Assalamualaikum..apa khabar? semoga sihat-sihat selalu..
Maaf la ehhh blog ni surammm sangat bulan ni..baru entry ke 3..blog orang lain dah entry ke 30 lebih hahahaa...busy pun ye..malas pun ye ahakkssss...tempahan pun boleh le juga menambahkan kebusian...
lauk udang ni pun dah lama mieza masak...baru rasa rajin nak upload kan
kat sini..ye la menu bukan la besh sangat pun..udang tu sekadar di gaul
garam kunyit dan goreng bersama kacang panjang..digarnishkan dengan
hirisan bawang besar dan hirisan cili hijau...menu terdesak time sibuk
dan malassss hehehehe
Sib bek memiliki seorang hubby yang sangat memahami..kalau time mieza sibuk dihidangkan lauk udang ni dengan ikan kembung masak lemak cili api pun dia ok je...Tengkiu ekkk laling...i lap u muah muah muah..kalau u ngada ngada nak makan besh besh kita makan kat restoran je la ekkkk...heheh insyaAllah minggu depan dah reda lah sikit kot...boleh la mula merempit lagi yeeeeehaaaaaa!
Kalau lauk udang macam ni makan masa lauk tu panas-panas, dengan nasi pun panas-panas, tak der lauk lain pun ok kan..mieza selalu juga masak cenggini untuk sahur...berselera gitu..pedas-pedas..bukan berkuah pun...dulu-dulu mieza sahur sesorang je sebab hubby jenis yang tak bersahur..tapi sejak dia kena serangan gastrik, terpaksa lah dia bersahur, kalau tak dia tak tahan sampai maghrib..sian dia..moga tahun ni hubby sihat untuk sama-sama mengerjakan ibadah puasa bersama-sama...^__^
Uhhhh dah beshar anak jantan mama...pagi ni terbaca kat paper ada baby umur 2 bulam meninggal tersedak susu..ibunya baru habis pantang dan hantar anak ke umah babysitter...kesian sangat pada baby dan si ibu...tentu sedih tak tahu nak gambar kan macam mana..terus mieza teringatkan putera mieza yang sorang...kini dah berusia setahun 4 bulan...dah besar..dah boleh cakap a few words...dah pandai merajuk dan mengamuk...bila marah Umar akan menonggeng..tanda protest...semoga Allah lindungi Umar dan juga 2 orang kakaknya Aminnnnn
Lirikan mata dan senyumannya buat mama selalu kerinduan..walaupun hanya meninggalkan Umar untuk pergi kerja..risau kalau ada sesuatu terjadi pada mar sepanjang ketiadaan mama...lebih-lebih bila terbaca pula kisah seorang bapa warga Pakistan dan berkahwin dengan rakyat tempatan menolak anaknya dari tingkat 20 kerana stress..kedua-dua anaknya meninggal dunia..masyaAllah..tidak timbulkah sekelumit rasa sayang kepada sang anak..darah daging sendiri...uwaaaa sedihhhh..mieza kalau bercerita bab orang sakiti anak ni sensitipppppppppp!
Semoga Allah sentiasa pelihara ahli keluarga mieza..Amin...
Main Module
Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates
Adds
Calendar
Thursday, June 28, 2012
Saturday, June 23, 2012
Nasi Kurma Selasih
Assalamualaikum..
Apa kahabr? Salam hujung minggu...tak jalan-jalan ke..padi tadi lepas bekpes mieza ajak hubby gi Nagoya kat pekan Rawang nun..beli baju raya anak-anak..tapi tak belipun kat nagoya..terjebak masuk ke Silk House..terus sopping kat situ..kain untuk mama dan d gals dah siap beli..tinggal nak tempah je..minggu depan je la kita gi tempah ye gals sebab minggu ni Adnin tak der kat umah..ke kem kepimpinan sampai esok...yang laki (papa n umar) selalunya beli siap je..Gene Martino la tempat kunjungan biasa kami heheheh
U all dah beli baju raya ke? Waahhh excited lak nak beraya mieza nih hehehe
Eh bercerita pasal baju raya lupa lak food tayangan mieza hari ni..ekceli ni nasi last week..mieza busy sangat dengan audit kat opis memang tak sempat langsung nak buka blog...kalau kat umah malam-malam lepas dinner dah fenat giler...nak lipat kain dan iron baju anak-anak lagi...selalu kat opis sempat juga buka dan update blog..semester depan kena pula ajar paper baru jadi sibuk membuat nota dan buat power point lecture...fuhhhh! tu yang blog ni dah bersawang hahahha
Nasi Kurma Selasih ni mieza jumpa resepinya kat majalah Seri Dewi & Keluarga Jun 2012 kepunyaan kawan sebelah meja kat opis...terpesona dengan resepinya yang pelbagai tu terus mieza pinjam...masa ni mood menghias nasi ni kurang skit...tu yang tak der pun kaler kaler ahakkksss..tapi rasanya tetap mengancam!
NASI KURMA SELASIH
Recipe : Seri Dewi & Keluarga Jun 2012 page 226
Tested by : Mieza @ WAWMC
1.5 kg beras basmathi - mieza buat sikit je..cukup untuk family mieza berlima
20 gm minyak sapi
25 ml minyak sayuran
15 gm halba campur
1 batang serai
2 ulas bawang merah
1 sudu makan rempah kurma
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
8 helai daun selasih
10 helai daun kari
30 ml susu cair
1 liter air
garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:
1. Cuci beras dan rendam sekitar 20 minit dan tos.
2. Panaskan minyak sapi dan tumiskan campuran halba diikuti serai dan bawang merah.
3. Masukkan daun selasih, daun kari, serbuk rempah kurma, serbuk jintan manis dan susu sair.
4. Campurkan beras tadi dengan adunan di atas diikuti bahan perasa, air dan dimasak sekitar 15 minit atau hingga masak.
5. Setelah masak, gaulkan bersama minyak sayuran sehingga sebati. Sedia untuk dihidang bersama lauk-pauk kegemaran.

Tuesday, June 19, 2012
Ayam Ros Pandan
Assalamualaikum.. apa khabar semua...wahh lamanya mieza nak berkunjung ke blog sendiri...sibuk sangat la tu..dah 3 minggu blog ni senyap sunyi...mesti orang pun nyampah sebab asek datang menu sama je tak der yang baru..hahaha..sebenarnya mieza masak..dan ada snap gambar (yang tak snap gambar pun ada juga)..tapi masa tu tak mengizinkan untuk mieza pilih gambar..upload..then tulis resepi...harap pengunjung blog WAWMC tak serik untuk datang...insyaAllah mieza akan balas komen-komen dalam post yang terdahulu dan membuat kunjungan balas..
7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik - mieza blend sekali serai ni
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.
BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato
1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng lembap-lembap jangan garing sangat. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
3. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..
AYAM ROS PANDAN

Subscribe to:
Posts (Atom)