccan Milk Pudding

Seronok pula berpuasa di hujung minggu..lepas solat subuh kami sambung melingkar dalam selimut..dari sahur tadi hujan turun dengan lebat di Tanjong Malim, memang best sangat memeram diri dalam selimut..dan yang paling seronok bila bangun tidor coz mieza boleh concerntrate buat kerja rumah yang lain selain memasak..oleh kerana tak perlu sediakan breakfast, jadi pagi Sabtu ini dihabiskan dengan vacuum dan mop ruang tamu, kemas porch dan bermalas-malas depan TV..wahhhh indahkan? Masa sama-sama tengok TV dengan anak laki mieza yang selalu ingat dirinya Otromen tu jari ni tertekan Tv Alhijrah dan terpampang lah wajah encem Chef Ammar..hari ni Chef masak Nasi Couscous, Tajine Chicken dan Moroccan Milk Pudding..

Memnag tempting, mieza tak tahan..semua bahan-bahan dah ada kat umah..jadi hari ni dessert untuk berbuka..taraaaaaaa....TQ Chef! Tapi ampun ye...mieza derhaka sikit! Heheheh



MOROCCAN MILK PUDDING

1 liter susu segar
120 gm gula castor
4 sb tepung jagung
4 sb air ros (mieza telah sedikit rose essence)
Saffron yang dibancuh dengan sedikit air (mieza guna yellow food coloring)
80 gm serbuk badam (mieza ganti dengan serbuk hazelnut)
Hirisan badam - di panggang
Sedikit Madu
1 st serbuk agar-agar (mieza tambah)


Cara penyediaan:

1. Bancuh tepung jagung bersama sedikit susu. Ketepikan.
2. Masak agar-agar dengan susu dan gula di atas api sederhana hingga larut.
3. Kemudian masukkan tepung jagung dan serbuk badam serta pewarna kuning. Kacau sentiasa.
4. Puding hendaklah sentiasa dikacar agar tidak berketul. Masak hingga likat.
5. Masukkan 1 sb madu ke dalam setiap bekas puding. Tuangkan puding ke dalam bekas hingga hampir penuh. Taburkan dengan badam panggang.
6. Biarkan puding pada suhu selama sejam. Kemudian sejukkan di dalam peti ais.
7. Semasa menghidang, tuangkan sedikit madu di atas puding.


SELAMAT BERBUKA ^__^

Wednesday, January 30, 2013

Chocolate Mint Pudding

Assalamualaikum...
Sapa suka puding cekelat sila angkat tangan cepat!!!!!
Ni nak kasi free nihhhhh !!!! Heheheh

Bangun pagi disuatu hari cuti terus buka TV..mesti nak tengok Food Network ataupun AFC..sebab itu adalah 2 channel faveret mieza...sekali ternampak Aarti tengah masak choc pudding kat FN fullamakkkkk terliur... suami pun mintak dibuatkan choc pudding...isy! Tak tahan! Dulu-dulu masa mieza belajar di universiti, mieza ambil peluang kerja part time kat cafe univ..nama cafe tu Sandburg Cafe'...cafe ni untuk pelajar hostel..memang ramai pelajar Malaysia kerja kat situ maklumlah duit biasiswa yang gomen kasi tak cukup ahakkkssss...kami ekrja dibayar pada harga USD5.50 sejam..alhamdulillah sebulan dapatlah dalam USD600.00...lepas ;a shopping hahaha

Tapi masa dulu-dulu chef ajar mieza buat choc pudding guna premix..senang giler lah...dan mieza boleh deco ikut suka hati mieza...selalunya choc pudding yang dsiplay dalam fridge kat cafe tu memang sekejap je abis...kalau tak silap mieza ia dijual pada harga USD1.50 sebekas...back in year 1997 la kan hehehe


Terus mieza menggoogle resepinya...baca review and so on..jadi mieza decided to give this recipe a try...cuma next time mieza nak recudekan sugarnya..sweet sangat...dan mieza juga ingat nak tambahkan 1 st gelatin kasi dia pejal skit...hmmmm sedappp!!!


CHOCOLATE MINT PUDDING
Recipe: David Bonnom @ Myrecipes.com
Source: Mieza @ WAWMC



Ingredients
     
    3 cups fat-free milk

    1/2 cup packed fresh mint leaves (about 1/2 ounce)
    2/3 cup sugar
    1/4 cup cornstarch
    3 tablespoons unsweetened cocoa
    1/8 teaspoon salt
    3 large egg yolks, lightly beate
    1/2 teaspoon vanilla extract
    2 ounces semisweet chocolate, chopped
    Mint sprigs (optional)







