Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Showing posts with label AYAM. Show all posts
Showing posts with label AYAM. Show all posts

Monday, September 30, 2013

Pulut Kuning Rendang Ayam

Ni pulut kuning ke pulut oren? Ahakkkksss..tak per lah kan, janji kuning...hubby kata terlebih kaler..memula mieza rendam dengan kunyit tapi nampak tak kuning, jadi mieza tuang pewarna kuning telur, sekali terlebih kuning pula..tak per lah kan heheheh

Adat Melayu jika ada kesyukuran atau hajat selalu dibuatkan pulut kuning..pulut semangat kata orang Melayu...pulut ini juga mieza sediakan kerana mieza ada berniat, jadi sekarang niat sudah kesampaian maka hendaklah ditunaikan niatnya..

Ini adalah kali pertama mieza mengukus dan memasak rendang ayam secara solo..selalunya mieza jadi chef kedua atau ketiga atau keempat atau hanya jadi pelakon extra je..yang jadi chef pertama of coz la mak atau nenek atau mak mentuaku...dimulakan dengan Bismillah, Alhamdulillah mieza berpuas hati dengan hasil sentuhan julung kali ini..cuma mungkin untuk kali keseterusnya perlu ditambahbaik seperti tang kaler tu...jangan jadi oren lagi hahahah


Untuk sekilo pulut, mieza masak rendang seekor ayam...rasanya seekor tak cukup puas jadi next time nota untuk diri mieza sendiri untuk sekilo pulut elok rasanya dimasak 1 1/2 atau 2 ekor ayam..biar ayam yang lebih jangan pulut yang lebih..sebab kalau rendang ayam yang lebih, ia boleh dimakan dengan nasi putih atau pun roti...hmmmm

PULUT KUNING

1 kg beras pulut
2 st serbuk kunyit
1/2 st pewarna kuning
2 cawan santan pekat (200 ml pati santan + 1 cawan air)
4 sb gula
1 sb garam
1 keping asam keping

Cara penyediaan:
1.Beras pulut dicuci dan direndam dengan air bersama serbuk kunyit, pewarna kuning dan asam keping selama 3-4 jam. (Semalaman lagi bagus)
2. Didihkan air dalam pengkus, toskan beras pulut dan kukus pulut sehingga separuh masak.
3. Sementara itu, masakkan santan bersama gula dan garam hingga mendidih.
4. Apabila pulut separuh masak, angkat pulut dan tuangkan ke dalam besen. Masukkan santan yang telah dimasak dan gaul hingga sebati sehingga semua santan telah menyerap masuk ke dalam pulut sepenuhnya.
5. Masukkan kembali pulut yang telah digaul santan ke dalam pengukus dan kukus kembali hingga masak.
6. Angkat pulut dan tekan ke dalam acuan untuk mendapatkan bentuk yang dikehendaki.
7. Hidang pulut bersama telur rebus dan rendang.


Niat dihati nak masak rendang daging, tapi stok daging tak der dan mieza ke pasar malam pun tak berniaga pulak brader daging last week, jadi terpaksalah ditukar dengan rendang ayam..

RENDANG AYAM
(Nota untuk mieza: next time untuk sekilo pulut mieza nak sediakan 2 ekor ayam)

1 ekor ayam- dipotong 15 atau ikut suka dan dibersihkan
2 - 3 helai daun kunyit - dihiris nipis seperti bunga rampai
7-8 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa
300 ml pati santan secukupnya - + 1 cawan air
2 sb kerisik 
Sedikit gula melaka - atau hingga cukup rasa
1 batang serai (diketuk)
4 sb cili kisar - jika suka pedas boleh letakkan lebih cili
1 sb serbuk kari daging 

Bahan Tumis:
1 inci  kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih

Bahan-bahan kisar :
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas


Cara penyediaan :

1. Tumiskan bahan tumis hingga wangi kemudian masukkan bahan kisar, serai ketuk, serbuk kari dan cili kisar sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan ayam, dan sedikit air. Masak hingga ayam empuk.
3. Seterusnya masukkan kerisik, santan dan daun limau purut. Reneh hingga kuah pekat. Kacau sesekali.
4. Masukkan air asam jawa, daun kunyit dan rasakan manis masinnya.
5. Sedia untuk dihidang.

Sunday, July 7, 2013

Chicken Parmigiana

Ehemmehemmm buat apa tu di hujung minggu? Dah ada menu nak masak for lunch? Hari ni mieza tak masak...apa maknanya tu? Cer teka? Sang Arjuna mieza kata hari ni ada kenduri invitation in KL..or to be specific in Melawati...so don't cook katanya...kita eating out!

