Oleh kerana cuma ada 4 halves je pic tu maka mieza cuba la resepi pudding yang dari buku Chef Hanieliza yang dimiliki oleh anak sedara mieza ni...bila keempat-empat halves mieza dadukan dan dihumban dalam puding maka tak der lagi balen nak deco puding..fruit lain pun tak de gak hahaha..jadi puding mieza togel he hihihi...suami mieza sangat sukakan coklat..jadi mieza tuangkan sirap coklat hersye's...emmmm lazat sangat! Dan puding ni juga adalah acara pecah dara acuan silicon rose kiriman anak sedara mieza yang sedang belajar kat Warwick Univeristy kat UK nun..cantik sangat bentuk rose ni...terima kasih dear sebab belikan silicone mould ni...muah muah muahhh
Oleh sebab stock pic cuma ada sikit..maka mieza cuma buat 1/2 sahaja dari adunan resepi chef hanieliza ni...dapat 6 biji yang acuan rose dan 3 biji acuan yang satu lagi tu..cukup-cukup je untuk family mieza..Alhamdulillah...cuma next time mieza rasa mieza nak blend sebahagian dari buah pic tu dan dimasukkan sekali ke dalam adunan puding...
PUDING BUAH PIC
Recipe: Chef Hanieliza dari buku 1 hari 1 resepi
Source: Mieza @ WAWMC
10 gm serbuk agar-agar - mieza guna agar-agar serbuk dalam paket brand abc
4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair - mieza guna susu Ideal
2 tin buah peach - dipotong dadu
Cara-cara:
1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakan sehingga mendidih. Tutupkan api.
2. Masukkan susu cair dan potongan buah pic. Kacau rata
3.Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan. Mieza guna silicone mould
4. Hidangkan bersama lebihan buah pic atau lain-lain buah-buahan koktel. mieza tuangkan sirap coklat ke atas puding untuk mendapatkan kelainan..
SELAMAT MENCUBA ^__^
6 comments:
Salam Mieza ,
Lama tak tinggal jejak kat dapur Mieza ni. Sebelum terlambat Yatie nak ucapkan selamat berpuasa buat Mieza.Eerrmmm , sedapnya puding tu.Rajin sungguh memasak , setiap hari ada je menu special.
waduh mieza..menjejes ayaqliuq akak tau tgk puding mieza yg cun nih..perghh!
tiap kali masuk sini mesti pengsan..
puding gini mmg sdp layan time berbuka.. sejuk segar je lalu tekak.. tp kat rumah akak kurang peminat puding.. dorang main pilih2 pulak.. ada yg suka ada yg tak suka.. sabar jelah..
salam mieza....
lama tak jenguk dapur mieza..selamat berpuasa yer..
ucu memang pantang ada peach..selalu kena kontrol mkn sebab boleh licin dlm skali hadap jer...selalu jugak beli yg fresh..tapi sebiji 2 jer sbb mhal ya amat..mkn sorang je....
mieza punya puding tu memang mengoda..
Salam sis, nk ucap terima kasih sbb kongsi kan resepi yg simple & sedap nih.. sy da try.. tq byk2 ye.. huhu
*** family sy sgt suke!
Post a Comment