Preparation

1. Heat milk over medium-high heat in a small, heavy saucepan to 180° or until tiny bubbles form around edge (do not boil). Remove from heat; add mint. Let stand 15 minutes; strain milk mixture through a sieve into a bowl, reserving milk. Discard solids. 
2. Return milk to pan; stir in sugar, cornstarch, cocoa, and salt. Return pan to medium heat; bring to a boil, stirring constantly with a whisk until mixture thickens.
3. Place egg yolks in a medium bowl; gradually add half of hot milk mixture, stirring constantly with a whisk. 
4. Add egg mixture to pan; bring to a boil, stirring constantly. Cook 1 minute or until thick. 
5. Remove from heat; add vanilla and chocolate, stirring until chocolate melts. 
6. Pour pudding into a bowl; cover surface of pudding with plastic wrap. Chill. Garnish with mint sprigs, if desired.
7. Serve cold

Monday, January 14, 2013

Kek Coklat Puding Karamel

Assalamualaikum..
Dah pukul 11.43 malam...semua dah tido agaknya ye..mieza ni masih terbuka luas sebab tadi pekena secawan kopi..tu yang luas terbuka matanya...dah alang-alang mata terbuka luas ni meh la kita update resepi...


Ini adalah antara resepi kek yang paling mieza suka...dah memang sukakan puding karamel..dilapisi lak di atas kek cekelat yang sangat moist...perghhhhh memang dua biji ni mieza ngap sorang je...manis tu memang manis..kalau ada diabetic tu make sure makan 1 sudu teh je hokey hahhaha


Mieza dah pernah share resepi ni kat SINI dulu...dan memang akan sentiasa buat kek ni..dan lagi dan lagi..sebab sedap giler!


Nak buat hantaran pun ok..nak hidang kat meja makan beradab pun ok...kalau buat sebagai dessert bila jemput kawan-kawan datang umah...dihias lak dengan fresh strawberry..memang terbeliak lah mata rakan-rakan...no one can resist tau! Oleh sebab mieza bahagian puding karamel tu tebal lagi maka mieza double kan adunan untuk puding karamel tu


KEK COKLAT PUDING KARAMEL
Sumber : Chahaya Sheila & Kak Ummi @ HSH


*****Nota untuk mieza - mieza doublekan adunan untuk puding karamel sebab sukakan puding yang lebih tebal****

 (A) Bahan (Gula Karamel) :-
 2 sudu besar gula pasir (jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nanti)  

Cara-Cara:-

Taburkan pada dasar acuan silikon (mieza guna SM kecil-kecil untuk individuak serving) dan bakar pada suhu 180 C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula...jgn pelik lak yea...xpa kejap jer)**** mieza bakar 7 minit je untuk oven mieza  

(B) Bahan Puding Karamel :-
3 biji kuning telor
1 cawan susu cair (*akak guna susu sejat Ideal, mieza pun followwwwww)
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 sudu teh esen vanila  

Cara-Cara:-

1. Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut jer)

2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel/gula hangus tadi.

3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit/pekat sikit permukaan puding tu...jangan terlampau keras lak, nnt takleh sebati dengan kek - (*akak set suhu 160 C je dan akak guna api atas bawah).

 4. Ketepikan dan sejukkan puding lebih kurang 30 minit....(sementara bakar tu sediakan adunan kek coklat.)

(C) Bahan Kek Coklat:- *****yang ini mieza tak doublekan adunannya***
1 cawan serbuk koko - akak guna brand Van Houten, mieza follow jugerrrrrr
1 cawan susu cair - akak guna susu sejat Ideal, mieza pun
3/4 cawan susu pekat manis
3/4 cawan gula (akak kurangkan sikit, mieza followwww lagi hehheeh)
*1 cawan minyak masak
* 2 sudu besar mentega yang dilembutkan * (bahan * disebatikan bersama)

3/4 cawan tepung gandum *
1 sudu teh soda bikarbonat *
1 sudu teh baking powder * (bahan * diayak bersama)

4 biji telor - blend hingga halus  

Cara-Cara:-
1. Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.

2. Masukkan telor yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.

3. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula jer. Kacau sebati semuanya.

 4. Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan (tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah).

5. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam (mieza bakar 50 minit je untuk oven mieza) secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan lebihkurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.

Thursday, September 6, 2012

Puding Mangga dan Peach

Assalamualaikum..
Apa khabar semuaaaaa...mieza doakan semuanya sihat-sihat belaka...mieza sangat busy sekarang ni..tak sempat pun nak masak..apatah lagi nak update blog..nak visit blog kawan-kawan pun tak sempat...terima kasih buat kawan-kawan yang bertandang dan meninggalkan komen...bila reda sikit kebusian ni mieza akan visit kawan-kawan balik...minggu ni mieza sibuk dengan Bengkel Akreditasi MQA...at the same time sibuk dok prepare paper dan slide presentation untuk konferen next week..next week juga anak sulung mieza nak peksa UPSR..sama tarikh dengan konferen mieza...kesiannya anak mama...kalau boleh mieza nak ambik cuti selama 3 hari Adnin peksa UPSR..supaya senang nak uruskan biar makan dia cukup dan rehatnya cukup...tapi apa boleh buat...tarikh sama dengan la pulak..Mama doakan Kakak Adnin berjaya nanti..insyaAllah...