Inspired by Chicken Parmigiana makan kat Secret recipe..mieza decided untuk menggoogle resepi dan mencubanya sendiri..tapi sebelum tu let us learn a lil bit about the recipe..

Wikipedia mentakrifkan parmigiana sebagai " Parmigiana, parmigiana di melanzane, or melanzane alla parmigiana is a Southern Italian dish made with a shallow or deep-fried sliced filling, layered with cheese and tomato sauce, then baked. Parmigiana made with a filling of eggplant (also called aubergine) is the earliest version. Variations made with breaded meat cutlets, such as veal and chicken, have been popularized in other countries, usually in areas of Italian immigration, and occasionally other vegetables such as zucchini may be used in Italy."

Haaaa faham tak? Hehehe namanya yang bunyi macam sooo cangiiihhhh...tapi ia ialah ayam (atau vegietables) yang disaluti dengan tomato sos (spaghetti sauce) dan cheese yang kemudian di grill/bake. Ada sesetangah resepi menggoreng ayam terlebih dahulu...mieza pula mengambil pendekatan untuk grill ayam tersebut di atas grill pan untuk meminimumkan penggunaan minyak..kalau goreng kita akan menggunakan minyak yang banyak...errrrr tahap kolesterol penghuni umah mieza ni semuanya tinggi-tinggi belaka hehehe



CHICKEN PARMIGIANA

2 keping dada ayam - debone
1 biji telur ayam
2 cawan bread crumbs
1/2 botol spaghetti sauce - mieza guna brand Leggo's
1/2 paket mozarella cheese
1/2 cawan grated parmesan cheese
1 st coarse black pepper
Secubit garam

Bahan-bahan lain
Potato wedges - mieza guna brand Simplot
Salad
Tomato cherry\
Sos pilihan - mieza suka thousand island



Cara penyediaan:

1. Panaskan oven 175'C.
2. Kocokkan telur bersama garam dan black pepper di dalam mangkuk dan sediakan bread crumbs di dalam satu mangkuk yang berlainan.
3. Ambil sekeping dada ayam, celupkan ke dalam adunan telur dan kemudian salutkan dengan bread crumbs. Tekan-tekan sedikit bread crumbs agar melekat pada kepingan ayam.
4. Panaskan grill pan di atas dapur. Leserkan sedikit olive oil dan panggang ayam hingga masak.
5. Setelah ayam masak, angkat ayam dan letakkan di atas pinggan tahan panas (oven proof sebab kita akan bakar ayam terus di dalam oven)
6. Tuangkan sos spaghetti ke atas ayam dan ratakan dan taburkan mozarella dan parmesan cheese di atas sos tadi.
7. Bakar di dalam oven sehingga cheese cair lebih kurang 15 - 20 minit bergantung kepada oven masing-masing.
8. Keluarkan ayam, dan hidangkan bersama salad pilihan.



Jika di Secret Recipe hidangan ini berharga RM18.90...sekarang kita mampu menyediakannya di rumah..jimat kan? Dan senang sangat!

Saturday, June 29, 2013

Nasi Beriani Ayam

Hari ni mood nak bergambor kureng la pulak..tatau kenapa..malas je nak ambik gambor..harap this picture ok la ye untuk pengunjung blog yang mieza sayang semuanya..

Sebenarnya mieza nak post entry yang lain dulu hari ni..sebab ada 2-3 entry lagi yang belum mieza post..tetapi lepas mieza cakap menu lunch hari ni ialah Nasi Beriani Ayam, seorang kawan lama mieza, sesama belajar di Mara Community College sebelum kita terbang ke US dulu minta mieza share resepi...dia kini dah kawin dengan Mat Saleh you, and lives in Australia with her beautiful kids...kesian pula kat sahabat mieza ni mungkin susah nak dapat nasi beriani kat sana dan she decided to try on her own and requested the recipe from me..dear Janelle Tan Mun Ling..here is the recipe and enjoy cooking...i'm writing the recipe in Malay, should you not understand/know any of the ingredients, please drop me a message in the FB or email and i'll translate it for you...or should you need the beriani rempah, feel free to ask, i can send you a packet or two!


