Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Saturday, December 10, 2011

Marbled Banana Milk Cake



Salam siang Sabtu..tengah menonton cerita Hindustan ke tu..mieza ni suka juga menonton filem Bollywood ni..provided bukan cerita cinta la..mieza suka kalau citer kelakor ke, cerita seram ke..kalau filem cinta dua darjat tu kureng skit la..jadi sesambil tengok cerita hindi ni mieza hapdet la blog ni ehhh



Kek pisang ni mieza buat memandangkan pisang kat belakang umah yang hubby baru tebang last week dah masak ranum..Adnin (the eldest dotter) kata dia teringin nak makan kek pisang..sian kat anak mama..mama asek buat tempahan je kan..tak masak untuk kakak..jadi lepas bekpes pagi tadi mieza bake ler kat dia jap sesambil masak untuk lunch...



Resepi kek ni mieza jumpa kat sini..tapi menurut tuan punya blog iaitu Iza Akmar..katanya dia pun songlap kat umah Mas Duniaku yang dah lama menyepi sebab alahan mengandung..semoga mas cepat baik ye..mieza suka sangat kek ni..



KEK PISANG MARBLE SUSU
Source: Iza Akmar @ Singgahsana Kitchen & Mas @ Duniaku
Source: Mieza @ WAWMC


Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila
3 biji telur
* sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko




Caranya:


1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan, kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.

2. Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati, selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.

3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu.
(Cara mieza - mieza bahagi adunan kepada 2 bahagian dan satu bahagiannya mieza campurkan dengan 1/2 cawan serbuk koko yang telah diayak dan mieza tuang secara selang seli ke dalam loyang)

4. Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit, setelah siap di bakar, sejukkan atas redai.


Nota:

Saya gunakan loyang 8.5in x 8.5in (mieza pun guna loyang saiz yang sama) dan dibakar pada suhu 170 darjah celcius menggunakan api bawah with fan selama kira-kira 30-35 minit. Tempoh membakar bergantung kepada saiz loyang yang digunakan & juga jenis oven masing-masing.

10 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Nie kak ros dah sampai nak makan kek.Kopi kak ros dah bawa sendir.
Bila kita nak cuti masak ya mieza????

Amie said...

Selamat petang Mieza cayanggg... ni Kak Amie datang siap bawa air teh panas atu termos, jomkita santai-santai duduk bawah pokok sembang2 sambil makan MBMC Mieza yang sedap tu..., malaslah nak layan filem Hindi.

Wani Sukarno said...

salam kak mieza...

emm sedapnya kek .. cantiklah kak mieza buat marble ..nanti nak cubalah resepi ni ..sebab wani memang langsung x pernah wat kek pisang lagi hihi

Antan Bertingkah said...

Sedapnya tengok kek tu, rajin betul Mieza memasak... Mesti anak2 suka.

Mieza said...

@Kak Ros..jemput2 kak ros..len kali tak yah bwk kopi..kat umah mieza pun ada kopi tau...kak ros, kita ni akan berenti masak bila kita sakit kot..masa tu kita nk mkn masakan anak2 pula :)

Mieza said...

@Kak amie cayanggg...jemput la masuk ke umah usang mieza ni..rumah kecil2 je kak amie...bukan banglo bagai..ahahahah kak amie tk suka citer industan ekkk heheheh tak per tak per kita dok bwh pokok tapi pokok pisang je yg ada kat umah mieza ni hahahaha

Mieza said...

@Wani..kak mieza pun baru belajar memabel kan diri..bedal je la kot mana pun wani..kali kak mieza pakai pisang awak..kalau pakai pisang emas lagi sedap rasanya wani ...nanti wani cuba ye,,

Mieza said...

@Kak Yus...masak kek ni atas permintaan anak2 kak..kalau ikutkan mieza bukan lah suka sgt kek ni..mieza lg suka makan cis tat hahahaha..gemuk la mieza

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

fiza pun dah lama tak buat kek pisang ni kak....
anak2 fiza pun request mcm2 kek kat fiza. kek karamel la... aduhai, ummi dorg ni asik buat utk tempahan org je, sampai tak terlayan permintaan anak.

Mieza said...

@Fiza..alhamdulillah byk tempahan yg fiza dapat..semmoga rezeki sentiasa bertambah..ummi bz tu anak2 hehe

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...