Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Monday, September 30, 2013

Pulut Kuning Rendang Ayam

Ni pulut kuning ke pulut oren? Ahakkkksss..tak per lah kan, janji kuning...hubby kata terlebih kaler..memula mieza rendam dengan kunyit tapi nampak tak kuning, jadi mieza tuang pewarna kuning telur, sekali terlebih kuning pula..tak per lah kan heheheh

Adat Melayu jika ada kesyukuran atau hajat selalu dibuatkan pulut kuning..pulut semangat kata orang Melayu...pulut ini juga mieza sediakan kerana mieza ada berniat, jadi sekarang niat sudah kesampaian maka hendaklah ditunaikan niatnya..

Ini adalah kali pertama mieza mengukus dan memasak rendang ayam secara solo..selalunya mieza jadi chef kedua atau ketiga atau keempat atau hanya jadi pelakon extra je..yang jadi chef pertama of coz la mak atau nenek atau mak mentuaku...dimulakan dengan Bismillah, Alhamdulillah mieza berpuas hati dengan hasil sentuhan julung kali ini..cuma mungkin untuk kali keseterusnya perlu ditambahbaik seperti tang kaler tu...jangan jadi oren lagi hahahah


Untuk sekilo pulut, mieza masak rendang seekor ayam...rasanya seekor tak cukup puas jadi next time nota untuk diri mieza sendiri untuk sekilo pulut elok rasanya dimasak 1 1/2 atau 2 ekor ayam..biar ayam yang lebih jangan pulut yang lebih..sebab kalau rendang ayam yang lebih, ia boleh dimakan dengan nasi putih atau pun roti...hmmmm

PULUT KUNING

1 kg beras pulut
2 st serbuk kunyit
1/2 st pewarna kuning
2 cawan santan pekat (200 ml pati santan + 1 cawan air)
4 sb gula
1 sb garam
1 keping asam keping

Cara penyediaan:
1.Beras pulut dicuci dan direndam dengan air bersama serbuk kunyit, pewarna kuning dan asam keping selama 3-4 jam. (Semalaman lagi bagus)
2. Didihkan air dalam pengkus, toskan beras pulut dan kukus pulut sehingga separuh masak.
3. Sementara itu, masakkan santan bersama gula dan garam hingga mendidih.
4. Apabila pulut separuh masak, angkat pulut dan tuangkan ke dalam besen. Masukkan santan yang telah dimasak dan gaul hingga sebati sehingga semua santan telah menyerap masuk ke dalam pulut sepenuhnya.
5. Masukkan kembali pulut yang telah digaul santan ke dalam pengukus dan kukus kembali hingga masak.
6. Angkat pulut dan tekan ke dalam acuan untuk mendapatkan bentuk yang dikehendaki.
7. Hidang pulut bersama telur rebus dan rendang.


Niat dihati nak masak rendang daging, tapi stok daging tak der dan mieza ke pasar malam pun tak berniaga pulak brader daging last week, jadi terpaksalah ditukar dengan rendang ayam..

RENDANG AYAM
(Nota untuk mieza: next time untuk sekilo pulut mieza nak sediakan 2 ekor ayam)

1 ekor ayam- dipotong 15 atau ikut suka dan dibersihkan
2 - 3 helai daun kunyit - dihiris nipis seperti bunga rampai
7-8 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa
300 ml pati santan secukupnya - + 1 cawan air
2 sb kerisik 
Sedikit gula melaka - atau hingga cukup rasa
1 batang serai (diketuk)
4 sb cili kisar - jika suka pedas boleh letakkan lebih cili
1 sb serbuk kari daging 

Bahan Tumis:
1 inci  kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih

Bahan-bahan kisar :
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas


Cara penyediaan :

1. Tumiskan bahan tumis hingga wangi kemudian masukkan bahan kisar, serai ketuk, serbuk kari dan cili kisar sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan ayam, dan sedikit air. Masak hingga ayam empuk.
3. Seterusnya masukkan kerisik, santan dan daun limau purut. Reneh hingga kuah pekat. Kacau sesekali.
4. Masukkan air asam jawa, daun kunyit dan rasakan manis masinnya.
5. Sedia untuk dihidang.

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...