Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, July 28, 2012

Ayam Tomato Padang

Bila ke wet market last wiken mieza nampak ikan semua kecik-kecik...agaknya ikan pun puasa kot hahaha...kata fishmonger kat situ bulan gelap sebab tu ikan kecik...niat di hati nak beli ikan pari..suami tu suka sangat dengan ikan pari bakar..jika dibakar ikan pari dan dicicah air asam memang bertambah-tambah lah makan berbuka dia..tapi bila berjalan dari satu gerai ikan ke yang lain semuanya ikan kecik-kecik dan tak ada ikan pari bunga yang saiz sederhana..at last mieza cuma beli sotong dan udang dan juga seekor ayam..kat umah mieza ni depa lagi prefer seafood dari ayam...kalau nak masak ayam kena digorreng dulu dan mesti berkuah pekat...jenuh mieza perah otak nak masak apa dengan ayam yang dibeli...jadi mieza improvised mana-mana resepi yang pernah mieza cuba untuk come up with sumthing new and different for the family..alhamdulillah it turn out good and delicious and it has become everyone' fav now..kebetulan hari tu mieza masak nasi tomato...jadi mieza hidangkan ayam tomato padang ni dengan nasi tomato...


AYAM TOMATO PADANG
Recipe & Source: mieza @ WAWMC

1/2 ekor ayam - potong 6 atau ikut saiz kegemaran
2 cm kunyit hidup
Sedikit garam
3 ulas bawang putih

Bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3-4 biji buah pelaga

Bahan hiris nipis
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan kisar
6-7 tangkai cili kering - jika suka pedas boleh tambah lagi
2 biji bawang besar
1 inci halia


Bahan lain:
Sedikit minyak sapi untuk menumis

1 cawan susu cair - mieza pakai brand Ideal
1/2 tin tomato sup - mieza guna brand heinz
2 helai daun pandan
1 kiub ayam knorr
Daun bawang - dipotong sepanjang 1 cm untuk ditabur
1 biji cili merah - hiris nipis untuk ditabur
Garam gula secukupnya




Cara-caranya:

1. Tumbuk kunyit, bawang putih bersama dengan sedikit garam dan lumurkan pada ayam. Goreng ayam hingga masak. Tak perlu garing sangat. angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali yang berasingan, panaskan minyak sapi dan tumis rempah tumis dan bahan hiris hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Bila bahan kisar sudah garing masukkan tomato sup dan daun pandan. Kacau seketika.
4. Tambahkan susu cair, garam gula dan juga kiub ayam knorr. Masukkan ayam dan gaul sebati dengan kuah. Renehkan seketika hingga kuah pekat.
5. Angkat dan taburkan hirisan daun bawang dan hirisan cili merah.
6. Sedap dimakan dengan nasi tumis mahupun nasi putih.


Alhamdulillah...semuanya licin..pada pendapat mieza memasak ni kena kreatif dan pandai improvised..tak perlu kita stick to the original resepi jika perlu ditambah baik mengikut selera  kita kerana selera manusia sangat unik...selamat mencuba dan salam sayang Muah muah mmmmuahhhhhss ^__^

6 comments:

FnF Simple Life said...

Assalam k.Mieza...mmg sesuai le makan ngn nasi tomato...ala2 ayam masak merah kan tapi letak susu cair. hmmmm makan bertambah2 ni kan

zila norazila said...

salam syg mieza..rajin sungguh masak nasi tomato..arinie x taula zila nk masak lauk apa..tgh menggogle kot2 ada menu sedap...ayam klu digoreng dulu mmg sedap..tambah2 wat lauk mcm tue..waallala kecuur teruss:)

inahar ali said...

waduh..sodaapnye! x tahan akak..cian tau kita buka roti jek kt klinik..huhu!

Mas said...

kak mieza...
anak2 mas suka ayam masak gini....
sedapnya tengokk..

Unknown said...

Assalam, menyelerakan tgk lauk ayam tomato ni..:)

Nuwairani said...

kak mieza duk sebut2 pari bakar ni rasa teringin pulak nak cari pari ni...bulan2 pose selalu buat pari bakar.selera je nak makan

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...