Minggu lepas beberapa kawan Adnin datang beraya kat umah..memang tak sempat mieza nak masak beriya-iya sebenarnya..jadi mieza masak laksa nyonya dan puding ni..insyaAllah nanti bila mieza free skit mieza akan postkan resepi laksa nyonya...kesian pula kalau anak-anak yang comel itu datang beraya dan tak ada dessert untuk depa...oleh sebab masa yang suntuk mieza guna je puding segera nona heheheh


Jadi cara masaknya senang je la..mieza guna 2 paket serbuk puding mangga Nona (1 paket dalam 80gm) dan ikut je arahan kat paket tu..cuma mieza ubahsuai skit supaya rasanya lagi lemak...arahan kat kotak tu cakap 1 paket serbuk puding tu dicampurkan dengan 400 ml air..tapi mieza gantikan dengan fresh milk...dan mieza juga letakkan buah peach yang dipotong kiub..alhamdulillah sedap puding ni walaupun pakai premix...senang dan cepat dan sedap...semua kawan-kawan Adnin memuji-memuji..depa tatau mieza pakai segera punya hahahha


InsyaAllah mieza akan ubahsuai puding ni menjadi puding stroberi untuk hidangan makan beradap perkahwinan anak sedara mieza dalam bulan Disember nanti...

Selamat Mencuba!

Saturday, August 4, 2012

Puding Milo dan Oreo

Ramai sungguh yang telah mencuba puding ni..setiaphari bila buka blog mesti nampak sana sini mencuba puding ni...memula nampak Rima Singapore..lepas Hana..lepas tu Kak Nor Ganu..pastu ada lagi yang mieza tak sempat nak sebut nama...membuatkan mieza tak senang duduk...harus juga kucuba...nan hasilnya memang mabeles..jangan tak percaya kalau mieza cakap mieza buat puding ni 2 hari berturut-turut..turn out semua ahli keluarga suka...hubby yang memang suka coklat tu pantang disua terus dingap...anak-anak minta dibuat lagi sebab pudingnya memang heaven!


Mieza bekukan puding ni dalam silicone mould bentuk rose...malas pula mieza nak buat dalam acuan kecil-kecil macam orang lain...bila penyakit M ku datang...hahhaha..alhamdulilah puding ni akan mieza buat lagi dan lagi..tak jemu makannya..tambah pula dimasukkan biskut oreo...memang nyamannnn...


Mieza kopipes kan resepi dari Along Roz...tuan punya resepi asal...sedap dan mabelessss!


PUDING MILO DAN OREO
By: Along Roz @ Home Kreation
Source: Mieza @ WAWMC
 
 Bahan-bahan

  • 1 bungkus agar-agar serbuk (10gram)
  • 750ml air
  • 160g gula
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3/4cawan milo
  • satu bungkus oreo (135g) - patah-patahkan dua lapisan sandwich
Cara-cara

  • Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
  • Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati.
  • Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku.
  • Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.



Tips Melapis :
  • Jangan tunggu lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak akan melekat.
  • Jika lapisan telah membeku, guriskan permukaan dgn garfu dan tuangkan lapisan seterusnya.
  • Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn elok.

Tuesday, July 31, 2012

Puding Buah Peach

Aktiviti menghabiskan stok peach...kesian pula bila buah peach tu dah berhari-hari dok bertapa dalam fridge tu..bila berbuka bawa kuar dan makan satu dua slice..pastu masuk balik dalam fridge...mieza fikir kalau ditukar bentuk pic tu dari bentuk buah ke bentuk puding tentu cepat sikit habis nya kan..hehehe


Oleh kerana cuma ada 4 halves je pic tu maka mieza cuba la resepi pudding yang dari buku Chef Hanieliza yang dimiliki oleh anak sedara mieza ni...bila keempat-empat halves mieza dadukan dan dihumban dalam puding maka tak der lagi balen nak deco puding..fruit lain pun tak de gak hahaha..jadi puding mieza togel he hihihi...suami mieza sangat sukakan coklat..jadi mieza tuangkan sirap coklat hersye's...emmmm lazat sangat! Dan puding ni juga adalah acara pecah dara acuan silicon rose  kiriman anak sedara mieza yang sedang belajar kat Warwick Univeristy kat UK nun..cantik sangat bentuk rose ni...terima kasih dear sebab belikan silicone mould ni...muah muah muahhh


Oleh sebab  stock pic cuma ada sikit..maka mieza cuma buat 1/2 sahaja dari adunan resepi chef hanieliza ni...dapat 6 biji yang acuan rose dan 3 biji acuan yang satu lagi tu..cukup-cukup je untuk family mieza..Alhamdulillah...cuma next time mieza rasa mieza nak blend sebahagian dari buah pic tu dan dimasukkan sekali ke dalam adunan puding...