NASI BERIANI 
(For family of 5)

3 pot beras basmathi
3 pot air
1 pot susu cair/segar
2 tbsp minyak sapi (Ling kalau tak der ghee, you can use olive oil or regular cooking oil)
1/2 tsp saffron (can be substitute with yellow food coloring)
3 tbsp rempah nasi beriani - I used Baba's
2 helai daun pandan - if you don't have this there you can use mint leave or coriander leaves 
1 tsp salt
1 kiub ayam

Bahan A
5 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 tsp jintan manis

3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris batang mancis

Hiasan
Gajus panggang
Kismis

Cara penyediaan:
1. Basuh dan rendam beras basmathi selama 1/2 jam.
2. Campurkan rempah beriani dengan sedikit air dan jadikan pes. Ketepikan
3. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi dan masukkan pes beriani. Tumis hingga berbau dan agak pecah minyak.
4. Toskan beras yang direndam. Masukkan beras ke dalam periuk dan kacau rata.
5. Masukkan air, susu, kiub ayam, daun pandan dan garam. Tanak seperti memasak nasi biasa.
6. Apabila nasi hampir masak masukkan saffron. Jika menggunakan pewarna makanan, titiskan pewarna di 4 penjuru periuk.
7. Apabila nasi masak, gemburkan nasi supaya warna bercampur.
8. Hiaskan dengan bahan hiasan




AYAM BERIANI

Bahan A
1/2 ekor ayam - dipotong 6 atau lebih mengikut saiz ayam
1 tsp serbuk kunyit
Sedikit garam
2 tbsp serbuk kari
Minyak untuk menggoreng

Bahan B - dikisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 inci halia

Bahan C
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 tsp jintan manis
5 biji buah pelaga

Bahan lain
1 biji bawang besar - hiris
3 biji kentang - kupas kulit dan belah 4
3 tbsp minyak sapi
5 tbsp rempah beriani - dicampur dengan sedikit air dan jadikan pes
Air secukupnya
1 cawan yogurt
1 tsp tomato puree
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan gajus panggang untuk hiasan

Cara penyediaan:

1. Ayam dibersih dan digaul bersama bahan A (kecuali minyak) hingga rata. Goreng dalam minyak panas hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Di dalam periuk, panaskan minyak sapi, tumiskan bahan bawang besar yang dihirs bersama bahan C hingga wangi. Kemudian masukkan bahan B yang dikisar. Tumis hingga wangi.
3. Masukkan pes beriani dan tomato puree dan tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan air dan ubi kentang. Tutup periuk dan renehkan hingga kentang empuk.
4. Apabila kendang empuk, masukkan yogurt. Biarkan hingga mendidih.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Renehkan seketika sehingga kuah beriani meresap ke dalam ayam dan rasakan garam gula
6. Hiaskan dengan gajus


ACAR MENTAH

Nenas - kupas kulit dan potong kiub
Timun - kupas kulit dan hiris nipis
Carrot - hiris nipis
1 biji bawang besar - hiris
1 biji cili hijau - hiris bulat
1 biji cili merah - hiris bulat
1/2 tsp garam
1 tsp gula
1 tbsp cuka

Gaul semua bahan rata. Rasakan masam masin dan manisnya. Sedia untuk dihidang.

Dan jangan lupa..papadom nya sekali..mieza tak der stok jadi mieza skip papadom...Janelle Tan Mun Ling..selamat mencuba..don forget to update me in the FB tau..

Wednesday, June 26, 2013

Ayam Percik Madu bersama 'Leggo's Cooking Inititaive

Terliur tak? Terliur tak? Terliur tak? heheheh sila baca dengan nada Chef Ammar kat Tv Alhijrah tau...suka tak suka tak suka tak???

Memang mieza suka!!! Sebab kami seisi rumah memang menggemari makanan yang dipanggang..menu ini mieza sediakan apabila mieza menyertai Leggo's Cooking Initiative last few weeks..tapi sebab sibuk sangat baru hari ni boleh nak post..tu pun lepas organizer hantar email suruh postkan menu ni kat blog sebab itu memang syarat-syarat penyertaan... Camilla dear...sorryyyyyy sesangat...akak bsuy sangat dear..and thank you for reminding me about this...muah muahhhh muahhhh hehehe

Leggo's cooking initiative mengkehendaki mieza menyediakan satu masakan dengan menggunakan Leggo's Tomato Puree juga santan Kara...hmmm senangla kan..tak payah susah-susah nak ke wet market beli santan..santan Kara tersedia di Billion sebelah umah je..selalunya masak percik ni diletakkan asam keping untuk memasamkan kuah, tapi kali ini mieza gantikan dengan Leggo's tomato puree...jadi kalau kat tempat yang susah nak dapat asam keping tu jangan jadikan alasan tak leh masak ayam percik...old excuse! Tak terima! Produk Leggo ni senang je nak dapat kat Jusco, Tesco, Giant semua ada..malam ni pun boleh masaka ayam percik...tapi errrr ayam ada tak? Kalau tak der ayam, daging dan ikan pun boleh..sama methodnya..



