Main Module

Welcome to my cooking blog, a place where recipes are shared. Do not hesitate to leave comments and ideas as to how to improve my cooking. Enjoy blogwalking and please keep coming back for more updates

Adds

Calendar

Wednesday, April 6, 2011

Kerutuk Udang


Last week first time jejak pasar malam Proton City sejak abis pantang bersalin kat Umar. Kekonon gi pasar malam PC nak beli daging. Tapi brother yang jual daging tu macam biskut lak, kejap ada kejap tak ada. Nak makan daging kat Tg Malim ni memang susah. Kambing banyak la. Haihhhh aku tak suka kambing!

Dah daging tak ada, maka ternampak la pulak udang besar kat gerai sebelahnya. RM35/kg. Ok la I think. Jadi aku pilih ler 7-8 ekor untuk kami satu family. Dah beli udang tatau lak nak masak apa. Tom Yam hubby tak leh makan. Masak lemak cili api pun dia pantang. Masak cabai lagi la dia tak leh makan. Susah gak nak masak resepi untuk orang sakit gastrik ni. Last-last my ol fren kata masak la kerutuk. Ye tak ye gak. Masak kerutuk. Mari kita tengok resepi nya. Dah tengok jangan lupa try masak ye!





KERUTUK UDANG


Bahan-bahan:
7-8 ekor udang sederhana besar - cucikan
3 camb rempah kerutuk - jadikan pes
1/2 mangkuk santan pekat
2 camb kerisik
2 camb kicap pekat
Sedikit gula melaka
Minyak untuk menumis


Bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga

Bahan kisar:
2 inci halia
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 tangkai cili kering - kalau nak pedas letak banyak sikit. Hubby gastrik jadi aku letak sikit je la


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumis hingga wangi. Kemudian dimasukkan bahan kisar. Tumis hingga garing.

2. Masukkan pes rempah kerutuk dan dimasak hingga pecah minyak.

3. Masukkan pula kerisik dan di tumis lagi seketika.

4. Masukkan santan, gula melaka dan udang. Masak hingga kuahnya pekat.

5. Masukkan kicap pekat dan garam. Kacau sebati.

6. Rasakan garam gula. Hias dengann hirisan daun bawang semasa menghidang.

Don't forget to click the ad before u continue blogwalking..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...