PUDING BUAH PIC
Recipe: Chef Hanieliza dari buku 1 hari 1 resepi
Source: Mieza @ WAWMC

10 gm serbuk agar-agar - mieza guna agar-agar serbuk dalam paket brand abc
4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair - mieza guna susu Ideal
2 tin buah peach - dipotong dadu



Cara-cara:

1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakan sehingga mendidih. Tutupkan api.
2. Masukkan susu cair dan potongan buah pic. Kacau rata
3.Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan. Mieza guna silicone mould
4. Hidangkan bersama lebihan buah pic atau lain-lain buah-buahan koktel. mieza tuangkan sirap coklat ke atas puding untuk mendapatkan kelainan..


SELAMAT MENCUBA ^__^

Friday, July 27, 2012

Chocolate Chip Bread Pudding

Salam Hari Jumaat semuaaaa...
Mesti semua hepi kan sebab esok cuti selama dua hari...waaaa beshnyer..mula lah mieza berfikir-fikir nak masak untuk hujung minggu...seronok sikit sebab hujung minggu mieza berpeluang untuk sepenuhnya masak juadah berbuka dengan air tangan sendiri...kalau hari kerja tu mieza cuma masak nasi dan goreng ayam sahaja..sementara kuah dan kuih kebanyakannya mieza beli..kalau sibuk sangat dan badan pun dah letih lepas balik kerja..mieza cuma masak nasi..kemudian mieza dan suami akan ke bazar yang cuma kat depan umah mieza..jalan kaki 3 minit je...untuk beli ikan bakar ke..ayam panggang ke..kuih muih etc...jadi bila wiken mengunjung mieza teruja lebih hahahahah


Bread pudding ni memang kegemaran hubby...2 entry yang lepas mieza tayangkan Caramel Bread Pudding...hubby tak suka yang kukus begitu..dia suka yang baked...jadi panjang lah muncung dia sebab tak buatkan kegemarannya hahahah.. mieza mencuri waktu break lunch di pejabat untuk jalan-jalan mencari kelainan untuk menyediakan bread pudding di blog kawan-kawan...tersinggah umah kak ita yang memang mieza suka tu..walaupun mieza memang jarang tinggal komen sebab segan kat kak ita..maklum la mieza ni baru belajar..rasa segan dengan kak ita hahaha...bila ternampak je resepi ni kat umah kak ita terus mieza cuba..alhamdulillah hubby memang suka sesangat...jangan tak percaya kalau mieza katakan loyang saiz 8 inci ni 3/4 nyer dibedal oleh suami ku sorang....now it explains his body weight huh..hihihi tak per la kan Ramadhan sekali je setahun ^__^


Mieza bakar dalam loyang 8 inci..walaupun resepi kata pakai loyang 9 inci..tapi oleh sebab mieza nak kan pudding mieza agak tinggi dengan menggunakan sukatan yang sama maka mieza pakai loyang 8"..bila keluar je dari oven wawa yang berpuasa yang yok itu tak sabar-sabar nak makan...tapi dia tak gak leh makan..sebab tak posa maka dia kena tunggu gak makan sesama dengan orang yang berpuasa...maka panjang lah mulut si anak dara mieza yang baru berusia 5 tahun itu..



Bila mieza dera dia begitu..maka semalam dia pun berpuasa la..alahai kesian la pulak mieza sebab dia tak bersahur...bila mieza pick dia from her kindy at 12 noon yesterday..dia kata "Mama, hari ni wawa tak makan sebab wawa nak posa"...kesian pula mieza tengok dia keletihan..first time dia berpuasa...lepas balik sekolah wawa tengok TV kejap then dia tertido..bila dia bangun pukul 5.30 petang dia menangis kelaparan dan mintak nak makan...wahai anak...kalau wawa mintak nak makan pukul 12 noon tadi memang mama izinkan tapi sekarang cuma tinggal 2 jam je lagi nak berbuka...sayang sangat kalau nak berbuka...sabar lah wahai anak...mieza pujuk wawa untuk tido semula..tepuk-tepuk punggung dia..dia terlelap balik...terjaga balik sejam kemudian...menangis lagi...merengek-rengek cakap lapar..terus mieza suruh dia mandi dan main dengan sponge bob dalam bilik air...Alhamdulillah..selepas berkali-kali dipujuk akhirnya wawa selamat juga berpuasa selama sehari semalam...dan hari ni wawa berpuasa lagi...alhamdulillahhhhh...


CHOCOLATE CHIP BREAD PUDDING
Source: Nigella Lawson & Kak Ita Masam Manis
Source: mieza @ WAWMC

250 gm roti - anggaran 8- 10 keping
500 ml susu cair
125 ml double cream- mieza tak der stok, mieza ganti dengan yogurt
40 gm gula perang - ita tambah 20 gm lagi- mieza pun
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila - ita tambah, mieza follow
100 gm choc chip
2 sudu gula pasir - untuk tabur atas puding




Panaskan oven 170 C
Sediakan loyang berukuran 23 cm atau 9 inc
Leserkan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
Boleh juga  gunakan  ramekins atau casserole.