AYAM PERCIK MADU
Resepi: Mieza @ WAWMC


Bahan perap:
½ ekor ayam – potong  2
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
                         ½ inci halia                          
2 batang serai




½ sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar madu
Garam 





Bahan sos percik:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 batang serai
½ inci halia
½ inci lengkuas
                       3 biji buah keras                     
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
10-15 tangkai cili kering
1 cawan santan KARA
3 sudu teh tomato puree Leggo’s 
3 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa





Cara penyediaan:
1.    Ayam dipotong 2 dan dicuci bersih. 



Kemudian perapkan ayam dengan bahan perap yang dikisar dan semua bahan perapan yang lain selama sejam.


2.    Masukkan bahan B ke dalam pengisar dan dikisar lumat.

3.    Panaskan kuali di atas api, masukkan  minyak masak dan tumiskan bahan kisar B hingga wangi.


4.    Masukkan tomato puree  Leggo’s dan tumis lagi hingga pecah minyak.


5.    Kemudian masukkan santan Kara bersama sedikit air dan dikacau rata. Renehkan seketika hingga sos percik pecah minyak. Kacau sos sentiasa.


6.    Apabila sos sudah pecah minyak, rasakan garam dan gula. Padamkan api.


7.    Panaskan oven 200’C selama 10 minit. Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil dan panggang ayam hingga masak. Sekali sekala buka pintu oven dan renjiskan sos percik dengan menggunakan sebatang serai yang diketuk pangkalnya.
8.    Apabila ayam masak, terbalikkan ayam dan ulangi proses merenjis sos ke atas ayam.



9.    Hidangkan bersama nasi putih ataupun nasi ayam.

Mudah kan memasak bersama Leggo's dan Kara..bahan-bahannya pun tahan lama dan boleh dibeli awal..bila terigan nak makan ayam percik, keluarkan saja dari pantry terus keatas dapur..

Selamat mencuba ^__^

Friday, June 7, 2013

Ayam Percik Bara

Cuti sekolah tinggal 2 hari lagi??? Huwaaaa!!! Cepatnya masa berlalu..tak puas bercuti di kampung! Seminggu di kampung, tenetnya macam ciput tak dapat nak jenguk dapur mieza ni...sampai aje di rumah petang ni terus on lappy..wahhh rinduuuuu....seminggu bercuti di kampung tak terasa sebab banyak sangat keluarga nak diziarah..tu pun tak abis ziarah semua...sesekali berjumpa, aduh aduhhhhh bermacam-macam topik yang dipersembangkan...tak terasa jam di tangan menunjukkan hari dah hampir senja...itu lah the beauty of balik kampung...


Balik kampung hari tu macam mana mieza boleh terlupa bawa balik kamera..alahaiii banyak special moments yang tak dapat diabadikan secara visual..hanya segar dalam ingatan aje lah huhuhu..

Ayam percik bara ni mieza masak sebelum mieza balik kampung...kekonon nak post entry ni kat kampung..tapi tak leh nak upload gambor..slow bebenor tenetnya..resepinya mieza jumpa dalam Majalag Rasa keluaran Jun 2013..oleh kerana nak abiskan stok barang dalam freezer sebelum pulang kampung, mieza mencuba resepi ni bersama nasi ayam.. tapi encik suami terlupa beli daun salad...tak cukup korum lah nasi ayam mieza..

Apa yang lainnya resepi ayam percik ni? Ayam percik selalunya dibakar, tetapi resepi ini menggoreng ayam terlebih dahulu dan menjadikan penyediaannya unik..bagi yang nak cepat, ataupun yang tak ada tempat nak bakar ayam, memang sesuai sangat lah resepi ni tau...


AYAM PERCIK BARA
Recipe: Majalah Rasa Jun 2013, page 61
Source: Mieza @ WAWMC

1/2 ekor ayam - belah 2
Santan secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:
5 tangkai cili padi
4 batang serai
2.5 cm lengkuas
2.5 cm kunyit hidup
3-4 biji cili kering (mieza tambah)


Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan santan dan kacau sehingga naik minyak.
3. Perasakan garam dan gula secukupnya. Ketepikan.
4. Lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
5. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga masak sempurna. Angkat dan tos.
6. Akhir sekali siramkan sambal percik ke atas ayam. Sedia untuk dimakan.


Mieza memilih untuk makan ayam percik bara bersama nasi ayam..masa ni mood nak balik kampung dah menebal..tak mo masak beriya bagai heheh


Yang ni yang paling best! Penyegar anak tekak...Kordial Ribena :)

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...