Bila makan curry asam fish ni teringat kat kawan mieza yang dah pun transfer ke Mukah Sarawak...dia selalu bawa curry asam fish ke opis..tapi asam fishnyer fullamakkk berasap sebab dia ni orang Melaka...tapi sedapppp sangat...resepi ini pun mieza rujuk resepi yang ditinggal olehnya dan juga beberapa resepi lain..
KARI ASAM IKAN TENGGIRI
Source: Mieza @ WAWMC
1 keping ikan tenggiri
1 biji buah tomato - belah 4
1/2 cawan air asam jawa
2 batang serai - ketuk
2 sb serbuk kari ikan - jadikan pes
3 tangkai daun kari
4-5 tangkai daun kesum
5-6 biji bendi - mieza tak der stok, mieza ganti timun
1 sudu kecil halba campur
1 kuntum bunga kantan - belah 2
1 mangkuk santan
Bahan kisar:
Belacan - sebesar ibu jari
6-7 biji cili kering - kalau suka pedas boleh lebihkan
5-6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 cm kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 biji buah keras
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis daun kaun kari, serai dan halba campur hingga wangi kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga hingga pecah minyak.
2. Masukkan pes kari dan tumis lagi hingga garing.
3. Tuangkan air asam jawa dan renehkan seketika.
4. Masukkan santan, ikan, bunga kantan dan daun kesum. Didihkan hingga ikan masak dan kuah mendidih serta pecah minyak.
5. Rasakan garam gula. akhir sekali masukkan bendi da tomato dan biarkan seketika hingga bendi empuk.
Alhamdulillah..turn out sedap resepi ni..hubby pun makan banyak sangat..insyaAllah lain kali kita cuba dengan ikan lain pula..ikan pari pun sedap kan...may be next time kita cuba asam kari tanpa santan pula :)
SELAMAT MENCUBA
4 comments:
Bila tengok bahan-bahan yang digunakan, hasilnya mesti marvellous. Biasanya Kak Noor masak asam tumis pedas sahaja. Next time Kak Noor nak cuba resepi Mieza ni. Tak pernah buat lagi. Mohon share resepi ye! Kak Noor dah follow Mieza. Thanks.
salam syg mieza..wahh memalam x tahan tgk ikan tu pos..he hhee nanti nk try jgk la..harga ikan mmg mahal mieza kt jb nie pun sama..tp nk mkn punya pasal mmg kena layann kan..:)
pergh! mengancam...
Assalam mieza,
wah kari asam nampak sungguh2 sedap ni mieza..akak kalau masak kari kena lebihkan kuahnya sebab selalu buat cicah roti or roti canai..hehe
Post a Comment