Roti di potong kecil
Ita bakar dulu roti tu sekejap supaya roti tidak terlalu lembik bila direndam. Dan kita juga akan dapat tekstur puding yang agak padat.
Susun roti dalam loyang, atau ramekins atau casserole.
Taburkan 100 gm choc chip.



Dalam satu bekas yang lain kita satukan, susu, double cream, gula perang, telur dan esen vanila.
Pukul sehingga adunan rata.
Tuangkan perlahan2 atas roti tadi supaya ia meresap dalam roti.
Teka-tekan rori supaya ia meresap adunan.
Biarkan roti terendam sebentar selama lebih kurang 20 minit
Taburkan gula pasir atasnya.
Bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 40 minit
Sedia untuk di hidangkan.

Update...
mieza terlupa nak postkan resepi vanilla sauce tu..hinggalah ada pengunjung bertanya kat comment box pasal sos vanilla tu...maaf banyalk-banyak ye dear...jom tengok resepo sos vanila yang mieza selalu buat..


VANILLA SAUCE
Recipe: Mieza @ WAWMC

1 tini susu Ideal
2 sb tepung custard - mieza guna brand Custard Bird
3-4 sb gula - ikut suka tahap manis

Cara-cara:

1. Bancuh tepung kastad dengan sedikit susu cair hingga sebati.
2. Masukkan bancuhan tepung kastad, baki susu cair dan gula ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga sos agak pekat.
3. Tutup api dan biarkan sos sejuk sedikit sebelum dituang ke atas puding. Boleh juga disimpan sejuk.

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, July 25, 2012

Puding Jagung Lapis Biskut

Assalamualaikum wbt...semua sihat-sihat ke pengunjung WAWMC hari ni?
Kalau sihat alhamdulillah syukur..mieza je yang tak sihat...dah hampir seminggu terbatuk-batuk dan sakit tekak walaupun dah ke klinik tapi tak baik gak...may be sebab bulan posa kita tak leh minum air..harapkan air yang diminum semasa berbuka dan bersahur je lah...hari ni suara terus tak kedengaran...tu yang mc hari ni..rasa tak larat pula nak ke ofis..kalau kerja nanti kena bagi lecture..tapi sora tak der..sian pula kat students dengar pensyarahnya meneran-neran nak bagi sora keluar...nampak gayanya kejap lagi mieza kena keluar juga ke klinik untuk ambik mc...waduhhhhh..

 

Sudah lah begitu pagi tadi hampir-hampir terbabas waktu sahur..alkisahnya semalam lepas berbuka mieza  terus tido sebab tak larat dan badan rasa tak sihat...alarm pula di set pada handphone..alkisah phone abis bateri semasa mieza sedang nyenyak tido...bila terjaga pagi tadi teringin nak tengok hp...tengok-tengok hp dah padam...terus kejutkan hubby nak tanya dah pukul baper..sekali dah pukul 530 pagi daaaaa...haiyaaaa punya lah kelam kabut check takwim hari ni subuh pukul 5.51...terus kejutkan anak sulung...masuk dapur tak sempat dah nak wat apa kecuali goreng telur dadar dan makan je nasi puith dengan telur dadar dan serunding daging huwaaaaa rasa sedih sangat....terus rasa geram kat semua ahli umah sebab hanya depends kat mieza untuk kejutkan depa..hp masing-masing tak set alarm...kan kalau suami dan anak juga set alarm untuk bangun tak der la terbabas..hahahahha...terus mieza kata "semua orang dalam umah ni kena set alarm kat phone masing-masing supaya kalau phone mama kong phone korang masih berbunyi untuk kejut sahur" dan semua respond "yes MAM!" hahahahah padan muka korang! makan tergesa-gesa dan  makan yang sejuk sejuk je semua nya kakakakakaka...semoga puasa hari diberkati Allah insyaAllah..



Ramadhan ke 2 hari tu suami minta dibuatkan puding jagung..puding jagung memang kegemaran hubby..masa mieza balik kampung cuti sekolah yang lepas mieza tertengok resepi ni kat buku chef hanieliza yang dibeli oleh anak sedara mieza..teringin nak mencubanya..kemudian mieza nampak pula kat umah kak ita masam manis...terus mieza buatkan untuk hubby..alhamdulillah puding jagung ni lebih sedap bila di lapiskan dengan biskut....resepi yang mieza letak kat bawah adalah modified version selepas membaca komen kak ita di blognya...resepi asalnya menurut kak ita agak lembik dan manis..jadi mieza sudah kurangkan gula dan lebihkan tepung kastard..alhamdulillah...sedang elok kejadiannya ^__^



PUDING JAGUNG LAPIS BISKUT
By : Chef Hanieliza -Buku masakan 1 Hari 1 Resepi
Source: Kak Ita @ Masam Manis

