Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Friday, December 9, 2011

Strawberry Pudding

Dah 3-4 hari mieza tak jenguk dapur ni..berhabuk dah ye..bukan la tak masak tapi tak dan tangan..suami tak ada sebab balik ke kampungnya di Alor Setar coz IL mieza baru pulang dari haji di MEkah..5 hari dia tak der..jadi tak der sapa nak tengokkan si kecil mieza Umar..memang lah mak mieza ada tapi mieza rasa tak sampai hati pulak nak biarkan mak jaga baby mieza sedangkan mieza update blog...berblogging cumalah untuk menghabiskan masa yang ada di samping nak menyimpan resepi-resepi yang telah mieza cuba..itu yang a few days juga mieza tak jengah blog ni..komen pun mieza tak sempat nak eply apatah lagi nak menjelajah je dapur kawan-kawan..ini pun jengah sekejap sebab Umar sudah tidor...legaaaa...tapi tak per, suami balik malam ni..insyaAllah awal pagi nanti sampai lah dia dua beranak dengan wawa..dah rindu mieza pada wawa...asal dia tepon je asek menangis katanya rindu mama...sian dia..dan dia juga merajuk sebab mieza masak pulut durian time dia tak der kat umah..

Puding strawberry ni mieza masak semalam...lepas snap picture semalam terus layan si kecil..petang tadi baru ada masa untuk transfer ke dalam lappy..lepas ni insyaAllah mieza nak BW ke rumah kekawan..



Berbalik kepada puding ni, sebenarnya stroberi yang dibeli di cameron ada lagi berbaki dalam 7-8 biji..mieza risau takur kalau disimpan lelama sangat ia akan rosak, jadi mieza blend dan buat puding ni..resepi nya mieza selongkar my resepi..



STRAWBERRY PUDING
Source: Kasihsuri @ My Resipi
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-bahan ( 10-12 cup )

750 ml @ 3 kotak kecil susu strawberry
750 ml air
4 sb gula
3- 4 sb serbuk agar-agar
150-200ml plain yogurt (1 bekas kecil) - mieza guna yogurt nestle strawberry
200ml susu rendah lemak
jeruk strawberry (optional) - mieza blend 8 biji fresh strawberry




Cara-cara

1. Larutkan gula dan serbuk agar dengan air.Didihkan dengan api yg kecil

2. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan seketika.Tuangkan susu dan yogurt dan kacau rata.

3. Isikan dlm bekas-bekas kecil.Hirisan jeruk strawberry boleh diletakkan samada di dasar bekas atau di atas puding.

4. Sejukkan dlm peti ais.Hidangkan bersama susu rendah lemak.

5. Tips: jumlah air dan serbuk agar-agar boleh di adjust utk mendapat hasil yg diingini.jika sedikit serbuk agar2 digunakan,ia menghasilkan dadih,tetpi jika terlebih menggunakannya,ia akan menghasilkan puding/agar-agar.


12 comments:

Ketuhar Panas Yatie said...

Elok tu Mieza , lepas makan durian ( panas ) makan pulak bahan yang menyejukkan. Cantik .....tu mesti acuan baru tu...

KOALAJEPONG said...

ala kak mieza...mould tue beli kat mana? cantiknya la hai..uhuhuuh

Amie said...

Selamat malam Mieza cayangggg....
terbang ke sini memalam nak makan strawberry pudding yang cantik tu... he he hehhh mesti aplikasi kursus fotografi hari tu ye, dah ada pelbagai gaya pic Mieza nampaknya, bolehlah share ilmu ye Mieza.

Kak Sam said...

Tak pernah cuba lagi ni. teringin le pulak

Gee® said...

canteknya puding tu Mieza... terguda la pulak...

Totie@Tomy said...

cantiknya kak mieza saya mmg pengemar strawberry..nak trylah resipi ni..

Mieza said...

@Yatie..acuan tu dah lama beli..beli kat Yummy shah alam..itu le sesatu nyer acuan silicon yg mieza ada hehe

@Ina..beli kat yummy shah alam..kak mieza pun mencari mould yang bentuk lain lak..tp tak jumpa..nnt kalau jumpa kak mieza belikan untuk ina sekali :)

Mieza said...

@Kak amie cayanggg..belum pandai sgt lagi nak capture gambar cuma cuba praktikkan ilmu yg baru belajar hari tu..nak mengajar org len rasa tak konfiden lagi tapi insyaAllah akan bantu mana yg mampu..meh la kak ada lagi ni puding ni kak..anak2 yg suka makan...

Mieza said...

@Kak Sam..akak kena cuba tau..insyaAllah tak mengecewakan :)

@Kak Gee..itu pakai mould silicon..senang je dia kuar dari acuan..nak makan pun rsa sayang hahaha..nnt kak gee buat tau

Mieza said...

@Totie..akak akan tunggu kemunculan puding ni di dapur totiey pula..mesti lagi cun pudingnya..akak ni main belasah je buat sebab nak cepat buat sebelum pergi kerja hehehe

Liza said...

salam mieza....bestnya kalau dapat puding ni...manis2 masam stroberi tu yg best kan....

Mieza said...

@Liza..puding ni mmg rasanya masam2 manis sebab akak pakai stroberi fresh..dan tau2 ajer lah stroberi kat mesia ni masam2 skit..tp ttp mabeles heheh

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...