Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, December 10, 2011

Ikan Pari Bakar Berempah Woku

Salam malam minggu..sebelum tunggu cerekarama kat TV3 ni mieza nak hapdate blog dengan menu lunch mieza siang tadi..ada yang kata errrr mieza ni suka benor tengok TV, siang tadi tonton cerita hindi malam cerekarama lak..sebenarnya mieza menemani anak dara mieza menonton..depa ni kalau nak tengok cerita suka mieza teman..sebab mereka suka bertanya..kekadang tu mieza terlena sambil teman depa..tau-tau cerita tu dah habis pun..tapi mieza fikir elok juga mieza teman supaya mieza tahu apa cerita yang depa tonton dan sekurang-kurang mieza boleh inform depa tentang pengajaran dari cerita tersebut..kekadang mieza terfikir suatu hari nanti bila depa dah besar tak der nya depa nak dok lepak-lepak dengan kita lagi..masing-masing dengan hal sendiri...jadi rasanya sekarang la masa untuk spend quality time dengan depa...chewahhhh ibu yang baik gitu ahakkkkssss



Jom bercerita tentang ikan bakar ni..mieza tengok kat blog ramai sangat yang dah cuba resepi ni dengan pelbagai jenis ikan..ada yang guna ikan siakap, ikan talapia, ikan keli, ikan kerapu dan macam-macam lagi..dah lama mieza peram resepi yang ambik kat umah kak ummi kuantan ni..pagi tadi mieza ke pasar bersama suami dan ternampak ikan pari segar-segar jadi suami angkat sekor yang sederhana besar..suami memang suka ikan pari bakar..jadi mieza fikir boleh la mieza cuba resepi ni...



Sebenarnya kan mieza tersilap resepi..mieza terblend lengkuas sekali sedangkan dalam resepi asal tak der lengkuas..dan mieza ni degil, mieza letakkan sekali daun kesum sebab mieza tak der daun selasih..sib baik turn out sangat sedap! hehehe dan mieza juga ubah cara membakarnya..kalau ikut resepi ni bakar dengan cara membungkus dalam aluminium foil dan panggang dalam oven..mister husband terlebih rajin hari ni jadi dia balut dengan daun pisang dan bakar atas grill pan...sos woku itu mieza siramkan ke atas ikan yang telah dibakar...ni kira versi derhaka tahap gaban la nih!



IKAN PARI BAKAR BEREMPAH WOKU

(*note: sangat sedap)
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home
Sumber: Mieza @ WAWMC

Bahan:-

2 ekor (550 gm) ikan pari
2 sudu teh air perahan limau nipis
1/2 sudu teh serbuk kunyit (hubby mieza yang tambah..ampunnn)
1 sudu teh garam

# Lumur ikandengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
4 helai daun pandan - hiris halus
2 helai daun kunyit - hiris halus
3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
5 tangkai selasih - diambil daunnya (*akak xda stok ni- mieza pun tak der stok)
5-6 tangkau daun kesum - mieza tambah
2 biji tomato merah - potong dadu
250 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-


12 biji bawang merah
7 biji cili padi merah
4-5 biji cili api - mieza tambah
5 biji buah keras - bakar kejap
3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)
2 cm halia
2 cm lengkuas - mieza tersilap masuk hahahaha tapi turn out sedap tau
2 cm belacan bakar - mieza degil pi letak belacan

Bahan Pelengkap:-

Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek - mieza tak letak pun sebab mieza tak kenal daun senduduk yang mana satu hihiii)
1 biji timun - dipotong serong - mieza tak der stok
4 tangkai selasih - pun tak der stok
6 biji cili padi merah hiris untuk tabur



Cara Memasak:-

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.

2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.

3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.

4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.

5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak. (Cara mieza: mieza balut ikan dan sedikit sos dengan daun pisang dan bakar atas grill pan..sos selebihnya mieza tuang ke atas ikan bila ikan dah masak)

6. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.

Wahhhh tak rugi tau mieza mencuba dan mieza masukkan bahan-bahan tambahan yang mieza derhaka tu sebab SEDAP SANGAT resepi ni...mesti buat lagi dan lagi dan lagi

dan lagi sedap sebab ada petai celur ni haaa...memang sah mieza ni orang kampung hahaha



..dicicah pula dengan budu..perghhhhh bertambah-tambah uuuuuuuuu!!!!



..ini ler budu yang mieza suka...brand lain mieza tak suka...

4 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

sedapnya ikan pari bakar ni kak.
mmg feveret fiza ni. tgk resepi pun sgt sedap, dpt bayangkan rasanya.... terliur pulak. kena try ni

Gee® said...

wow!! mengancam la mieza....petai dgn budu yg tak tahan tuh.... kek marble kat bwh tu pulak... pergh!!... well done mieza....!!

Mieza said...

@Fiza..nnt try tau..mmg tak nyesal..ramai juga yg dah cuba..suami akak suker..:)

@Kak Gee..kalau dah org kelate tu mesti ada ajer stokk budu di umah nya kak hahaha..mieza kalau petai celur dan budu mmg bertambah2 la makan :)

Unknown said...

af1
timberland boots
adidas nmd
ferragamo belts
yeezy boost
michael kors outlet online
nike air zoom
yeezy boost
air jordan shoes
yeezy shoes
502

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...