Source : Mieza @ WAWMC

 
1 1/2 cawan jagung krim
1 tin susu cair
1 cawan air
3/4 cawan gula
3 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan butter
secubit garam
Biskut keju tawar secukupnya
Buah koktail secukupnya





Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan kecuali butter, biskut dan buah koktail, kedalam periuk dan masak atas api sederhana.
2. Sentiasa kacau sehingga adunan kelihatan pekat dan likat.
3. Masukkan butter dan kacau lagi hingga adunan berkilat
4 Sediakan loyang ukuran 8 inci bentuk 4 segi dan oleskan dengan sedikit butter.
5. Tuangkan sesenduk adunan ke dalam loyang dan ratakan
6. Susunkan kepingan biskut atas lapisan tadi
7. Tuang semula lapisan kedua dan lakukan kaedah yang sama hingga adunan habis
8. Sejukkan dalam peti ais. Hiaskan dengan buah-buah koktail dan sedia untuk dinikmati.

Saturday, July 21, 2012

Caramel Bread Pudding with Sliced Peach - Iftar hari 1

Alhamudlillah...selesai juga sehari kita berpuasa hari ni..hari pertama selalunya kita terasa sangat akan keletihannya...kalau mieza hari kedua dan ketiga mieza akan jadi agak letih..tetapi bila masuk hari keempat dan seterusnya alhamdulillah perut pun dah boleh adapt dengan bulan puasa..

Hari ni rasa teruja lebih menyambut awal puasa..seronok gitu..dari pagi lagi dah ke pasar..seawal jam 11 pagi mieza dah dok buat apa yang patut kat dapur..bila masuk zohor mieza rehat jap untuk solat dan tengok TV dengan anak-anak..lepas asar je terus masuk dapur balik...bila masuk je waktu berbuka tu anak-anak semua excited kat meja makan..semua main cop cop nak makan puding ni dulu kata depa...


Caramel bread pudding ni mieza dah pernah masak dah dulu kat SINI..
Kali ni mieza tambahkan sliced peach sebab kebetulan ada buah peach yang dah lama dok tersimpan dalam pantry tu..sedap puding ni bila dimakan dengan peach...itu lah yang anak-anak bagitau mieza..alhamdulillah...


CARAMEL BREAD PUDDING
Source : Ct Delima @ DDCT
Source: Mieza @ WAWMC

Bahan-bahan:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair + 1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
1 sk Esen vanilla





Cara-cara:

1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.

2. Panaskan pengukus. Carik-carikkan roti kemudian blend bersama air suam dan susu dengan menggunakan blender.

3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak. (40min-1jam).


SELAMAT BERPUASA

Monday, May 7, 2012

Cheese Pudding With Oreo

Assalamualaikum..Selamat Hari Ibu...ehh mothers' day ujung minggu ni kan...dah cadang-cadang ke apa nak kasi hadiah kat ibu? Adakah sebiji kek? ataupun puding yang sedap ni?

Sebenarnya seorang ibu tak mengharapkan apa-apa hadiah dari anak-anaknya...cukup dengan ucapan kasih sayang dan satu ciuman di pipi....waaa sedih la pulak mak dah tak dok dengan mieza tahun ni...rindunya pada mak...

Resepi ni mieza cuba sebab tergoda tengok kat fb mieza tu kawan-kawan dok tayang puding ni...huwaaa tak tahan weehhhh...sebenarnya dah lama nak try puding ni tapi biasalah kan...asek tertunda-tunda macam kapal terbang Air Asia hahahah asek delay je hik hik..kalau ke mart memang la beli sekut cheese ni tapi bila balik umah simpan dalam pantry kekonon nak wat puding pastu bila buka pantry tengok-tengok sekut tu dah abis anak-anak belasah makan sambil tengok tv...waaa tertunda lagi...tu yang lambat sampai tuh..

Puding memang rasa lemak-lemak dan lagi sedap bila diletak oreo kat dalamnya...kebetulan pula mieza baru beli silicone mould yang baru...wahhh ni proses pecah dara la ni...hihihi...Terima kasih kepada Kak Azlita for sharing the recipe...


CHEESE PUDING WITH OREO
Resepi diadaptasi dari resepi CHEESE PUDING
By: Along Roz
Source: Kak Azlita @ Masam Manis & Mieza @ WAWMC


13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus (Mieza pakai brand Ritz)
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega
sedikit oreo di buang creamnya - ita tambah, mieza follow

Cara-cara:

1. Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga hancur. Kacau selalu.
2. Masukkan gula dan kacau sebati
3. Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tepung kastad.
4. Masukkan susu dan kacau sebati.
5. Tuang ke dalam adunan agar-agar tadi dan tutup api apabila mendidih.
6. Masukkan mentega dan kacau sebati
7. Tuang ke dalam loyang atau acuan. Layerkan dengan biskut oreo. Susun biskut dalam loyang dan buat selapis demi selapir. Kemudian biarkan sejuk di suhu bilik.
8. Sejukkan sebelum dihidangkan.



Monday, April 9, 2012

Bread Butter Pudding and Vanilla Sauce..and dengue fever,,,

Assalamualikum..waaaa rindunya dengan blog ni..dah bersawang eh..jejarang sekali je mieza menjenguk eh..jangan lah serik nak berkunjung...memang ada banyak entry tertunggak tapi tak berkesempatan nak update blog..busy sangat dengan kerja opis, busy dengan tempahan dan busy dengan family...kerja opis jangan cakap la kan..memang pencen nanti lah baru semua kerja tu siap...tempahan pun banyak..Alhamdulilah mieza diberi kepercayaan..terima kasih buat semua yang menempah..dan busy dengan family...itu memang sampai bila-bila pun tak pernah reda kebusian tu..orang kata 'a wife's and a mother's jobs never end...last week terpaksa cuti from work..cuti dari menerima tempahan sebab suami dan anak sulung mieza Adnin masuk wad demam denggi...haishhhh risau sungguh..susah hati sesangat...dedua tu tak pernah masuk wad sepanjang hidup depa...paling kesian kat Adnin sebab mama tak dapat teman kat wad sebab ada wawa dan baby umar kat umh tak der sapa nak jaga...sedih dan sudah hati sangat tinggalkan dia kat wad..tapi apa boleh..mieza terpaksa...jadi Adnin hanya dijaga oleh misi je la sepanjang dia kat wad..alhamdulillah..kini depa berdua dah discharged..tapi tetap kena gi spitak untuk check darah...semoga bertambah baik...kenalah minum banyak air masak kalau tamau warded lagi...sebab doc kata kalau platelet darah turun lagi kena warded balik...



Last saturday a few of Adnin's friends came to visit sebab Adnin dah a week absent from school...tak tau nak masak apa untuk depa dan kebetulan terpandang roti masih berbaki 3/4 bungkus..maklum lah tukang makan semua masuk wad...dan risau roti tu akan rosak..lagi pun it was approaching its due date..maka mieza buat lah puding ni untuk hidangan kawan-kawan Adnin...Alhamdulillah..depa semua suka...



Bila postkan gambar puding ni kat blog..ada lak kawan high school mieza dulu minta resepi...khas buat Puan Yasnida from Ipoh..here is the recipe u requested...buat tau..nanti tell me how yours turns out...insyaAllah u won't regret trying it out....:)

BREAD BUTTER PUDDING
Recipe: Mieza @ WAWMC


500 ml susu segar/fresh milk/susu ideal pun boleh
8 keping roti - mieza guna gardenia - siat-siatkan
6 sb gula perang - nak pakai gula putih pun ok
2 sb butter - dicairkan
2 biji telur - mieza pakai gred AA
1 st esen vanilla
1/4 cawan mix fruit

Cara-cara

1. Telur dan gula dipukul dengan menggunakan whisk hingga gula hancur.

2. Masukkan semua bahan lain kecuali mix fruit dan roti dan dikacau sampai sebati

3. Griskan acuan dengan butter. Bahagikan roti yang telah disiat kepada 3 bahagian. Susun roti yang telah disiat di dalam bekas yang digris tadi.

4. Taburkan sedikit mix fruit. Susun bahagian roti yang kedua kemudian ditaburkan lagi mix fruit. Seterusnya bahagian roti yang ketiga dan atas sekali ditaburkan mix fruit. (Roti-mix fruit-roti-mix fruit-roti-mix fruit)

5. Tuangkan bancuhan susu dan biarkan roti mengembang. Rendam selama lebih kurang 20 minit. Sementara itu panaskan oven 160'C

6. Bakar puding selama 30 minit atau sehingga bahagian atasnya perang dan susunya agak kering.

7. Sejukkan dan dihidang bersama sos vanilla.




SOS VANILLA

1 tin susu cair
2 sudu teh esen vanilla
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula atau secukup manis

Cara-cara:

1. Bancuhkan tepung kastad dengan sedikit air. Ketepikan.

2. Renehkan semua bahan lain di atas api sederhana besar sambil dikacau selalu. Reneh hingga hampir mendidih.

3. Kemudian masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sos agak pekat sedikit. Jika sos terlebih pekat tambahkan sedikit susu cair.

4, Sejukkan dan hidangkan bersama puding roti..



Nida..jangan lupa cuba tau..

Friday, December 9, 2011

Strawberry Pudding

Dah 3-4 hari mieza tak jenguk dapur ni..berhabuk dah ye..bukan la tak masak tapi tak dan tangan..suami tak ada sebab balik ke kampungnya di Alor Setar coz IL mieza baru pulang dari haji di MEkah..5 hari dia tak der..jadi tak der sapa nak tengokkan si kecil mieza Umar..memang lah mak mieza ada tapi mieza rasa tak sampai hati pulak nak biarkan mak jaga baby mieza sedangkan mieza update blog...berblogging cumalah untuk menghabiskan masa yang ada di samping nak menyimpan resepi-resepi yang telah mieza cuba..itu yang a few days juga mieza tak jengah blog ni..komen pun mieza tak sempat nak eply apatah lagi nak menjelajah je dapur kawan-kawan..ini pun jengah sekejap sebab Umar sudah tidor...legaaaa...tapi tak per, suami balik malam ni..insyaAllah awal pagi nanti sampai lah dia dua beranak dengan wawa..dah rindu mieza pada wawa...asal dia tepon je asek menangis katanya rindu mama...sian dia..dan dia juga merajuk sebab mieza masak pulut durian time dia tak der kat umah..

Puding strawberry ni mieza masak semalam...lepas snap picture semalam terus layan si kecil..petang tadi baru ada masa untuk transfer ke dalam lappy..lepas ni insyaAllah mieza nak BW ke rumah kekawan..



Berbalik kepada puding ni, sebenarnya stroberi yang dibeli di cameron ada lagi berbaki dalam 7-8 biji..mieza risau takur kalau disimpan lelama sangat ia akan rosak, jadi mieza blend dan buat puding ni..resepi nya mieza selongkar my resepi..



STRAWBERRY PUDING
Source: Kasihsuri @ My Resipi
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan ( 10-12 cup )

750 ml @ 3 kotak kecil susu strawberry
750 ml air
4 sb gula
3- 4 sb serbuk agar-agar
150-200ml plain yogurt (1 bekas kecil) - mieza guna yogurt nestle strawberry
200ml susu rendah lemak
jeruk strawberry (optional) - mieza blend 8 biji fresh strawberry




Cara-cara

1. Larutkan gula dan serbuk agar dengan air.Didihkan dengan api yg kecil

2. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan seketika.Tuangkan susu dan yogurt dan kacau rata.

3. Isikan dlm bekas-bekas kecil.Hirisan jeruk strawberry boleh diletakkan samada di dasar bekas atau di atas puding.

4. Sejukkan dlm peti ais.Hidangkan bersama susu rendah lemak.

5. Tips: jumlah air dan serbuk agar-agar boleh di adjust utk mendapat hasil yg diingini.jika sedikit serbuk agar2 digunakan,ia menghasilkan dadih,tetpi jika terlebih menggunakannya,ia akan menghasilkan puding/agar-agar.


Sunday, August 21, 2011

Rich Chocolate Pudding With Castard Sauce - Iftar day 19

Assalamualaikum semua..waaaa rindunya pada blog ni..3 hari mieza tak berblogging sebab tak larat..anak yang kecil tu demam..sampai tak tido malam..sampai mieza pula yang terlantar..nak on lappy pun tak larat...hari ni baru ada peluang nak berblogging entry yang tertunggak..

Layan gambar dulu ya..sebab nak off ke wet market beli barang dapur untuk masak iftar hari ni..emmm nak masak apa ye? Tengok gambor dulu then keep coming back tau..




Resumed @ 4.00 pm

Salam again everyone..aisehhhh mieza kan lepas balik dari wet market ni mieza baring-baring depan TV sambil tengok filem Back to the Future II dengan anak-anak..sekali mieza terlelap ZZzzzzzzz sebab si kecik tu tertido sebab makan ubat dia high hihihi terus terbabas sampai 3.30 pm baru mieza bangun solat zohor..hubby kata sian lak nak kejut tengok tido aman je..rasa freshhh gitu untuk masuk dapur..menu apa ye? tunggguuuuuu



Berbalik kepada pudding ni..dulu mieza dah post kan resepinya kat sini..tapi masa tu mieza tak letak sos kastad pun..mieza makan dengan susu ideal sejuk je sebab pemalas ahakkksss..cuma hari tu terajin nak wat sos kastad sebab teruja nak makan dengan fruit cocktail..resepi RCP ni mieza songlap dari umah izah si muffin lover tu..sosnya dari umah kak ummi yang selalu mieza buat bersama puding kastad..




RICH CHOCOLATE PUDDING
Source: Izah Muffin Lover
Source : Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
1 tin susu cair Ideal


Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.

2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.

3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai. Sejukkan di dalam peti.

4. Semasa menghidang, tuangkan susu caair yang juga telah disejukkan di dalam peti ais.


SOS KASTAD
Source: Kak Ummi @ HSH
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan:-

1 1/2 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air
1 cawan gula
2 biji kuning telor - pukul sikit
1 sudu kecil esen vanila
2 helai daun pandan/perisa pandan


Cara-Cara:-

Campurkan semua dan masak hingga mendidih sekejap. Sejukkan.


Bahan lain:
1 tin fruit cocktail - mieza guna tropical fruit this time

Cara menghidang:

Masukkan pudding ke dalam mangkuk,taburkan fruit cocktail dan curahkan sos kastad. Sedap!

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...